Sebenarnya ramai yang pernah dengar atau berpengalaman dalam urusan jual beli kereta seperti “trade in” ini. Itu adalah istilah yang biasa orang Malaysia gunakan. Tapi tahukah anda bahawa sebenarnya TIDAK ADA ISTILAH trade-in kereta. Proses yang berlaku sebenarnya adalah anda kena jual dahulu kereta anda dan kemudian barulah anda boleh beli kereta yang anda mahukan. Cumanya oleh kerana anda jual dan beli kereta di tempat yang sama, istilah trade in digunapakai seolah olah anda sedang tukar kereta padahal bukan begitu.
Dulu saya pernah memiliki sebuah kereta Proton Saga BLM. Saya berhasrat untuk beli kereta Proton Preve secara trade ini. Oleh kerana permohonan loan bank lulus tanpa apa apa masalah, kedai kereta terus jual kereta kepada saya seperti biasa. Saya terus sain dokumen dan bawa kereta pulang ke rumah. Hanya selepas balik ke rumah barulah saya membuat panggilan semula kepada kedai used car bahawa niat asal saya adalah untuk trade in kereta di kedai tersebut. Dan alhamdulillah kedai tetap menerima kereta saya dijual dikedai terbabit dan membeli dengan harga trade-in. Maksudnya apa?
Begini ceritanya. Kalaulah saya jual kereta Proton Saga BLM saya secara biasa di kedai used car. Kedai mungkin akan ambil dalam harga RM4500 sahaja. Oleh kerana saya mahu “trade in”, maka kedai bersetuju untuk beli dengan harga RM5K-RM5.5K. Kiranya saya dapat jual dengan harga sedikit tinggilah. Itu pun kerana saya juga ambil kereta Proton Preve di kedai yang sama juga. Maka di sinilah istilah trade in ini wujud. Namun prosesnya tetap sama iaitu kena jual kereta lama dahulu dan baru beli kereta yang baru pula. Jelas? Faham?
Saya pernah ke kedai Carsome dan kaedah trade in ada sedikit berbeza. Apakah perbezaan tersebut?
Trade In Kereta Di Carsome
- Harga jual kereta adalah sama seperti biasa
- Harga beli kereta akan dapat diskaun iaitu;
- Diskaun RM1000 untuk kereta berharga RM50K dan ke bawah
- Diskaun RM1500 untuk kereta berharga RM50K dan ke atas
- Diskaun hanya valid selama 2 bulan selepas tarikh jual kereta lama
Di sini jelas menunjukkan bahawa kereta yang anda mahu jual secara trade in di Carsome adalah sama dan tidak ada beza. Cumanya, oleh kerana anda juga membeli kereta yang lain di Carsome juga, maka anda akan dapat diskaun harga jualan seperti yang saya kongsikan diatas ini. Kalau anda tanya berbaloi ke beli kereta di Carsome? Jawapan saya adalah ya kerana kereta yang mereka ambil dan dijual semula adalah dari kereta dengan keadaan kondisi yang elok yang telah disahkan oleh pakar inspection mereka sendiri.
Kalau kedai kereta used car biasa akan beli kereta dengan harga sedikit tinggi, harga jual kereta pula adalah sama. Sedangkan Carsome pula membeli kereta dengan harga yang sama cumanya mereka jual kereta dengan harga sedikit murah. Dengan kata lain, kaedah trade in kereta di kedai used car biasa dengan Carsome adalah sedikit berbeza. Jelas? Faham?
Dealer Jual Beli Kereta Terpakai
- [ Form Untuk Jual Kereta ] – Ini adalah servis ejen dealer yang akan membeli dan boleh membantu anda menjual kereta anda di Carsome, MyTukar (Carro) dan juga di kedai used car dengan mudah. Tidak perlu ke kedai. Team kami akan datang buat inspection kereta anda. Hanya perlu daftar dan isi form secara online melalui kami. Berminat? Klik link Whatsapp ini sekarang juga!!!
- Saya akan berikan link borang tempahan untuk anda isi masukkan detail info yang diminta. Prosesnya mudah iaitu seperti di bawah ini;
- Isi borang tempahan + Beritahu detail kereta
- Car inspection
- Tukar nama
- Pembayaran akan diberikan dalam masa 3 jam – 3 hari
Saya bukan pekerja Carsome. Maka saya tidak dapat membantu anda untuk yang mahu jual kereta di Carsome dan beli kereta di Carsome secara trade in. Nasihat saya, sila ke pejabat Carsome yang terdekat dengan tempat anda untuk melakukan proses tersebut.
Cumanya saya boleh membantu anda yang mahu jual kereta di Carsome secara online. Apa maksud jual kereta secara online tanpa perlu ke Carsome? Ya, kami ada ejen dealer yang boleh membantu anda untuk tolong jual kereta anda samada di kedai used car yang biasa atau di MyTukar (Carro) atau di Carsome ikut pilihan anda. Anda hanya perlu klik link di atas untuk isikan form yang diberikan dan akan ada pihak team yang akan menghubungi anda untuk tindakkan seterusnya. Berminat? Isi form sekarang juga. Akhir sekali, saya harap anda faham akan proses untuk trade in kereta di Carsome yang saya sampaikan ini ya. BYE!!!.