Saya dan isteri adalah pengguna medical card dari AIA. Dengan kata lain, kami ada pelan perlindungan kos perubatan dari syarikat insurans AIA. Masalahnya di mana? Semua orang pasti merasakan beban kenaikkan kos sara hidup dan sudah tentu bayaran yuran premium bulanan kad perubatan juga naik. Naik sedikit tidak mengapa. Asalkan masih mampu untuk menyerap kenaikkan bayaran bulanan tersebut. Kalau naik sampai diluar kemampuan bagaimana? Memang kena terminate dan surrender lah jawabnya polisi insurans tersebut.
Tidak perlu pergi jauh. Jom baca kisah bayaran bulanan AIA isteri saya naik dari RM80 sebulan kepada RM100 sebulan dan kini menjadi RM130 sebulan. Naik lebih 50% yer. Jangan cakap tentang RM130 sebulan itu murah. Sila bercakap adakah kenaikkan 50% itu rendah? Bagaimana dengan orang lain? Kalau sebelum ini kena bayar RM200 sebulan, selepas repricing jadi RM300 sebulan. Memang sesiapa sahaja pun akan terasa beban tersebut. Sebab bayaran bulanan yang pihak pemegang polisi bersetuju setiap bulan ketika awal awal melanggan medical card adalah satu jumlah yang mereka setuju dan berasa mampu ketika itu!
Langgan Pelan Perlindungan Kos Perubatan Murah Bawah RM90 SEBULAN
Dan di atas ini adalah snapshot posting yang dibuat oleh saudara Anarm di akaun Facebook beliau. Kesian ya. Beliau adalah salah seorang rakyat Malaysia yang ada kesedaran tentang keperluan untuk ada pelan perlindungan kos perubatan untuk diri sendiri dan juga keluarga tatkala di luar sana masih ramai rakyat Malaysia yang tidak cakna dan ambil tahu akan kepentingan kenapa perlu ada dan langgan plan perubatan seperti ini. Last last terpaksa surrender iaitu terminate kerana tidak lagi mampu untuk bayar.
Saya pun ada bersembang dengan isteri. Kalaulah bayaran premium insurans perubatan saya dan isteri naik dan ianya melebihi dari kemampuan kami, maka kami juga mungkin terpaksa terminate surrender insurans perubatan kami dengan pihak AIA. Bukan salah AIA, tetapi ianya adalah disebabkan faktor kos sara hidup yang semakin naik. Syarikat penyedia insurans terpaksa menaikkan bayaran premium untuk menampung kos operasi syarikat mereka. Dan ini adalah normal. Yang tidak normal adalah kenaikkan kos sara hidup tidak selari dengan kemampuan rakyat untuk menghadapi kenaikkan tersebut.
Saya dan isteri masih menggunakan medical card dari AIA selagi mampu. Dan tempat kerja saya juga ada menawarkan pelindungan perubatan buat diri sendiri dan juga keluarga. Cuma kekurangan medical coverage yang company adalah jumlah coverage yang ditawarkan adalah tersangat rendah. AIA boleh cover RM100K setahun dan sedangkan insurans company tempat kerja hanya cover setinggi RM15K sahaja. Rasanya kalau masuk wad hospital swasta dan ada pembedahan memang akan kena lebih dari RM15K lah. Macam tak berbaloi.
Jadi apa pilihan yang ada? Saya ada melanggan pelan perlindungan kos rawatan perubatan dengan pihak WE KONGSI untuk anak saya. Ianya BUKAN INSURANS atau TAKAFUL. Ianya program berbentuk PERKONGSIAN BIL PERUBATAN HOSPITAL dalam bentuk KOMUNITI. Anda boleh baca tentang WeKongsi di sini. Ini adalah alternatif kepada anda yang mencari cari program yang boleh membantu bayar bil perubatan di hospital swasta yang bayarannya adalah murah, tidak mahal dan WAJIB bawah RM100 SEBULAN!!!. Itulah dia We Kongsi!!!.
Yuran Pengurusan (Management Fee)
- RM40 setiap bulan ATAU
- RM100 setiap suku bulan ATAU
- RM360 untuk setahun
Ini adalah bayaran kos pengurusan syarikat dan bukan bayaran bulanan untuk bil perubatan anda. Bayaran di atas ini adalah bayaran yang wajib ya. Hendak murah, bayar terus RM360 untuk setahun yang mana lebih kurang dalam RM30 sahaja sebulan. Kalau anda tidak mampu, pilih bayar bulanan RM40 pun boleh. Ini adalah kos untuk syarikat bayar gaji pekerja, kos pengiklanan, kos pengurusan dan lain lain. Harap maklum.
Bayaran Bulanan (Sharing)
- Katakan ada senarai 1000 ahli We Kongsi yang aktif
- Ali salah seorang ahli We Kongsi yang aktif
- Ali masuk ke hospital KPJ dan dikenakan caj bil sebanyak RM35K
- Jadi ahli We Kongsi yang seramai 1000 orang akan share bayar bil perubatan Ali sebanyak RM35K
- Maknanya setiap orang akan kena share dan kongsi bayar sebanyak RM35K / 1000 orang = RM35
- Maknanya bayaran bulanan itu yang kita kena bayar adalah sebanyak RM35 sahaja.
Soalan. Adakah bayaran setiap bulan di WeKongsi adalah tidak sama? Jawapannya adalah YA!!!
Adakah kita tidak perlu bayar apa apa bayaran bulanan sharing kalau tiada ahli yang masuk hospital? Jawapannnya dalah YA!!!.
Macam mana kalau ada ahli yang kena kos rawatan sebanyak RM100K? Adakah kita kena kongsi bayar sebanyak RM100 bulan itu? Jawapannya adalah TIDAK!!!
Di We Kongsi, program perkongsian menetapkan bayaran perkongsian setiap ahli setiap bulan TIDAK AKAN LEBIH RM50. Maknanya kalau kita kena kongsi bayar bil perubatan Ali yang lebih dari RM50, baki tersebut akan dibawa untuk dikongsi bayar pada bulan hadapan. Setiap bulan ahli hanya share kongsi bayar tidak lebih RM50 sahaja.
Kesimpulan. Bayaran di dalam program We Kongsi adalah BAYARAN YURAN MANAGEMENT + BAYARAN BULANAN SHARING. Iaitu RM40 setiap bulan sebagai bayaran yuran pengurusan We Kongsi dan RM50 maksimum sebagai bayaran perkongsian bil semasa ahli. Dengan kata lain, bayaran bulanan maksimum pun cuma RM90 sahaja. Dan paling rendah pun cuma RM40 sahaja kalau tidak ada ahli yang mendapatkan rawatan di hospital swasta. Jelas? Faham?
Daftar/Register We Kongsi
- [ LandingPageWeKongsi ] – sila klik link ini untuk baca maklumat lebih lanjut
- [ RegisterWeKongsi ] – sila klik link ini jika anda mahu terus daftar
- [ WhatsappWeKongsi ] – ini adalah group Whatsapp kendalian saya. Sila masuk ke group ini untuk bantuan pendaftaran dan pertanyaan.
Saya ringkaskan begini. Syarat wajib untuk sertai program komuniti We Kongsi ini adalah, anda wajib berumur tidak lebih 40 tahun. Anak kecil pun boleh join walaupun berumur 15 hari. Dan yang paling penting sihat tubuh badan dan tidak ada penyakit kronik. Itu sahaja syaratnya. Kalau berminat, sila klik link di atas ini dan daftar sekarang juga. BYE!!!.