Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Cara Renew Roadtax Dan Insurans Kereta Guna BJAK
    Panduan

    Cara Renew Roadtax Dan Insurans Kereta Guna BJAK

    adminBy admin02/01/2025Updated:03/01/2025No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Ini adalah kali pertama saya ingin menggunakan servis perkhidmatan dari “BJAK” untuk tujuan memperbaharui (renew) cukai jalan (roadtax) dan juga insurans kereta saya. Dan dari pengalaman ini, saya ingin kongsikan bagaimana cara guna BJAK secara online. Ya betul!!! Ianya mudah dan senang sahaja. Anda boleh buat sendiri. Anda tiada geran kereta pun boleh. Anda tidak cukup duit dan mahu bayar secara ansuran bulanan pun boleh. Sebab itulah BJAK di berikan rating baik dan review cukup tinggi di Google.

    Biasanya kalau hendak lakukan proses renew roadtax dan insurans kereta, biasanya saya akan minta tolong dengan kedai insurans sahaja. Dan hanya start tahun lepas sahaja saya mula buat sendiri proses renew insurans secara secara online menggunakan aplikasi OneCent. Dan untuk tahun 2025 ini, saya berikan peluang untuk cuba pula proses renew roadtax dan juga insurans kereta menggunakan BJAK. Bijak tak saya? Hahaha.

    Renew insurans kereta dan insurans motor secara online melalui BJAK
    Renew insurans kereta dan insurans motor secara online melalui BJAK

    Cara Perbaharui Cukai Jalan & Insurans Kereta Guna BJAK

    Biar saya cerita sikit berkenaan “Roadtax” dan juga “Insurans Kereta” sebab ramai pembeli dan pengguna kereta yang baru tidak tahu beza akan kedua dua ini dan kenapa kena bayar dua dua. Malah ada yang tanya kalau bayar satu dulu boleh ker tidak? Malah ada yang tidak faham dan tidak jelas maksud roadtax dan insurans kereta ini. Jadi kepada anda yang seperti ini, sila baca penerangan ringkas dari saya di bawah ini ya sebelum kita ke topik utama iaitu cara guna BJAK.

    INSURANS – insurans adalah perlindungan kerosakkan akibat kemalangan. Kereta kalau rosak akibat kemalangan, berapa kos untuk baik pulih. Jujur cakap, majoriti dari kita memang tidak ada duit yang cukup untuk baiki kereta kita selepas kemalangan. Jadi di sinilah kenapa insurans wajib kena renew setiap tahun. Dan harga untuk renew insurans kereta adalah berdasarkan nilai semasa kereta kita.

    ROADTAX – roadtax bermaksud “cukai jalan”. Kenderaan anda iaitu kereta anda layak dan dibenarkan untuk berada dan menggunakan jalan raya selepas anda ada buat bayaran cukai jalan iaitu roadtax. Jangan risau, bayaran cukai jalan adalah dibayar setahun sekali. Biasanya kena dalam RM90 sahaja setahun.

    Dengan kata lain, jika anda menggunakan apa apa kenderaan termasuk kereta, 2 benda yang anda akan bayar setiap tahun adalah anda kena bayar cukai jalan dan anda kena bayar insurans untuk kereta. Sebab itulah kita sebut ianya sebagai proses “renew” untuk roadtax dan juga insurans kereta. Jelas? Faham?

    Cara Guna BJAK

    • [ Bjak Website ] – Sila klik link ini untuk mula. Jika ketika mendaftar anda diperlukan masukkan kod tajaan referral, sila masukkan nombor kod ini ya “U63OI2“
    • Sila pilih samada mahu bayar “Insurans Kereta” atau “Insurans Motor” dan kemudian sila klik “Minta Sebut Harga….. “
    • Sila isikan ke semua info maklumat yang diminta dengan betul dan tepat
    • Tandakan tick pada “Saya bersetuju dengan terma syarat”, “Terima email”, “Ya, Hantar Quote Secara Whatsapp” dan kemudian sila klik “Dapatkan Sebut Harga”.

