Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » SCRUT : Beli Kereta Terpakai Nissan X-Trail
    Kereta Terpakai

    SCRUT : Beli Kereta Terpakai Nissan X-Trail

    adminBy admin25/09/2024Updated:11/01/2025No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Semalam ada satu perkongsian di Facebook SCRUT berkenaan kisah seorang bakal pembeli kereta yang ingin membeli sebuah kereta Nissan X-Trail jenis terpakai (second hand/used car). Yang mahu beli kereta berkenaan adalah bapa beliau. Dan kebetulan beliau sendiri tahu berkenaan servis yang ditawarkan oleh pihak Scrut iaitu semak status kemalangan kenderaan terpakai. Beliau pun belilah report berkenaan kereta yang ingin bapa beliau beli. Setelah dapat report berkenaan, beliau dan bapa beliau terkejut dengan sejarah kereta berkenaan. Hasilnya bapa beliau menolak untuk meneruskan pembelian kereta berkenaan. Kenapa?

    Saya ringkaskan begini. Setiap “kereta terpakai” pasti ada sejarah yang berkaitan dengan kemalangan atau bencana alam. Kita memang tidak akan tahu samada kereta yang kita mahu beli itu ada sejarah berkenaan atau tidak. Dan pemilik kenderaan sebelum ini yang pernah terlibat dalam kemalangan atau mengalami bencana alam seperti banjir misalnya, pasti akan membuat tuntutan insuran iaitu claim insurans untuk membaiki kenderaan mereka. Kalau anda tanya dealer kedai used car, mereka pasti akan cakap kereta tersebut tip top 100%. Boleh percaya ker?

    SCRUT Used Car Report (SUr) Untuk Check Rekod Kemalangan Kereta Terpakai
    SCRUT Used Car Report (SUr) Untuk Check Rekod Kemalangan Kereta Terpakai

    Beli Report Kereta Terpakai Nissan X-Trail Dari SCRUT

    Dengan kata lain, pihak insurans PASTI akan ada rekod sejarah tuntutan claim insurans yang pernah dibuat terhadap kenderaan tersebut. Dan pihak Scrut ada akses terhadap laporan yang berasaskan tuntutan insurans ini. Dan kita selaku bakal pembeli kenderaaan terpakai boleh mendapatkan laporan ini dengan sedikit bayaran. Maklumlah, pihak Scrut juga membayar untuk mendapatkan dan menyediakan report berkenaan sejarah kenderaan terpakai ini. Berapa harganya? RM80 sahaja. Berbaloi ker? Teruskan membaca.

    Kedai used car tipu meter mileage dan cakap kereta tidak pernah kemalangan
    Kedai used car tipu meter mileage dan cakap kereta tidak pernah kemalangan

    Bapa beliau ingin beli kereta terpakai Nissan X-Trail yang dijual di sebuah kedai used car. Beliau beli laporan Scrut berdasarkan nombor plate atau nombor chasis kenderaan tersebut. Lepas beli, bayar dan terus dapat report berkenaan dan boleh download. Ianya dalam bentuk fail digital pdf lah. Boleh baca menggunakan smartphone. Apa yang dipaparkan di dalam laporan Scrut? Lihat sahaja snapshot di bawah ini. Ini adalah paparan sebenar yang saya minta sendiri dari owner yang membeli report berkenaan kereta terpakai Nissan X-Trail tersebut.

    Laporan kemalangan kereta terpakai Nissan X-Trail oleh report SCRUT
    Laporan kemalangan kereta terpakai Nissan X-Trail oleh report SCRUT

    Data Dari Report SCRUT

    • Kereta tidak pernah dilelong
    • Kereta tidak pernah alami kemalangan total loss
    • Kereta tidak pernah kena banjir
    • Kereta tidak pernah kena curi
    • Mileage kereta adalah 208,602KM ketika ianya direkodkan oleh pihak insurans. Kedai used car sudah adjust meter mileage kereta jadi 140KM sahaja.
    • Kereta pernah claim insurans windscreen sebab cermin pernah pecah
    • Kereta pernah ada rekod claim insurans berkenaan kemalangan sebanyak 5 KALI!!!

