Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Produk Kereta

    Pasang Tinted Kereta Murah Di Kedai Aksesori

    adminBy admin28/08/2024No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Ada orang cakap yang pasang tinted kereta adalah satu keperluan pada zaman sekarang. Kalau dulu orang pasang tinted cermin kereta kerana mahu bergaya, nampak mewah dan juga mahu kelihatan cantik. Dan kemudian kesedaran mula timbul, orang mahu pasang tinted kereta kerana mahu mendapatkan suhu dalam kereta yang ideal iaitu tidak panas ketika memandu di tengah terik matahari yang panas. Dan kesedaran mula meningkat lagi, salah satu keperluan utama untuk memasang tinted adalah kerana faktor keselamatan. Anda dipihak yang mana?

    Sebelum ini sudah ramai pemilik kenderaan yang ditahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana penggunakan tinted cermin kereta yang gelap. Ianya menyalahi undang undang pengangkutan jalanraya. Sejak tahun lepas, pihak JPJ telah mengeluarkan panduan pemasangan tinted cermin gelap yang lulus JPJ. Semua perubahan ini dilakukan setelah mendapat maklum balas orang ramai sebagai pengguna kereta yang mana ianya kini lebih kepada tujuan keselamatan.

    Pekerja sedang memasang tinted cermin kereta pada Proton Saga
    Pekerja sedang memasang tinted cermin kereta pada Proton Saga

    Pengalaman Pasang Tinted Kereta Murah Di Kedai Aksesori Kenderaan

    Saya pernah pasang tinted kereta yang mahal pada Perodua Viva dengan harga RM700 siap pasang. Filem tinted cermin kereta tersebut adalah material yang berkualiti dan juga cantik. Terdapat fungsi pemotong dan penahan haba matahari yang baik dan mampu memantulkan kembali sinaran uv matahari. Pihak kedai yang memasang film tinted memberikan jaminan warranty selama 5 tahun untuk tinted yang saya gunakan itu. Ketika itu faktor pemakaian tinted kereta lebih kepada mahu elak kereta berasa panas ketika memandu tengah hari di highway.

    Dan kini saya telah menggunakan Proton Saga BLM. Dan untuk balik raya ini, saya membuat keputusan untuk pasang tinted kereta yang sedikit gelap untuk faktor keselamatan. Ada fungsi pemotong haba tetapi tidaklah sebaik tinted cermin kereta yang berkualiti. Ini kerana saya memilih tinted kereta yang biasa dan murah sahaja. Seperti yang saya katakan tadi, faktor pemilihan saya lebih kepada keselamatan, maka pakai tinted yang murah pun sudah ok asalkan ianya gelap dan lulus JPJ.

    Selesai sudah pasang tinted kereta gelap pada Proton Saga saya
    Selesai sudah pasang tinted kereta gelap pada Proton Saga saya

    Dari tadi kita cakap pasal KESELAMATAN betul? Apa kaitan tinted cermin yang gelap dengan faktor keselamatan? Tahukah anda, zaman sekarang sudah banyak kes rompak, pecah tingkap kereta dan ragut. Malah kejadian pecah cermin dan rompak pun sudah banyak yang dilakukan secara terangan di waktu siang. Pencuri boleh dengan mudah melihat apa barang yang ada di dalam kereta kita ketika di parking atau di jalanan. Maka dengan pemakaian tinted yang lebih gelap dapat menyukarkan pencuri untuk melakukan kegiatan jenayah mereka kerana mereka sukar untuk tahu apakah barang bernilai yang ada dalam kenderaan kita.

    Di atas ini adalah video bagaimana proses pemasangan tinted kereta dilakukan dengan mudah. Kalau anda beli tinted secara online dan anda boleh pasang sendiri di rumah anda. Kaedah ini lebih murah berkali kali ganda sebenarnya. Cuma rajin atau tidak sahaja.

    Harga tinted kereta
    Harga tinted kereta

    Tinted Kereta

    • [ Shopee ] – cari dan tinted kereta murah di sini

    Bila saya cakap pasal pasang tinted kereta yang murah, janganlah anda memilih filem tinted yang murah sangat. Kita tidak mahu anda membazir duit sahaja. Tidak sampai setahun sudah pecah atau kembung kembung masuk angin. Kalau boleh janganlah murah sampai di bawah RM100. Saya pakai tinted kereta yang sedikit gelap tetapi murah dengan harga RM190 untuk 5 cermin. 4 cermin sisi dan satu untuk cermin belakang. Saya pasang tinted kereta saya di kedai Broz Car Accessories di Pulau Pinang. Proses pemasangan tidak begitu lama. Tidak sampai 1 jam pun. Memang cepat. Selamat mencuba.

    Beli Tinted Kereta Cara Pasang Tinted Kereta Harga Tinted Kereta Pasang Tinted Kereta Tinted Kereta Tinted Kereta Murah
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Getah cermin tingkap naik turun tercabut tertanggal

    Tukar Getah Tingkap Cermin Kereta

    09/07/2025
    Harga Perodua Myvi power window switch button

    Beli Alat Ganti Kereta Mudah Secara Online

    15/06/2025
    Engine mounting kereta Proton Ertiga untuk kurangkan gegaran

    Tukar Engine Mounting Untuk Kurangkan Enjin Bergegar

    22/05/2025
    Halaman pembelian dan borang isi maklumat pembelian guna sistem OnPay

    Cara Buat Bisnes Online Jual Produk Kereta Dengan Onpay

    06/05/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.