Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Melawat Rakan Yang Kemalangan Di Hospital KPJ
    Takaful/Insurans

    Melawat Rakan Yang Kemalangan Di Hospital KPJ

    adminBy admin22/05/2018Updated:20/10/2024No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Beberapa hari lepas saya telah mendapat berita dari rakan yang beliau telah mengalami kemalangan (accident). Dan perkara tersebut berlaku ketika beliau hendak ke tempat kerja pagi pagi dengan menaiki motosikal. Nasib malang menimpa apabila ada sebuah kereta yang tiba tiba membelok ke kanan jalan tanpa memberi apa apa signal dalam keadaan terburu buru. Akibatnya, beliau terpaksa dibawa oleh van kecemasan hospital ke Hospital KPJ Bandar Perda Bukit Mertajam Pulau Pinang untuk menerima rawatan. Beliau ada bertanya kepada saya, apakah beliau yang salah atau kereta tersebut yang bersalah. Saya sendiri pun tidak mampu menjawabnya. Ermm.

    Rakan saya tidak berapa pasti berapakah lama masa untuk beliau terus tinggal di wad Hospital KPJ berkenaan. Ketika saya melawat, beliau sudahpun duduk di wad hospital berkenaan selama 2 hari. Sebenarnya ini adalah kali kedua rakan saya ini di masukkan ke hospital KPJ ini. Kali pertama dulu kerana suspect terkena serangan penyakit dan badan menjadi lemah. Dan kali kedua ini pula kerana kes kemalangan. Dari pengalaman beliau yang pertama kali dululah sebab kenapa beliau memilih untuk terus menerima rawatan di hospital yang sama juga.

    Masuk wad di Hospital KPJ Bandar Perda Bukit Mertajam Pulau Pinang
    Masuk wad di Hospital KPJ Bandar Perda Bukit Mertajam Pulau Pinang

    Kemalangan Dan Masuk Wad Di Hospital KPJ Penang

    Semua orang tahu yang Hospital Penang KPJ adalah sebuah hospital swasta. Bila kita bercakap tentang hospital swasta, maka kita pasti akan terbayangkan 2 perkara. Perkara yang pertama adalah tentang kos rawatan yang sangat tinggi dan mahal. Dan perkara yang kedua pula adalah tentang servis perkhidmatan yang menyelesakan kepada pesakit yang menerima rawatan di sana. Dan untuk mendapatkan keselesaan rawatan dan juga kewangan dalam pembayaran bil rawatan hospital, maka sudah tentu MEDICAL CARD adalah jalan penyelesaiannya.

    Patah jari akibat dari kemalangan motosikal dengan kereta
    Patah jari akibat dari kemalangan motosikal dengan kereta

    Rakan saya adalah pemilik kepada kad perubatan dari PruBSN Takaful. Oleh itu beliau tidak begitu bimbang dengan kos cas rawatan yang dikenakan kerana ianya akan dibayar oleh pihak takaful sendiri kepada pihak Hospital KPJ. Pilih hospital mana, cakap ada medical card dan pihak hospital pun terus uruskan dengan cepat. Malah boleh pilih hendak bilik yang mana dan macam mana. Rakan saya di masukkan ke bilik wad yang mempunyai 3 katil. Ok selesalah juga. Siap ada TV dan internet lagi untuk setiap katil. Jadi tidaklah begitu boring kalau terpaksa duduk di wad lama lama.

    Saya juga berpengalaman melihat rakan rakan sekerja yang lain yang pernah masuk wad di mana mana hospital swasta. Bil rawatan rata rata adalah puluhan ribuan ringgit. Sebagai orang biasa memang kita tidak mampu untuk menyediakan kos setinggi itu. Kita tidak mahulah untuk menerima apa bala bencana. Minta dijauhkan. Kalau terkena, dengan adanya medical card sedikit sebanyak bolehlah kita mendapatkan rawatan yang lebih selesa tanpa perlu berfikir tentang kos rawatan lagi. Kita doakan agar rakan saya cepat sembuh. Aminn.

    Ok berbalik kepada 2 isu utama di sini. Adakah anda mempunyai kad perubatan yang bernama “medical card”? Jika tiada, apakah pelan atau program yang anda ada sertai untuk mendapatkan perlindungan kos rawatan perubatan hospital? Tiada? Malah lebih teruk tidak terfikir pun hendak ambil tahu atau langgan medical card? Sebab pendapat anda kita sudah ada hospital kerajaan? Ya, jawapan anda adalah betul tetapi kurang tepat.