    Dari dapatan data Scrut ini, kalau anda adalah bakal pembeli kereta terpakai Nissan X-Trail ini, adakah anda akan teruskan pembelian? Dan dalam report Scrut juga di senaraikan setiap jenis kemalangan atau claim yang dibuat. Jadi anda akan tahu apakah beberapa perkara seperti di bawah ini.

    Maklumat report Scrut tentang jenis kemalangan dan claim oleh kereta terpakai Nissan X-Trail
    Maklumat report Scrut tentang jenis kemalangan dan claim oleh kereta terpakai Nissan X-Trail

    Data Dari Report SCRUT

    • Tarikh kemalangan dan tarikh claim diluluskan
    • Bacaan kilometer mileage ketika claim dilakukan
    • Jenis kemalangan adalah disebabkan perlanggaran (collision)
    • Bilangan barang alat ganti yang diluluskan untuk ditukar oleh pihak insurans
    • Tahap kemalangan adalah jenis MEDIUM

    Soalan saya kepada anda selaku bakal pembeli kereta terpakai, adakah data data sejarah berkenaan kereta terpakai seperti ini membantu anda membuat keputusan samada anda patut teruskan membeli atau tidak kenderaan tersebut? Jawapannya adalah YA!!!

    TETAPI bukan semua kereta yang pernah alami kemalangan kita patut elak beli. Banyak sahaja kemalangan yang berlaku adalah dari tahap yang kecil minor sahaja. Kalau setakat rosak bumper sahaja, boleh sahaja beli kereta tersebut. Kalau tahap kerosakkan sampai kena tukar atau repair struktur kenderaan, maka lebih baik elaklah beli untuk yakin selamat dan selesa ketika memandu kereta berkenaan nanti. Kalau kereta pernah kemalangan berkali kali, saya secara peribadi akan elak untuk beli kereta terpakai berkenaan.

    Kedai used car tipu mileage dan cakap kereta accident free
    Kedai used car tipu mileage dan cakap kereta accident free

    Zaman sekarang bukan zaman dulu dulu yang kita boleh percaya cakap penjual kereta terpakai di kedai used car 100%. Mereka hendak jual dan lariskan kereta mereka. Dan itu adalah normal. Cumanya macam mana kita hendak tahu samada mereka cakap jujur atau tidak. Macam mana hendak tahu kereta bukan kereta bekas banjir? Macam mana hendak tahu kereta pernah accident dan ada claim insurans? Macam mana hendak tahu kereta pernah claim bencana alam? Semua itu boleh anda dapatkan dari SCRUT.

    Panduan Kereta Terpakai

    • [ Daftar SCRUT ] – Sila daftar / register Scrut di sini
    • Cara Beli Kereta Terpakai – panduan untuk beli kereta terpakai secara online
    • Cara Beli Kereta Recond – panduan untuk beli kereta recond secara online
    • Cara Guna Scrut – panduan ringkas bagaimana cara untuk beli dan guna servis scrut
    • Cara Beli Kereta Carsome – panduan beli kereta terpakai berkualiti di Carsome
    • Cara Beli Kereta MyTukar – panduan beli kereta terpakai berkualiti di Carro

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.

    Saya harap artikel ini sedikit sebanyak membantu anda untuk faham akan kegunaan servis dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Scrut untuk anda yang bakal beli atau telah guna kereta recond dan kereta terpakai di Malaysia ini. Sebagai pembeli dan pengguna kereta terpakai kita berhak mendapatkan sebuah kenderaan yang selamat dan berbaloi untuk digunakan dalam jangka panjang. Dan kalau anda hendak beli kereta, anda boleh hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!..

    Bayaran Bulanan Kereta Nissan X-Trail Beli Kereta Nissan X-Trail Gambar Kereta Nissan X-Trail Harga Kereta Nissan X-Trail Kereta Nissan X-Trail Kereta Terpakai Nissan X-Trail Nissan X-Trail Spesifikasi Kereta Nissan X-Trail
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Invois untuk beli kereta dari direct owner

    Invois Beli Kereta Direct Owner

    09/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.