Hendak dijadikan cerita, ketika saya bersiap siap hendak pulang ke kampung berhari raya, saya ada terdengar bunyi alarm kenderaan. Tetapi saya biarkan kerana menyangka yang bunyi alarm tersebut bukan dari kereta proton saga milik saya. Ianya disebabkan saya berada di dalam bilik, jadi kedengaran tidak begitu kuat malah saya tertidur pula dalam 1 jam. Dan ketika bangun hendak mandi dan keluar dari bilik, bunyi alarm kereta masih berbunyi malah kuat pula kedengarannya.
Rasa tidak sedap dalam hati dan terus mandi dengan cepat. Pakai baju dan terus turun ke parking kereta kerana rumah saya dari jenis pangsapuri bertingkat. Dan selepas ke parking kereta ternyata bunyi alarm tersebut adalah alarm dari kereta saya sendiri. Terus matikan alarm dan mencari punca tersebut. Tidak jumpa punca dan akhir sekali saya berniat untuk membuka pintu kereta satu persatu dan menutupnya kembali. Mana tahu kalau pintu tidak ditutup rapat menyebabkan bunyi alarm tersebut.
Handle Pintu Proton Saga Patah
Ketika mencuba untuk membuka pintu kereta sebelah penumpang, pemegang pintu tercabut dan patah. Ketika itu juga saya terus faham yang kejadian alarm berlaku “mungkin” ada budak budak yang main main tarik pemegang pintu kereta saya. Dan akibat pemegang patah itulah alarm kereta proton saga saya berbunyi. Sekarang saya sudah tahu puncanya dan kini saya terpaksa mencari cara untuk perbaiki masalah tersebut. Yang saya tahu pemegang pintu kereta tersebut tidak lagi boleh digunakan. Terpaksa membeli yang baharu.
Dan saya ke kedai aksesori kenderaan dan bertanyakan kepada mereka tentang pemegang pintu kereta proton saga blm. Nampaknya mereka ada menjualnya. Ada 2 jenis yang mereka jual. Satu yang berwarna hitam tanpa cat dan satu lagi berwarna silver yang sudah di cat. Yang belum di cat berharga RM38 termasuk kos upah pemasangan dan sudah di cat berharga RM60 termasuk upah pemasangan. Saya memilih yang bercat silver kerana kereta proton saga saya memang berwarna silver. Kalau anda hendak murah, boleh beli dan pasang sendiri di rumah kalau tahu dan rajin.
Gambar di atas ini saya kongsikan dengan anda akan keadaan bagaimana handle pintu kereta saga yang sudah tercabut patah, car door handle yang baru dan yang telah siap di pasang. Di mana hendak cari dan beli? Senang sahaja, sila ke kedai sparepart kereta. Di sana ada banyak jual produk dan barang yang berkaitan dengan alat ganti kenderaan. Malah lebih murah berbanding kalau anda terus datang ke bengkel kereta dan minta mereka pasangkan.
Door Handle Proton Saga
- [ Shopee ] – anda boleh cari dan beli pemegang pintu kereta Saga di sini
Dan salah satu cara yang paling murah adalah, anda beli sahaja pemegang pembuka pintu kereta anda secara online melalui link di atas ini. Selepas itu bawa car door handle ke bengkel kereta dan minta mereka pasangkan untuk anda. Cuma bayar kos upah sahaja. Ingat kata saya, sila cari beli apa apa barang alat ganti kenderaan di kedai spare part atau secara online. Kemudian baru minta bengkel kereta tolong pasangkan. Ini adalah cara yang boleh kurangkan kos penjagaan kereta. Terpulang. Selamat mencuba.