Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Wednesday, June 11
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Kos Tukar Nombor Plat Kereta Saga Yang Baru
    Produk Kereta

    Kos Tukar Nombor Plat Kereta Saga Yang Baru

    adminBy admin31/08/2024Updated:31/08/2024No Comments3 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Sudah sebulan lebih sebenarnya nombor plat kereta saya iaitu Proton Saga saya tercabut. Kalau anda perasan, nombor plat ini ada dua jenis. Jenis yang pertama adalah tanpa bingkai atau sarung. Dan jenis kedua adalah jenis yang ada bingkai sarung penutup. Saya pakai jenis yang kedua. Masalah terjadi, bila bingkai yang menjadi penahan kepada papan nombor plat sudah reput, rapuh, patah dan sekali sekala menyebabkan nombor plat tercabut dan jatuh ke tanah. Saya pula jenis malas hendak ke kedai aksesori untuk tukar nombor plat kereta. Lebih rela ambil pita pelekat dan gam. Tapi bila tetap jatuh juga, terpaksa ke kedai juga.

    Dengan perasaan malas, saya pagi pagi lagi sebelum pukul 10 pagi sudah mandi dan mencari kedai kereta yang ada menawarkan servis membuat dan memasang nombor plat kereta. Selepas jumpa, saya tunggu sehingga kedai dibuka. Ya, saya jadi pelanggan pertama kedai cina tersebut pada pagi itu. Di sebabkan tiada orang, pekerja tersebut terus menukarkan nombor plat yang sudah lama kepada nombor plat yang baharu. Dia berikan dari jenis jenama “proton” punya. Saya tidak pastilah ianya original atau apa. Kadang kadang kedai aksesori ini bukan apa, suka buat kita rasa “syiok”. Bagus juga.

    Keadaan nombor plat kereta saga blm yang sudah rosak
    Keadaan nombor plat kereta saga blm yang sudah rosak

    Cas Harga Tukar Nombor Plat Kereta Saga Yang Baru

    Sebenarnya proses untuk tukar nombor plat kereta tidaklah terlalu lama. 30 minit pun tidak sampai. Yang buatkan ianya lama kalau ada pelanggan ramai dan orang yang hendak memasang dan melekatkan nombor di papan plat tersebut masih baru dan kurang berpengalaman. Maklumlah, sebab hendak susun dan lekatkan abjad satu persatu. Kalau yang sudah berpengalaman memang sekejap sahaja dia buat. Lagi lagi saya pelanggan pertama dan masih tiada orang, memang sekejap sangat.

    Harga untuk tukar nombor plat kereta saga yang baru adalah RM30
    Harga untuk tukar nombor plat kereta saga yang baru adalah RM30

    Bagaimana proses memasang nombor plat kenderaan di lakukan. Prosesnya adalah secara manual. Nombor plat kereta kita bukan sudah ada di kedai. Pekerja kedai tersebut akan mencari huruf dan nombor. Kemudian mereka akan melekatkan huruf abjad tersebut di papan plat satu persatu. Setelah gam kering dan melekat dengan kuat, barulah papan plat tersebut akan dipasang pada bumper kereta kita. Begitulah prosesnya. Dan kos yang saya kena bayar untuk tukar nombor plat kereta yang baharu untuk Proton Saga saya ini adalah sebanyak RM30 sahaja. 

    Saya perasan juga yang mereka tidak menggunakan apa apa gam khusus untuk melekatkan huruf dan nombor pada plate kereta. Bila di tanya, saya baru tahu bahawa gam yang digunakan sebenarnya adalah dari jenis cecair kimia iaitu dengan nama “chemical chloroform”. Cecair kimia inilah yang digunakan untuk membuatkan orang pengsan dalam cerita cerita drama kalau tidak silap saya. Betulkan kalau saya salah.

    Harga order custom nombor plate kereta
    Harga order custom nombor plate kereta

    Order Custom Nombor Plat Kereta

    • [ Shopee ] – anda boleh cari, beli dan custom nombor plate kenderaan di sini

    Zaman sekarang semua sudah mudah. Malah tidak terfikir pun yang anda boleh order nombor plate dan casing secara custom online. Ada yang jenis skru dan ada yang jenis guna pita pelekat sahaja. Tetapi rasanya yang guna pita pelekat lebih mudah lah. Kalau anda berminat hendak dapatkan nombor plate kereta yang baru, order sahaja melalui link di atas ini ya. BYE!!!.

    Nombor Plat Kenderaan Nombor Plat Kereta Nombor Plate Kenderaan Nombor Plate Kereta
    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Tukar Engine Mounting Untuk Kurangkan Enjin Bergegar

    22/05/2025

    Cara Buat Bisnes Online Jual Produk Kereta Dengan Onpay

    06/05/2025

    Pengalaman Beli Tayar Mahal Michelin

    08/02/2025

    Dalam Kereta Wajib Kena Ada Payung

    04/10/2024

    Kisah Tukar Spark Plug Kereta Perodua Myvi

    03/10/2024

    TRAPO : Tikar Getah Karpet Kereta Berkualiti

    08/09/2024
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    Buat Duit Online Dengan YouTube Shopping Shopee

    05/06/2025

    Submit Loan Bank Melalui Saya Untuk Semak Kelayakan

    22/05/2025

    Tukar Engine Mounting Untuk Kurangkan Enjin Bergegar

    22/05/2025

    Beli Kereta Mazda 2 Direct Owner Success Story

    20/05/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.