Dari dulu lagi saya memang tidak cakna dan ambil tahu tentang pelan perlindungan kemalangan (personal accident) ini. Sebab paling utama kerana tidak faham. Salah saya sendiri kurang ambil tahu. Dan salah pihak ejen insurans juga yang tidak pandai untuk memberitahu secara mudah faham. Dan salah satu sebab yang lain adalah kerana terlalu banyak plan insurans yang ditawarkan sampaikan saya berasa pelik kenapa tidak SEMUA DALAM SATU. Kenapa kena langgan asing asing. Itulah kepelikkan yang saya rasakan.
Saya telah diberikan sedikit kesedaran tentang perlunya untuk kita selaku pengguna kenderaan ada perlindungan kemalangan. Pengalaman rakan sekerja yang mengalami kecelakaan kemalangan sebagai pengguna kenderaan seperti motosikal yang menyebabkan patah tulang. Apa yang berlaku, mereka kena keluarkan wang duit sendiri untuk kos pembedahan tulang. Ratusan dan ribuan ringgit ya. Dan masalahnya adalah, mereka yang terpaksa keluarkan kos ini mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dan bukannya di hospital swasta. Terkejut?
Perlindungan Kemalangan Dan Masuk Hospital
Berbalik kepada sebab kenapa ramai yang tidak ambil tahu berkenaan insurans kesihatan dan perlindungan kemalangan adalah kerana faktor harga. Berasa mahal. Kalau sudah melanggan medical card, kena langgan pula personal accident. Bayar asing asing. Rasa membazir dan tidak berbaloi. Dapat pula panggilan dari bank entah dari mana perkenalkan pakej personal accident yang akan deduct duit dari akaun bank setiap bulan dengan tagline promosi sebagai pemanggil bertuah dan sebagainya. Adakah ini apa yang anda rasa?
Tahukah anda, diluar sana ada program berbentuk komuniti yang menjalankan program berbentuk perlindungan kesihatan sesama ahli. Ianya bukan program insurans atau takaful. Ianya program bantu membantu sesama ahli peserta yang menyertainya. Perbelanjaan pembayaran bil rawatan hospital akan dikongsi bersama iaitu ditanggung sama rata sesama ahli.
Sebagai pengguna kenderaan seperti motosikal, kereta, van, bas dan sebagainya. Apabila anda terlibat dalam kemalangan. Sudah tentu 100% anda akan dimasukkan dan dibawa ke hospital. Dan di bawah ini saya senaraikan beberapa jenis kos yang mungkin anda tidak sedar ianya akan berlaku kepada anda sekiranya anda mengalami kecelakaan akibat dari kemalangan kenderaan.
Kos Duduk Dalam Wad
Bila ditimpa kemalangan, biasanya kita mahukan keselesaan untuk berehat ketika berada di dalam wad hospital. Wad hospital kerajaan ada yang selesa dan ada yang tidak. Saya penah merasai kedua dua keadaan tersebut. Ada yang luas, tidak ramai orang dan tidak panas. Ada yang terlalu sempit, ramai pesakit dan panas. Ikut nasiblah. Kalau masuk ke wad hospital swasta, majoritinya selesalah dan ber aircond.
Kos Pembedahan
Macam saya cakap tadi, majoriti dari kita fikir, bila buat pembedahan di hospital kerajaan itu adalah murah atau percuma. Jawapannya adalah SALAH 100%. Ya betul kos rawatan dan pembedahan dihospital kerajaan adalah murah. TETAPI bukan dalam semua situasi. Ada keadaan di mana kerajaan tidak menanggung kos kos tertentu. Kita kena keluar duit sendiri. Contoh anda kemalangan patah tulang. Kena pasang besi pada tulang yang patah. Besi ini kena bayar duit sendiri ya. Ratusan sampai ribuan ringgit. Ini fakta.
Kos Kehilangan Gaji Pendapatan
Kalau anda masuk hospital beberapa hari, dapat MC ok lah. Kalau kes yang teruk, terlantar berbulan lama. Kena pula anda kerja sektor swasta. Anda rasa majikan akan terus bayar gaji anda? Biasanya memang kena diberhentikan kerja lah. Tahukah anda, personal accident yang saya mahu kongsikan ini akan memberikan wang elaun harian sebanyak RM100 sehari ketika anda duduk di dalam wad hospital kerajaan.
Kos Kematian
Ramai juga yang mengalami kemalangan dan meninggal dunia. Kes kematian ini akan menyebabkan ahli keluarga di dalam keadaan yang tidak bersedia dari segi kos pengebumian. Kalau ahli keluarga ada wang simpanan ok lah. Kalau tiada dan harap wang anda sebagai punca mata pencarian. Maka di sinilah kenapa perlunya khairat kematian.
Kembali kepada tajuk personal accident yang paling murah tetapi menawarkan coverage perlindungan yang paling tinggi. Saya rasa anda pasti berminat hendak tahu bukan? Program yang saya maksudkan adalah berkenaan WeKongsi. Saya tidak mahu bercerita panjang sebab saya pernah menuliskan banyak artikel berkenaan program ini di website ini. Saya jemput anda baca.
Tentang We Kongsi
- [ Kad Perubatan Murah WeKongsi ] – bayaran bulanan dari RM0-RM90 sahaja sebulan
- [ Insurans Kemalangan Murah WeKongsi ] – perlindungan kemalangan serendah RM10K dan boleh cover sampai RM1 juta setahun
- [ Elaun Wad Harian WeKongsi ] – elaun wad harian adalah RM50 & RM100 bergantung pelan yang anda ambil
- [ Khairat Kematian WeKongsi ] – dapat khairat kematian RM10K lump sump untuk apa apa jenis kematian kecuali bunuh diri
Program WeKongsi ini mencakupi semua dalam 1. Ada perlindungan rawatan perubatan seperti medical card. Ada elaun wad jika dimasukkan ke hospital kerajaan. Ada khairat kematian akibat kemalangan kepada ahli keluarga ada. Dan ada perlindungan kemalangan iaitu personal accident serendah RM10K dan setinggi RM1 juta coverage mengikut term & condition.
Daftar/Register We Kongsi
- [ LandingPageWeKongsi ] – sila klik link ini untuk baca maklumat lebih lanjut
- [ RegisterWeKongsi ] – sila klik link ini jika anda mahu terus daftar
- [ WhatsappWeKongsi ] – ini adalah group Whatsapp kendalian saya. Sila masuk ke group ini untuk bantuan pendaftaran dan pertanyaan.
Ya, pasti akan ada yang tanya, adakah program WeKongsi ini ada sijil halal? Jawapannya adalah YA. We Kongsi Sdn Bhd ada sijil patuh syariah (Shariah Compliant). Jadi jangan bimbang ok!!!.
Kesimpulan. We Kongsi adalah sebuah program perkongsian kos rawatan perubatan hospital sesama ahli dalam bentuk komuniti. Ianya bukan program takaful atau insurans. Ianya menawarkan perlindungan sama 100% seperti kad perubatan medical card yang biasa. Anda boleh masuk ke mana mana hampir 300 buah hospital swasta tanpa masalah. Dan sebagai pengguna kenderaan, maka perlindungan kemalangan iaitu personal accident ada disediakan sekali dengan bayaran langganan bulanan serendah RM0-RM90 sebulan. Berminat? Daftar melalui link di atas ini. BYE!!!.