Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Cara Dapatkan Salinan Geran Kereta
    Info

    Cara Dapatkan Salinan Geran Kereta

    adminBy admin07/09/2024Updated:11/04/2025No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Saya ada sebuah kereta Proton Iswara yang telah lama rosak, tayar pancit dan tersadai lama. Maka baru baru ini saya ingin buang kereta tersebut. Jadi pilihan yang paling mudah adalah dengan menjual sahaja kereta lama tersebut di kedai besi buruk. Dan ya, alhamdulillah mereka terima kereta berkenaan dengan saya dapat sedikit bayaran iaitu dalam lingkungan RM500-RM1000. Kebimbangan saya adalah, kereta tersebut tidak ada geran kenderaan. Maka saya perlu dapatkan salinan geran kereta untuk keselamatan saya di pejabat JPJ. Kenapa?

    Begini, bila kita beli dan memiliki sebuah kenderaan. Maka kenderaan tersebut akan didaftarkan dengan nama kita. Maka kita adalah pemilik kepada kenderaan tersebuat secara undang undang yang sah. Bila kenderaan tersebut di salah guna walaupun bukan kita yang memandu atau menggunakan kenderaan tersebut. Maka secara undang undang kita boleh didakwa di atas kesalahan tersebut. Maka untuk bebaskan diri kita dari dikaitkan lagi dengan kereta tersebut, maka kita perlu lakukan proses pelupusan kereta lama di JPJ.

    Dapatkan salinan print cetakan geran pemilikan kenderaan melalui kiosk JPJ
    Dapatkan salinan print cetakan geran pemilikan kenderaan melalui kiosk JPJ

    Print Cetak Salinan Geran Kereta Di Kiosk JPJ

    Proses melupuskan kereta lama di JPJ adalah proses untuk membatalkan pendaftaran kenderaan di JPJ atau kena buat tukar nama. Kita hendak supaya nama kita bukan lagi pemilik kepada kenderaan tersebut. Jadi jika pemilik baru contohnya kedai scrap besi kereta yang ambil kereta saya melakukan sesuatu yang salah di sisi undang undang. Maka nama saya tidak lagi boleh dikaitkan dengan kesalahan yang dilakukan menggunakan kenderaan terbabit. Jelas? Faham?

    Untuk proses tersebut, saya perlu mempunyai geran kenderaan yang mana geran tersebut telah hilang, musnah dan sebagainya. Yang bagusnya, pihak JPJ sendiri ada menyediakan kiosk untuk kita dapatkan semula salinan geran kereta kita dengan bayaran RM20 melalui mesin tersebut. Jom ikuti step di bawah ini.

    Mesin kiosk JPJ
    Mesin kiosk JPJ

    Kiosk Layan Diri JPJ

    • Pilih Jenis Transaksi : Sijil milikan kenderaan (VOC)
    • Pilih Mod Masuk : MyKad / MyPR
    • Masukkan MyKad ke dalam pengimbas dan tekan “PASTI”
    • Letakkan ibu jari di pengimbas untuk pengesahan dan tunggu sehingga bunyi “beep”
    • Keluarkan MyKad
    • Pemilikan Kenderaan (VOC) : Salinan
    • Masukkan Maklumat Kenderaan : Isi nombor plate kereta anda dan klik “PASTI”
    • Pengesahan Maklumat : Sila semak semula, kalau betul, sila klik “PASTI”
    • Pilih Mod Pembayaran : Sila klik pada “Kad Kredit/Kad Debit”
    • Sila Masukkan Kad : Masukkan kad kredit/debit 
    • Sila Masukkan 6 digit kad kredit/debit : Masukkan nombor pin kad anda
    • Jika pembayaran berjaya dan lulus, sila keluarkan dan ambil kad anda
    • Mesin Kiosk JPJ akan cetak dokumen salinan geran kereta anda
    • Ambil dan siap.

    Rupa rupanya proses untuk cetak salinan geran kereta melalui kiosk JPJ adalah mudah sahaja. Anda akan dikenakan cas sebanyak RM20. Dan segala transaksi di pejabat JPJ adalah cashless tanpa tunai 100%. Hanya boleh gunakan kad debit mahupun kad kredit sahaja. EWallet Touch ‘n Go pun tidak boleh guna.

    Saya dari dulu sebenarnya pening macam mana hendak dapatkan geran kenderaan yang telah lama hilang atau rosak. Rupa rupanya anda boleh cetak semula geran tersebut melalui kiosk JPJ sahaja. Maaf, saya tidak pasti samada kita boleh dapatkan cetakan salinan geran kereta kalau kereta tersebut baru beli. Ada yang cakap pergi dan dapatkan di bank. Tetapi dalam kes mahu melupuskan kereta lama atau tukar nama, maka proses mendapatkan cetakan salinan geran kereta ini boleh dilakukan terus melalui kiosk JPJ sahaja. Selamat mencuba. BYE!!!.

    IKLAN : Servis Yang Kami Ada

    • [ KeretaBaru ] – servis beli kereta baru melalui kami
    • [ DirectOwner ] – servis submit loan bank untuk beli kereta direct owner
    • [ JualCarsome ] – servis jual kereta di Carsome @ MyTukar (Carro)
    • [ BeliCarsome ] – servis beli kereta terus direct melalui staff di Carsome @ MyTukar (Carro)
    • [ BeliRecond ] – servis beli kereta import terpakai recond melalui kami
    • [ SCRUT ] – dapatkan laporan claim insurans kereta terpakai di sini
    • [ InsuransKereta ] – servis renew roadtax insurans kereta melalui kami
    • [ RunnerPuspakom ] – servis bantuan runner puspakom dan tukar nama hak milik kenderaan

    Di atas ini adalah senarai servis yang ada kami tawarkan melalui blog kereta ini. Jika ada mana mana servis perkhidmatan yang anda cari ada pada kami, sila hubungi saya melalui link Whatsapp yang saya kongsikan di atas ini ya. Saya harap panduan bagaimana cara print salinan geran kereta kenderaan di atas ini memberikan input yang berguna kepada anda. BYE!!!.

    Cetak Salinan Geran Kereta Harga Salinan Geran Kereta Kiosk Salinan Geran Kereta Print Salinan Geran Kereta Salinan Geran Kenderaan Salinan Geran Kereta Salinan Geran Kereta JPJ
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.