Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Kisah Tukar Spark Plug Kereta Perodua Myvi
    Myvi

    Kisah Tukar Spark Plug Kereta Perodua Myvi

    adminBy admin03/10/2024No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Baru baru ini kereta Perodua Myvi isteri saya rosak. Enjin kereta tersenggut senggut ketika beliau mahu balik kerja. Tetapi setelah di hidupkan (start engine) berulang kali, kereta dapat bergerak dengan baik semula. Akibat takut kalau kalau berlaku kerosakkan semula, maka isteri meminta saya membawa kereta ke bengkel untuk buat pemeriksaan. Keesokkan harinya saya memang bawa kereta tersebut ke bengkel untuk check apa yang berlaku dan pomen tidak dapat menjumpai masalah utama. Kenapa?

    Sebab kadang kala ketika ianya berlaku dan kemudian jadi ok semula, memang lah mana mana pomen mekanik pun tidak tahu apa yang menjadi penyebab masalah. Dan oleh kerana isteri saya pun bukan arif berkenaan kenderaan, maka beliau pun tidak berupaya bercerita dengan baik apakah bentuk masalah yang berlaku. Mudah cerita isteri tidak boleh memberikan pendapat dari manakah arah masalah tersebut berlaku. Saya anggap ianya dari enjin atau gearbox. Tetapi isteri pula merasakan ianya mungkin dari tayar sebab kereta terasa berat untuk bawa. Entahlah.

    Gambar spark plug kereta Perodua Myvi
    Gambar spark plug kereta Perodua Myvi

    Harga Spark Plug Kereta Perodua Myvi Murah?

    Apa yang pomen boleh buat adalah check minyak hitam, minyak gear, brake, compressor, spark plug dan lain lain. Akhirnya bengkel mencadangkan kepada saya untuk membuat penukaran spark plug kerana ianya dikatakan “sudah makan” atau tipis bahagian untuk spark api. Saya setuju sahaja walaupun sebenarnya ia masih boleh digunakan lagi. Cumanya kalau masalah masih berlaku lagi selepas ini, memang kena buat pemeriksaan yang lebih detail. Tapi ada benda yang saya mahu kongsikan kepada anda. Jom teruskan membaca.

    Saya pernah menulis dan berkongsikan di dalam blog ini tentang beli spare part kereta murah di link ini. Ianya adalah tentang kenapa anda perlu beli alat ganti kereta di kedai pembekal alat ganti kenderaan. Dari pengalaman saya, biasanya harga di kedai sparepart adalah 1 kali ganda lebih murah. Contoh, kalau anda ganti suis power window Myvi di bengkel kena bayar RM150. Kalau beli di kedai sparepart cuma kena bayar RM70 sahaja. Murah sekali ganda.

    Bil harga spark plug kereta Myvi di kedai bengkel
    Bil harga spark plug kereta Myvi di kedai bengkel

    Selepas kereta Perodua Myvi isteri saya digantikan dengan spark plug yang baru, saya pun buat bayaran macam biasa. Dan harga yang dikenakan kepada saya adalah sebanyak RM78. Dengan kata lain harga tukar spark plug di bengkel dalam lingkungan RM80 untuk tukar keempat-empat spark plug. Saya tidak tahu harga sebenar spark plug untuk kereta Myvi kalau anda beli di kedai sparepart kenderaan.

    Tetapi anda boleh semak harga spark plug untuk kereta Perodua Myvi secara online seperti di Shopee. Saya sempat snapshoot gambar spark plug yang digunakan untuk kereta Myvi isteri saya. Dari sini barulah saya tahu pihak bengkel guna dan pasang spark plug jenis yang berharga RM50 seperti di bawah ini. Itu harga jualan ya. Sudah pastilah pihak bengkel dapat dengan harga lebih murah dari RM50. Dan kemudian mengenakan cas setinggi RM80. Jadi betullah saya kata yang bengkel akan untung sekali ganda.

    Jenis jenis harga spark plug untuk kereta Perodua Myvi
    Jenis jenis harga spark plug untuk kereta Perodua Myvi

    Alat Ganti & Aksesori Kenderaan Online

    • [ Shopee ] – cari dan beli barang dan peralatan murah untuk kenderaan di sini

    Adakah praktis dan amalan bengkel kereta ini adalah salah? Jawapannya adalah tidak. Itulah bisnes. Mereka berikan servis dan mereka mahukan keuntungan untuk bayar kedai, kos maintenance dan gaji pekerja. Saya cerita tentang kedai spare part. Saya cerita tentang Shopee. Kenapa? Saya hendak cerita, kadang kala ada benda yang kecil kecil yang anda boleh lakukan sendiri, lebih baik anda beli dan pasang sendiri untuk lebih penjimatan dari segi kos wang. Cumanya kalau anda memang tidak tahu langsung apa apa pasal kereta, memang kena suruh bengkel untuk lakukan untuk anda lah. Dapat sesuatu? BYE!!!.

    Beli Spark Plug Kereta Harga Spark Plug Kereta Jenis Spark Plug Kereta Spark Plug Kereta Spark Plug Kereta Murah Spark Plug Kereta Myvi Spark Plug Kereta Perodua Myvi Tukar Spark Plug Kereta
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Getah cermin tingkap naik turun tercabut tertanggal

    Tukar Getah Tingkap Cermin Kereta

    09/07/2025
    Harga Perodua Myvi power window switch button

    Beli Alat Ganti Kereta Mudah Secara Online

    15/06/2025
    Engine mounting kereta Proton Ertiga untuk kurangkan gegaran

    Tukar Engine Mounting Untuk Kurangkan Enjin Bergegar

    22/05/2025
    Halaman pembelian dan borang isi maklumat pembelian guna sistem OnPay

    Cara Buat Bisnes Online Jual Produk Kereta Dengan Onpay

    06/05/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.