Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Semak Baki Kad Touch n Go Melalui TnG eWallet
    Fintech

    Semak Baki Kad Touch n Go Melalui TnG eWallet

    adminBy admin02/09/2024No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Pernahkah anda menyemak atau membuat semakan baki kad Touch n Go (TnG) anda? Selalunya orang memang tidak akan ketahui jumlah baki semasa kad TnG mereka. Mereka hanya boleh tahu jika mereka scan masuk ke palang tol atau menggunakan alat yang bernama SmartTAG. Dan saya pasti tidak ramai tahu cara untuk semak baki kad Touch n Go secara online melalui website Touch n Go sendiri. Oleh itu pihak Touch n Go telah mengeluarkan dan melancarkan eWallet Touch n Go yang boleh anda install di smartphone anda dan selepas itu bolehlah anda semak baki kad Touch ‘n Go anda melaluinya secara mudah.

    Saya telah memuat turun dan pasang (install) aplikasi eWallet Touch n Go untuk versi Android pada telefon pintar saya. Selepas daftar, ada kemudahan untuk memautkan kad Touch n Go ke dalam sistem eWallet tersebut. Setelah selesai melakukannya, ianya terus memaparkan jumlah baki semasa kad Touch n Go saya. Ianya sangat mudah dan cepat. Oleh kerana penggunaan smartphone pintar sudah menjadi keperluan dan memang senantiasa dekat dengan kita, maka memang sangat sangatlah mudah dengan adanya Touch n Go eWallet ini.

    Serial No boleh anda ambil di belakang kad Touch n Go
    Serial No boleh anda ambil di belakang kad Touch n Go

    Cara Check Baki Kad Touch n Go Menggunakan Smartphone

    Selepas anda pasang apps eWallet Touch n Go ini, anda akan dapati terdapat banyak fungsi yang ditawarkan. Antaranya adalah fungsi seperti scan bar/qr code, boleh buat bayaran beli barang, transfer kredit semasa eWallet, semak baki kad Touch n Go, topup simkad prepaid, bayar bil simkad postpaid, bayar bil lain lain, RFiD, beli tiket wayang, beli tiket kapal terbang dan lain lain. Nampaknya pihak Touch ‘n Go memang mahu all out iaitu mempelbagaikan fungsi kad Touch n Go ini. Sebab itulah di mana mana pasaraya sekarang kita sudah boleh bayar tiket parking kereta dengan menggunakan kad Touch n Go sahaja. Lebih mudah dan pantas.

    Dari info maklumat pihak Touch n Go sendiri. Jika kita memautkan kad Touch n Go ini ke dalam eWallet TnG, ianya akan memaparkan maklumat semasa baki kad Touch n Go lewat sehari. Maksudnya kalau anda gunakan dan scan kad Touch n Go hari ini, anda boleh semak baki kad Touch n Go anda hanya sehari selepas itu di dalam sistem  Touch n Go eWallet. Kalau anda semak juga dalam hari yang sama, ianya tidak menunjukkan apa apa maklumat terkini. Mungkin ini adalah masalah sementara. Dan ianya akan dipercepat di sama akan datang.

    Cara add dan check baki kad Touch n Go di dalam TnG eWallet
    Cara add dan check baki kad Touch n Go di dalam TnG eWallet

    Panduan Memaut/Pasang/Attach Kad Touch ‘n Go Ke Dalam eWallet

    • Touch n Go eWallet Android – download aplikasi digital Touch n Go untuk pengguna Android di sini
    • Touch n Go eWallet iOS – download aplikasi digital Touch n Go untuk pengguna iOS di sini
    • [ Touch ‘n Go eWallet ] – daftar aplikasi TNG di sini
    • Sila install, buka apps ini dan login. Ikuti arahan awal untuk register aplikasi ini.
    • Masukkan Nombor Telefon anda dan juga 6 Digit Pin Verification
    • Di dalam aplikasi ini ada menu “TNG  Card” sila klik. Kemudian klik “Add A New TNG Card”
    • Masukkan “Serial No” dan klik “Submit”. Boleh dapatkan serial no kad TnG pada belakang kad TnG
    • Pada bahagian “Preferred Card Name” itu boleh isikan nama  atau tidak. Terpulang. Untuk anda yang banyak kad TnG
    • Masukkan “6 Digit Pin Verification” semasa anda mendaftar pada awal awal tadi
    • Selepas siap, ianya akan terus memaparkan baki kad Touch n Go secara automatik. Done.

    Selepas anda pasang (add) kad TnG anda ke dalam eWallet Touch n Go, anda boleh terus masuk ke dalam eWallet dan klik pada “TNG Card” menu dan ianya akan terus memaparkan baki semasa kad Touch n Go anda dengan pantasnya. Memang mudah. Kalau anda masih kurang faham atau tidak jelas cara melakukannya, saya sudah berikan video di atas ini untuk anda tonton. Saya pasti anda boleh melakukannya sendiri dengan mudah. Inilah dia cara untuk check baki kad Touch n Go anda melalui internet dengan mudah menggunakan smartphone. Selamat mencuba.

    Baki Kad Touch n Go Check Baki Kad Touch n Go Semak Baki Kad Touch n Go
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Invois untuk beli kereta dari direct owner

    Invois Beli Kereta Direct Owner

    09/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.