Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Preve

    Pasang Proton Preve Android Player Terbaru

    adminBy admin29/08/2024No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Zaman kereta dulu dulu sistem hiburan dia pakai kaset. Kemudian beralih kepada cd. Dan kini kebanyakkan kereta sudah mempunyai sistem entertainment dari android. Sejak saya membeli dan menggunakan Proton Preve ini, nampaknya sistem android player ini seakan sudah out of date. Lambat respon dan terasa lag. Jadi saya terpaksa membeli Preve android player yang baharu atas beberapa sebab walaupun sistem android yang lama ini sebenarnya masih lagi berfungsi. Cuma ada beberapa aspek yang saya kurang berkenaan dan penyebab saya membeli android player yang baru.

    Sebenarnya ini adalah kali pertama saya menggunakan kereta yang ada sistem pemain android ini. Biasalah, kita sudah terbiasa dengan sistem android kerana telah lama menggunakan smartphone android. Jadi kita tahulah sedikit sebanyak bagaimana hendak tahu samada sistem android tersebut sudah lama atau yang terkini. Untuk tahun 2020-2021 ini, sistem android terkini pada smartphone adalah dari versi 10 & 11. Bila kita tengok info pada Preve android player lama adalah dari versi 9 dan sistem RAM nya hanyalah 1GB sahaja. Maka memang kena tukarlah.

    Android player kereta 9 inci model Sky Navi T3L 8035 FM
    Android player kereta 9 inci model Sky Navi T3L 8035 FM

    Beli Proton Preve Android Player 9 Inch

    Hasil pertanyaan pemilik Preve di Facebook, semua mengatakan yang kita perlu gunakan android player yang mempunyai sistem versi 10, menggunakan RAM minima 2GB dan internal storage minima 16GB. Perlu diingat ya, yang sistem android player untuk kereta tidak boleh dibandingkan dengan smartphone kita. RAM 2GB sudah terasa memadai dan lancar tetapi minimalah. Kalau smartphone 2GB RAM memang akan lag teruk. Sebab smartphone terlalu banyak sistem yang bergerak dalam satu satu masa. Sedangkan kereta hanya menggunakan sistem yang asas sahaja.

    Android player yang saya beli ini adalah menggunakan CPU Allwinner four core, 2GB RAM DDR3, storage 32GB dan skin jenis IPS yang jelas. Ianya berharga RM558. Versi android adalah 10. Dan seperti biasa, apa yang kita mahukan perlu ada pada sesebuah android player adalah;

    Proton Preve android player 2GB RAM dan 32GB storage
    Proton Preve android player 2GB RAM dan 32GB storage
    • Waze (sistem navigasi gps)
    • YouTube (tonton video)
    • Chrome (buat carian di internet)
    • Radio FM
    • Music player
    • Video player
    • Bluetooth
    • Wifi
    • MicroSD slot
    • usb port

    Yang lebih menarik, kita boleh sambungkan reverse camera dengan sistem Preve android player ini. Jadi bila undur kereta, skrin android player ini akan automatik memaparkan view kereta kita pada bahagian belakang. Cuma pastikan kereta anda ada reverse cameralah. Kalau tiada kena beli asing. Kadang kala sesetengah android player diberikan sekali dengan free reverse camera yang biasa. Hendak lebih kualiti boleh beli asing yang lebih clear HD dan jelas pada waktu malam.

    Kalau untuk saya secara peribadi, Preve android player ini lebih saya gunakan untuk tujuan navigasi gps bila berjalan jauh dan juga hiburan. Bila ke tempat yang tidak biasa, gps pada android player ini penting. Jadi tidaklah terlalu menggunakan smartphone ketika memandu. Untuk tujuan hiburan pula, saya mungkin boleh membuka YouTube untuk menghilangkan bosan ketika memandu. Maklumlah, saya mudah mengantuk ketika memandu. Jadi memang perlukan hiburan seperti YouTube ini.

    Harga android player untuk kereta
    Harga android player untuk kereta

    Android Player Untuk Kereta

    • [ Shopee ] – Cari dan beli android player untuk kereta secara online di sini

    Mungkin akan ada yang bertanya, tidakkah android player seperti ini ada yang jenis boleh masukkan kad sim. Jawapannya ya ada. Akan tetapi sudah tentu ianya lebih mahal. Kerana dengan adanya sim, ianya pasti memudahkan anda kerana tidak perlu bergantung kepada data hotspot dari smartphone anda. Dan biasanya android player yang boleh diletakkan simkad seperti ini juga adalah dari brand yang berjenama. Sudah tentulah kena beli dengan harga RM1K dan ke atas. Saya beli Preve android player yang biasa biasa sudah. Murah. Bukan hendak pakai selalu pun. Hehe. BYE!!!

    Android Player Kenderaan Android Player Kereta Android Player Proton Preve Android Player Untuk Kereta Beli Android Player Kereta Harga Android Player Kereta Tukar Android Player Kereta
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Gambar depan kereta Proton X50 2025

    Beli Proton X50 Enjin 4 Silinder

    14/07/2025
    Getah cermin tingkap naik turun tercabut tertanggal

    Tukar Getah Tingkap Cermin Kereta

    09/07/2025
    Harga Perodua Myvi power window switch button

    Beli Alat Ganti Kereta Mudah Secara Online

    15/06/2025
    Engine mounting kereta Proton Ertiga untuk kurangkan gegaran

    Tukar Engine Mounting Untuk Kurangkan Enjin Bergegar

    22/05/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.