Saya mula kenal dengan kereta Toyota Innova ini adalah kerana pernah menaiki kereta milik saudara pada 10 tahun lalu. Terasa besar, mewah dan tahan lasak. Ini adalah persepsi saya ketika itu selaku penumpang. Apa maksud besar? Kerana apabila masuk ke ruangan kabin terus rasa luas. Apa maksud mewah? Terasa kereta Innova menawarkan perasaan kelas yang tersendiri. Dan apa maksud tahan lasak? Terbukti kereta ini digunakan 100% untuk perjalanan jauh yang sangat kerap dan tidak pernah mengalami apa apa kerosakan major. Mudah cerita sebagai pengguna memang berpuas hati.
Ada yang tanya tentang kereta baru mpv Toyota Innova. Tetapi jawapan yang saya boleh berikan adalah kereta Toyota Innova sudah tidak lagi dihasilkan. Dengan kata lain sudah stop production. Yang ada adalah Toyota Innova Zenix. Ianya adalah sebuah model Innova yang baru dan terkini. Toyota Innova yang saudara saya gunakan adalah dari generasi pertama. Toyota Innova yang dijual pada tahun 2016 pula adalah dari generasi kedua. Dan kini Toyota Innova Zenix (2023) pula adalah dari generasi ketiga (3rd generation).
Harga Toyota Innova Zenix Baru (3rd Generation)
Toyota Innova generasi ke-2 akan terus dijual selagi stok masih ada. Cumanya untuk stok terkini sudah pastilah dari model “Toyota Innova Zenix” iaitu generasi ke-3. Harga dan bayaran bulanan adalah seperti gambar pertama di atas ini. Biasanya bila bercakap tentang kereta baru keluaran Toyota, kenderaan Toyota biasanya tahan lasak, mudah dibaiki dan murah pula barang alat gantinya kerana kereta buatan Toyota adalah popular di atas jalan raya di Malaysia sejak dulu. Ini faktor utama.
Sila lihat spesifikasi Toyota Innova Zenix di bawah ini. Hanya ada 2 variant sahaja yang dijual. Yang pertama menggunakan enjin 2.0L jenis NA iaitu enjin yang biasa dan variant yang kedua pula dari dari jenis hybrid iaitu HEV. Kalau anda ke arah mahukan sebuah kenderaan yang jimat minyak, maka model Toyota Innova Zenix HEV adalah pilihan terbaik.
Spesfikasi Kereta Toyota Innova Zenix
- 2.0L NA (174PS/205Nm) | 2.0L HEV (152-186PS/188-206Nm)
- Gearbox : Direct Shift CVT | eCVT
- Segmen : MPV
- Jarak Roda : 2850mm
- Panjang : 4760mm
- Lebar : 1850mm
- Tinggi : 1785mm
- Luas Bonet : 239L
- Airbag : 6 Beg Udara
- Safety Features : ABS, EPB, Toyota Safety Sense 3.0 driver assist suite
- Berat : 1595KG (2.0 NA) | 1685KG (2.0 HEV)
- Tangki Minyak : 52L
- Fuel consumption : 14.9KM/L untuk 2.0 NA | 21.7KM/L untuk HEV
Kelebihan Toyota Innova Zenix
- Keyless entry and push start button
- Tayar 18 inch
- Telescopic leather steering wheel
- 10.1-inch touchscreen with wireless Apple CarPlay and wired Android Auto
- Powered tailgate
Bagi saya design rekaan luaran adalah lebih cantik dan nampak sporty berbanding dari generasi lama. Dan saya masih dapat menerima rekaan Toyota Innova Zenix baru ini tanpa masalah kerana rekaan exterior bumper hadapan memberikan pandangan garang dan gagah. Rekaan dashboard pula menggunakan rekaan yang minimalis yang saya suka. Rekaan exterior lampu belakang nampak kemas, cantik dan tidak pelik. Mudah cerita rekaan Toyota Innova Zenix boleh mendapat permintaan yang baik untuk pasaran di Malaysia.
Jom Submit Loan Untuk Kereta Toyota Secara Online Sekarang!!!
Apa offer dan promosi jika anda beli kereta baru online melalui saya? Sila klik dan baca dulu ya. Saya adalah ejen penjual kereta yang menjual kereta baru dari Perodua, Nissan, Mitsubishi, Honda, Proton dan juga Toyota!!!. Kenapa saya tuliskan beli kereta baru secara online? Maksudnya anda boleh untuk submit dokumen untuk tujuan check samada anda layak untuk lulus loan bank kereta atau tidak. Dan jika lulus, anda boleh datang ke showroom untuk melihat kereta sebelum bersetuju untuk sign loan agreement tersebut. Boleh ker submit loan untuk anda di seluruh semenanjung Malaysia? Boleh jer!!!
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan apa apa jenis model kereta baru Toyota ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Anda juga boleh booking untuk test drive kereta Innova Zenix secara online melalui saya untuk anda di kawasan tempat anda. Selamat membeli kereta Toyota Innova Zenix baru. BYE!!!.