Saya pernah 2 kali berpengalaman pindah rumah. Atas sebab itulah saya tahu betapa sukarnya untuk mencari dan mendapatkan perkhidmatan sewa lori dengan pekerja yang boleh membantu angkat dan pindah barang dari rumah lama ke rumah yang baru. Sudahlah kadang caj harga sebuah lori pun kena ketuk harga yang melampau lampau dan tidak munasabah. Semuanya adalah kerana kita tidak dapat tahu berapakah rate harga sebenar untuk kita mendapatkan perkhidmatan sebuah lori untuk angkat barang iaitu pindah rumah.
Alhamdulillah kini telah ada servis perkhidmatan yang terpercaya dan professional untuk masalah seperti ini. TheLorry adalah sebuah start-up dari Malaysia pada mulanya dan kini telah berjaya berkembang ke luar negara. Syarikat ini sangat mesra pengguna samada untuk pengguna biasa (consumer) dan juga untuk produk perniagaan (business).

TheLorry : Servis Perkhidmatan Angkat, Bawa Dan Pindah Barang Untuk Consumer & Business
Kenapa saya suka guna servis perkhidmatan dari TheLorry sebagai pengguna biasa (consumer)? Pertama sekali, apabila saya ingin pindah rumah, saya terus boleh booking lori dengan muatan yang saya inginkan dengan mudah melalui aplikasi smartphone sahaja. Ada lori yang bersaiz 1 tan, 3 tan, 5 tan, pickup truck 4X4 dan juga van. Mudah cerita semua jenis pengangkutan untuk barangan memang tersedia dengan The Lorry ini.
Kelebihan menggunakan TheLorry pula adalah, selain dari senarai harga yang jelas (transparent), mereka juga menawarkan kelebihan seperti menambah bilangan pekerja angkat barang, kotak, wrapping, tolong buka dan pasang, perlindungan insurans dan juga bantuan bawa barang menaiki tangga. Semua servis ini akan dikenakan caj caj tambahan mengikut kemahuan anda.

Senarai Servis TheLorry
- Simple Moving – lori untuk pindah barang, pindah rumah, logistik, produk bisnes
- House Moving Package – pindah barang guna lori ikut pakej
- IKEA Delivery – sewa lori khas untuk angkat barang dari IKEA
- Disposal – sewa lori untuk tolong angkat dan buang barang (contoh : perabot lama)
- Cross Border – pindah barang dari Malaysia – Singapore
Sebenarnya semasa saya ingin pindah rumah, memang ada barang dan perabot yang ingin saya buang. Kalau hendak buang sendiri pula memang tiada kenderaan yang layak untuk saya gunakan. Tapi dengan adanya TheLorry, kita juga boleh menempah servis bantuan untuk membuang barang perabot yang kita tidak mahu gunakan.

Kita boleh gunakan servis TheLorry untuk buang barang seperti meja lama, tilam buruk, perabot rosak, almari lama dan sebagainya dengan mudah. Boleh dikatakan TheLorry memang menawarkan perkhidmatan yang menyeluruh untuk ke semua proses angkat, pindah dan bawa barang yang kita perlukan ketika mahu pindah tempat.
Booking Sewa Lori Online
- [ TheLorry ] – sila klik link ini untuk daftar atau terus booking servis perkhidmatan lori yang anda mahukan
Zaman sekarang sudah semakin ramai para usahawan (small enterprise/business). Lihat sahaja pemilik kedai online seperti Lazada, Shopee dan juga Tiktok. Terlalu banyak parcel bungkusan barangan yang perlu dihantar. Dan keadaan ini memerlukan logistik yang perlu angkut dan bawa barang dari satu warehouse ke warehouse yang lain. Dan kenderaan apakah yang boleh membantu? Sudah tentu van dan juga lori. Maka servis dari TheLorry boleh membantu. Berminat? Sila daftar melalui link di atas ini ya. BYE!!!.