Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Pengalaman Ke MyEG Untuk Verify World App
    Fintech

    Pengalaman Ke MyEG Untuk Verify World App

    adminBy admin29/11/2024Updated:08/01/20251 Comment4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Saya sebenarnya telah diperkenalkan dengan coin token crypto yang bernama “Worldcoin” oleh seorang rakan di tempat kerja. Saya pada awalnya kurang berminat hendak ambil tahu kerana nama nama coin yang nampak general aka awam macam ni biasanya memang scam. Konon konon perkataan “World” hendak tunjukkan yang coin ini hebat dan sebagainya. Itulah tanggapan saya pada awalnya. Selepas diberitahu kena ke pejabat MyEG, terus rasa macam ada rasa hendak buat semakan tentang coin token crypto ini. Kenapa?

    Saya adalah seorang blogger yang menulis tentang kereta dan kenderaan. Dan servis perkhidmatan MyEG memang sinonim dengan kereta. Jadi saya berminat untuk ambil tahu akan kaitan antara Worldcoin dengan MyEG secara lanjut. Selepas buat sedikit bacaan di internet, saya boleh sahkan yang Worldcoin dengan MyEG ini nampak legit dan bukan scam. Untuk lebih yakin, saya sendiri kena ke pejabat MyEG untuk sahkan.

    Pejabat MyEG di Pulau Pinang
    Pejabat MyEG di Pulau Pinang

    Proses untuk mendapatkan token crypto Worldcoin adalah wajib mendaftar melalui aplikasi yang bernama “World App”. Dan pendaftaran anda hanya akan disahkan melalui pejabat MyEG sahaja. Dan ya, memang betul, anda kena lakukan proses verify World App di MyEG. Dan hanya selepas disahkan sahaja, anda akan mendapat token Worldcoin iaitu WLD di dalam wallet aplikasi World App dalam masa 48 jam selepas disahkan di MyEG. Ya saya sudah berjaya verify, claim dan dapat token WLD tersebut. Kesimpulan, ianya bukan scam.

    Tapi ada satu masalah iaitu token Worldcoin iaitu WLD yang ada dapat, anda tidak boleh jual buat masa ini (28/11/2024). Fungsi tersebut belum dibenarkan untuk digunakan. Anda hanya boleh beli, jual dan transfer ke wallet WLD dari platform yang lain sahaja. Fungsi untuk withdraw duit ke bank belum boleh digunakan lagi. Saya pasti majoriti orang awam yang tidak faham tentang Bitcoin, Blockchain, Cryptocurrency dan apa semua ini, mereka hanya buat sebab nak dapatkan duit sahaja. Tetapi kalau dapat token tetapi tidak boleh dijual untuk dapat duit, bagaimana pula.

    Notis berkenaan token Worldcoin menggunakan network World Chain di MX Global
    Notis berkenaan token Worldcoin menggunakan network World Chain di MX Global

    Saya buat kajian di internet, rupa rupa salah satu platform dagangan matawang cryptocurrency yang berlesen dan ada menjual token WLD adalah platform MX Global. Dan ya, saya telah berjaya guna platform MX Global untuk jual token Worldcoin WLD dan ianya BERJAYA!!!. Saya berjaya jual token WLD dan berjaya withdraw duit ke akaun bank tanpa masalah. Macam mana saya buat? Sila baca artikel ini iaitu Cara Guna MX Global di sini.

    Dan selepas kisah di atas ini, saya bercerita tentang Worldcoin  dan juga tentang MX Global kepada rakan yang lain dan beliau pun berminat untuk mendapatkan token percuma WLD ini di MyEG. Hendak tahu apa yang kelakar? Rakan saya bertanya kepada staff MyEG tentang cara untuk jual dan dapat duit. Staff MyEG kata ianya belum boleh dilakukan lagi. Itu sahaja jawapan mereka. Rakan saya bertanya lagi adakah boleh jual di MX Global dan withdraw duit? Staff MyEG tersenyum dan cakap “Owh… kamu dah jauh sangat dah tuh!”… Hahaha. Hanya yang tahu sahaja tahu..

    Ketika rakan saya sedang verify akaun World App beliau di MyEG, saya tunggu diluar dan sempat bersembang dengan seorang individu yang telah sahkan akaun World App beliau. Saya tanyakan lagi kepada beliau macam mana hendak jual. Jawapan beliau adalah kena jual dengan “orang lama”. Apa maksud orang lama? Maksud beliau adalah jual kepada orang yang awal awal daftar World App dulu dulu. Akaun mereka sudah boleh jual token WLD secara terus. Katanya kita transfer kepada orang tersebut, dan orang tersebut transfer duit kepada kita. Saya tidak pasti akan kesahihan jawapan beliau.

    Apa Yang Kena Daftar?

    • [ WorldApp ] – sila daftar register World App iaitu akaun Worldcoin melalui link ini
      • Atau, jika anda sudah daftar tanpa melalui link ini, sila ke “Settings”
      • Sila klik pada “Invite Code” dengan masukkan Invite code “MHKHFFU” dan klik “Confirm”
    • [ MX Global ] – sila klik link ini untuk membuka dan daftar register akaun MX Global

    Pendapat peribadi, tahun 2024 adalah tahun bull run digital aset crypto. Dengan kata lain, ianya adalah tahun di mana ke semua aset digital seperti cryptocurrency akan meningkat harganya dengan banyak. Sekarang nilai 25 WLD bersamaan dengan RM250 seagai aggaran. Adalah tidak pelik kalau 25 token WLD ini akan bernilai sebanyak RM1000 dan ke atas pada tahun depan. Tiada yang mustahil. Anda mahu jual token WLD sebab hendak guna duit, dipersilakan. Jika tiada keperluan, nasihat saya sila simpan sampai harganya naik tinggi dan baru jual. Jelas? Faham? Bye!!!.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Daftar Buka Akaun Public Gold Untuk Beli Emas Digital Fizikal

    Daftar Dan Beli Emas Public Gold

    06/04/2025
    Bayar zakat mudah dengan aplikasi Touch 'n Go eWallet

    Bayar Zakat Fitrah Guna TnG eWallet

    23/03/2025
    Notis berkenaan token Worldcoin menggunakan network World Chain di MX Global

    Cara Guna MX Global

    28/11/2024
    Paparan akaun crypto Luno Malaysia

    Apa Itu Luno

    26/11/2024
    View 1 Comment

    1 Comment

    1. NesSari on 08/12/2024 3:36 pm

      terima kasih di atas penerangan, sebab sy pun diajak oleh seseorang untuk mendaftar tp saya memilih untuk kaji terlebih dulu. Secara asasnya, memang sy agak skeptikal apabila melibatkan dagangan crytpo dan sebaris dengannya kerana brdsarkan ilmu sy yg sedikit, ia digunakan di pasaran gelap (asal usul), jadi untk konteks ini sy ragu2 akan hukum nya dr segi agama. walau bagaimanapun, terima kasih atas perkongsian.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Kereta import terpakai recond BMW 118i M Sport warna merah

    Senarai Kereta Recond BMW Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Daihatsu Canbus Stripes G Turbo warna beige putih

    Senarai Kereta Recond Daihatsu Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Honda Nbox Custom Turbo warna hitam

    Senarai Kereta Recond Honda Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Toyota Landcruiser warna beige

    Senarai Kereta Recond Toyota Tahun 2026

    17/01/2026
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.