Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Cara Pasang Pelekat RFiD Touch ‘n Go Di Kereta
    Fintech

    Cara Pasang Pelekat RFiD Touch ‘n Go Di Kereta

    adminBy admin02/09/2024No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Awal awal dulu memang Touch ‘n Go mahu menggantikan sistem SmartTAG dengan RFiD. Pastilah sejak itu lebih ramai yang beralih arah membayar laluan tol menggunakan pelekat RFiD pula. Cumanya pada kali ini, tiba tiba rakan sekerja ada mempromosikan dan menjual pelekat RFiD Touch ‘n Go ini, maka saya terus bertindak membelinya kerana saya memang bekerja ulang alik melalui jambatan Pulau Pinang. Kalau ada cara yang lebih mudah, kenapa tidak gunakan. Betul?

    Kata kawan saya, pelekat RFiD TnG ini adalah dari versi terbaru. Saya tidak pasti apa yang terbaru. Cumanya selepas 2 tahun, pastilah sudah lebih ramai orang yang menggunakan pelekat RFiD Touch ‘n Go ini. Tujuan penggunaan pelekat RFiD ini rasanya lebih kepada mahu memudahkan proses membayar toll dan kita hanya perlu topup TnG eWallet sahaja. Dan duit akan ditolak terus dari eWallet TnG. Mudah bukan. Di Malaysia rata rata orang Malaysia memang ada smartphone dan data internet yang murah. Jadi untuk menggunapakai kaedah ini memang boleh dilakukan sangat sangat.

    Pek pelekat RFiD tag Touch ‘n Go
    Pek pelekat RFiD tag Touch ‘n Go

    Pengalaman Melekat Pelekat RFiD Touch ‘n Go Di Cermin Kereta

    Macam mana cara pasang pelekat RFiD Touch ‘n Go ini? Hanya 2 cara sahaja yang dibenarkan. Yang pertama pelekat RFiD TnG dilekatkan pada cermin lampu kereta anda pada sebelah penumpang. Dan yang kedua pelekat RFiD TnG ini boleh juga dilekatkan pada cermin lampu hadapan pada sebelah hujung atas pada bahagian penumpang. Sila pastikan ianya tidak terkena pengelap cermin (wiper) kereta anda supaya tidak mudah tertanggal nanti.

    Selepas anda berjaya melekatkan pelekat RFiD Touch ‘n Go pada kenderaan anda. Bagaimana pula hendak memastikan yang pelekat RFiD TnG ini berinteraksi dengan eWallet TnG anda? Semasa anda membeli pelekat RFiD Touch n Go ini, anda akan diberikan sekali dengan nombor pendaftaran pelekat RFiD tersebut. Dan nombor inilah yang perlu anda salin dan masukkan (register) ke dalam eWallet Touch n Go anda. Bagaimana caranya? Saya tunjukkan di bawah ini.

    Pelekat RFiD Touch 'n Go dilekatkan pada cermin hadapan kereta
    Pelekat RFiD Touch ‘n Go dilekatkan pada cermin hadapan kereta

    Cara Daftar Pelekat RFiD Dalam TnG eWallet

    • [ Touch ‘n Go eWallet ] – sila pastikan yang anda telah install dan login aplikasi TnG eWallet terlebih dahulu ya.
    • Klik pada menu “RFID”
    • Kemudian sila klik pada “Activate RFID Tag”
    • Isikan ke semua maklumat yang diminta dan isikan juga nombor Tag ID yang terdapat pada kad RFiD anda. Siap.
    • Berikan masa 24 untuk pengaktifan.
    • Di dalam menu RFID akan dipaparkan “Active” dahulu, barulah anda gunakan sistem RFiD ini di palang tol ya.

    Pelekat RFiD Touch ‘n Go ini anda boleh beli secara online dan pasang sendiri di rumah. Tidak susah mana. Cumanya selepas pemasangan, anda kena register lah. Semua proses mendaftar ada ditunjukkan dalam pek pembelian pelekat RFiD TnG tersebut. Anda ikut sahaja. Insyallah berjaya buat. Saya dah lekat pelekat RFiD di kereta saya, sudah register nombor RFiD Tag di eWallet TnG dan sudah cuba laluan tol plus di laluan RFiD dan berjaya. 

    Sekarang anda sudahpun berjaya memasukkan kod pelekat RFiD Tag TnG anda ke dalam sistem eWallet TnG anda. Sekarang pelekat RFiD anda sudah dapat berinteraksi dengan eWallet Touch ‘n Go anda. Jadi apabila anda melalui laluan toll berpalang di mana mana lebuh raya Plus, anda pilih laluan RFiD dan ianya akan terus mengesan pelekat RFiD anda dan akan menolak duit terus dari baki eWallet TnG anda. Mudah, senang dan laju. Terbaik. Berapa harga pelekat RFiD T’nG ini? Hanya RM35 sahaja. Anda boleh dapatkan pelekat RFiD ini secara online melalui link di bawah ini ya.

    Harga RFiD Touch 'n Go
    Harga RFiD Touch ‘n Go

    Website Untuk Beli Pelekat RFiD TnG

    • Shopee – anda boleh beli dan cari pelekat RFiD TnG di sini
    • Lazada – anda boleh mencari pelekat RFiD TnG di sini

    Khas untuk warga Pulau Pinang, kepada yang mahukan diskaun 20% seperti pengguna kad TnG Penang yang lain, anda kena daftar dan mohon dahulu di sini ya – [ JimatDiPenang ]. Ingat ya, pelekat RFiD Touch ‘n Go anda bukan secara automatik dapat penjimatan 20% hanya kerana anda warga Pulau Pinang atau pengguna kad TnG Penang. Anda kena register dahulu dan membuat permohonan. Biasanya ianya akan meminta anda berikan maklumat seperti salinan kad pengenalan, bukti tempat bekerja, no plat kenderaan untuk membolehkan anda layak dan lulus untuk mendapatkan diskaun 20% sebagai penduduk Pulau Pinang.

    RFiD TnG RFiD Touch 'n Go Touch 'n Go Touch 'n Go RFiD
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Invois untuk beli kereta dari direct owner

    Invois Beli Kereta Direct Owner

    09/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Kereta import terpakai recond BMW 118i M Sport warna merah

    Senarai Kereta Recond BMW Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Daihatsu Canbus Stripes G Turbo warna beige putih

    Senarai Kereta Recond Daihatsu Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Honda Nbox Custom Turbo warna hitam

    Senarai Kereta Recond Honda Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Toyota Landcruiser warna beige

    Senarai Kereta Recond Toyota Tahun 2026

    17/01/2026
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.