    Mungkin ramai yang tidak sedar berkenaan skim perlindungan kos perubatan di negara jiran kita. Indonesia perkenalkan “BPJS Kesehatan” yang wajib kena bayar setiap bulan. Macam langgan medical card, cuma bayaran bulanan adalah rendah dan itu adalah bayaran untuk hospital kerajaan ya. Hospital kerajaan Malaysia masih lagi tersangat rendah dan murah. Cuma perlu bayar RM1 atau RM5 sahaja ketika mendapatkan rawatan dihospital.

    Skim kesihatan Singapura pula lagilah mahal. Tiada istilah hospital kerajaan atau swasta. Bayaran bil perubatan hospital kerajaan sama 100% dengan apa yang kita bayar di hospital swasta. Cumanya, 50% dari bayaran ditanggung oleh kerajaan Singapore dan 50% ditanggung sendiri oleh kita atau pelan medical card yang kita ambil. Jadi Malaysia masih lagi murah berbanding Indonesia dan Singapura.

    Masih tidak sedar? Kerajaan sudah mansuhkan skim pencen. Kerajaan hapuskan subsidi. Harga barang naik. Kos sara hidup meningkat naik. Dan salah satu sektor yang mahal yang kerajaan kena tanggung adalah sektor perubatan. Tidakkah anda rasa yang kerajaan juga akan mengambil langkah untuk menghapuskan subsidi kesihatan? Jika ya, adakah anda baru terfikir hendak ambil dan langgan medical card? Kalaulah anda masih tidak ada penyakit kronik dan umur masih muda, bolehlah langgan. Kalau ada sakit kronik dan umur di atas 40 tahun? Memang tidak layaklah anda untuk mendapatkan pelan perlindungan perubatan. Pernah terfikir?

    Medical card murah bawah RM50 sebulan dari We Kongsi
    Medical card murah bawah RM50 sebulan dari We Kongsi

    Daftar/Register We Kongsi

    • [ LandingPageWeKongsi ] – sila klik link ini untuk baca maklumat lebih lanjut
    • [ RegisterWeKongsi ] – sila klik link ini jika anda mahu terus daftar
    • [ WhatsappWeKongsi ] – ini adalah group Whatsapp kendalian saya. Sila masuk ke group ini untuk bantuan pendaftaran dan pertanyaan.

    Saya hanya perkenalkan kepada anda sahaja. Kalau berminat sila daftar melalui link di atas ini ya. Di atas ini adalah program yang menawarkan pelan perlindungan kos perubatan murah di Malaysia. Di saat ramai pengguna medical card yang bising sebab bayaran premium insurans mereka naik sangat banyak dan terpaksa surrender. Di We Kongsi, masih mampu menawarkan bayaran bulana yang tidak lebih dari RM90 sebulan. Paling murah RM40 jer sebulan. Saya tidak mahu bercerita panjang, saya jemput anda klik dan baca perkongsian yang telah saya tulis. Atau anda hubungi sahaja saya melalui link Whatsapp di atas ini. Mudah. Berminat, klik dan daftar WeKongsi sekarang juga ya. BYE!!!.

    Hospital KPJ Hospital KPJ Bandar Perda Hospital KPJ Bukit Mertajam Hospital KPJ Penang Hospital KPJ Perda Hospital KPJ Pulau Pinang Pengalaman Di Hospital KPJ
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Langgan pakej perubatan WE KONGSI untuk anak dan isteri

    Daftar Pelan Perubatan We Kongsi Untuk Anak Dan Isteri

    01/09/2025
    Bayaran caj outpatient klinik swasta guna We Kongsi TPA eMAS cuma RM10 sahaja

    Anak Pertama Kali Ke Klinik Swasta Guna We Kongsi

    09/07/2025
    We Kongsi melalui TPA EMAS menawarkan kelebihan outpatient di klinik swasta panel dengan RM10 sahaja

    Pergi Klinik Swasta Cuma Bayar RM10 SAHAJA

    05/05/2025
    Langgan pelan perlindungan perubatan yang murah untuk anak isteri di We Kongsi

    Adik Berminat Langgan We Kongsi

    14/03/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.