    Dalam masa 5 minit, anda akan diberikan link melalui email dan juga Whatsapp. Sila klik. Saya pilih untuk klik link yang diberikan melalui email. Ianya adalah tentang quotation harga insurans kereta yang ditawarkan kepada anda. Setelah klik link yang diberikan, ianya akan memaparkan maklumat diri kita dan kenderaan kita. Sila semak dan ubah jika ada kesalahan info. Dan kemudian anda akan dipaparkan dengan senarai quote harga insurans kereta. Ada yang murah dan ada yang mahal. Ada yang konvensional dan anda yang patuh syariah. Sebagai seorang muslim Islam, sila pilih insurans kereta yang patuh syariah.

    Perbaharui insurans kereta patuh syariah guna BJAK dengan Takaful Ikhlas
    Perbaharui insurans kereta patuh syariah guna BJAK dengan Takaful Ikhlas

    Dalam senarai quotation harga insurans kereta yang ditawarkan oleh BJAK, ada 2 sahaja penyedia insurans yang halal iaitu dari Takaful Ikhlas dan juga Takaful Malaysia. Oleh kerana Takaful Ikhlas lebih murah, maka saya pilih untuk renew insurans kereta saya dengan Takaful Ikhlas. Kita tidak mahu terjadi kes baru baru ini oleh seseorang individu yang baru sahaja renew insurans kereta beliau dan baru perasan yang ianya adalah insurans jenis konvensional. Maka beliau cari cara macam mana hendak tukar insurans kereta konvensional kepada takaful. Susah juga. Jadi di BJAK, anda terus pilih yang “takaful” sahaja kerana confirm patuh syariah.

    Kemudian, anda boleh buat tambahan insurans kalau mahu seperti insurans cermin kereta kalau mahu untuk perlindungan dari pecah. Dan juga insurans bencana alam untuk kes kes seperti banjir, pokok tumbang dan lain lain. Ini adalah pilihan. 

    Renew insurans kereta secara ansuran bulanan di BJAK
    Renew insurans kereta secara ansuran bulanan di BJAK

    Akhir sekali, anda akan diberikan mahu buat bayaran yang macam mana. Boleh secara bayaran penuh atau juga secara bayaran ansuran bulanan. Bayaran bulanan adalah dari SPayLater Shopee (1-12 bulan), Atome (3 bulan) dan juga PayLater dari GRAB (1-4 bulan). Kalau mahu bulanan yang paling rendah, sila pilih SPAYLater dari Shopee kerana menawarkan bayaran bulanan paling lama iaitu selama 12 bulan. Saya pilih bayaran penuh dan buat bayaran secara online banking. Selesai.

    Kesimpulan, proses untuk berikan quotation harga hanya mengambil masa selama 5 minit sahaja. Dan selepas bayar, roadtax dan juga insurans kereta anda akan selesai dalam 1 hari bekerja sahaja. Anda boleh pilih samada mahu dapatkan fail secara digital atau fizikal. Saya pilih digital kerana lebih mudah. Dan semak sahaja di aplikasi MyJPJ untuk tahu samada roadtax dan juga insurans kereta saya benar benar sudah di renew oleh BJAK atau tidak. Selepas sehari, saya semak di aplikasi MyJPJ, semua telah di renew dengan jayanya. Dengan kata lain BJAK bukan scam dan bukan penipu.

    BJAK update info insurans kereta di aplikasi MyJPJ
    BJAK update info insurans kereta di aplikasi MyJPJ

    Jadi apa pandangan dan review saya berkenaan BJAK? Sebenarnya sistem BJAK ini hanyalah sebuah platform untuk buat urusan memperbaharui cukai jalan roadtax dan juga insurans kenderaan secara online sahaja. Ada ejen insurans yang akan kendalikan proses ini. Cumanya kelebihan BJAK yang saya nampak setakat ini adalah mereka pantas dan sangat cepat. Malah anda tidak perlu bersusah payah untuk berikan gambar geran kenderaan kereta kepada mereka. Mereka uruskan dengan mudah. Berminat untuk renew roadtax dan insurans kereta? Daftar melalui link di atas ya. Selamat mencuba. BYE!!!.

    BJAK Cara Guna BJAK Guna BJAK Insurans Kereta BJAK Insurans Motor BJAK Renew Insurans BJAK Renew Roadtax BJAK Roadtax Kereta BJAK
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Langgan pakej perubatan WE KONGSI untuk anak dan isteri

    Daftar Pelan Perubatan We Kongsi Untuk Anak Dan Isteri

    01/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.