Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Monday, July 14
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Waranti Lanjutan Untuk Kenderaan Terpakai
    Info

    Waranti Lanjutan Untuk Kenderaan Terpakai

    adminBy admin07/07/2024No Comments5 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Saya bertanya kepada rakan tentang berapa lama tempoh jaminan warranty yang ditawarkan kepada pembeli dan pemilik kereta terpakai? Jawapan beliau biasanya adalah dalam 2 bulan. Jawapannya adalah YA. Saya sendiri selaku pembeli kereta terpakai hanya dapat warranty selama 3 bulan sahaja. Dan kalau saya tidak silap, pihak Carsome sendiri hanya menawarkan waranti lanjutan selama 1 tahun sahaja kepada pembeli yang membeli kereta terpakai dari mereka. Ini adalah yang paling lama sekali. Adakah anda tahu berkenaan hal ini?

    Sebenarnya ramai pembeli kereta terpakai (secondhand car/used car) tidak ambil tahu pun tentang perkara ini. Majoriti pembeli hanya merasakan mereka layak untuk meminta kedai yang menjual kereta terpakai untuk baiki kerosakkan kereta mereka jika kereta yang mereka baru beli rosak. Contohnya baru pakai sebulan sudah rosak. Kalau sudah lebih 5 bulan, rasanya majoriti dari pembeli kereta terpakai pun tidak pasti samada ada jaminan untuk baiki kerosakkan kereta mereka atau tidak. Kenapa jadi macam ini? Sebab tidak ada kesedaran dan tidak faham tentang hak anda sendiri selaku pembeli.

    Carsome extended warranty dan jenis coverage perlindungan kerosakan
    Carsome extended warranty dan jenis coverage perlindungan kerosakan

    Langgan Waranti Lanjutan Dari Ezcare Warranty

    Pihak Carsome sendiri telah bekerjasama dengan Allianz Insurance untuk menawarkan waranti lanjutan (Extended Warranty) kepada pembeli yang membeli kereta terpakai dari mereka sendiri dengan jaminan waranti selama 1 tahun sahaja. Jujur cakap pemilik kereta terpakai langsung tidak tahu bahawa sebenarnya ada program atau skim yang menawarkan jaminan waranti untuk kenderaan terpakai. Dan program ini dikenali dengan nama panggilan extended warranty. Saya pasti anda yang sedang membaca artikel ini pun baru tahu berkenaan hal ini.

    Kedai Used Car 1 – Kedai menjual kereta terpakai ini ada menawarkan free warranty selama 1 tahun. Dan jaminan waranti ini adalah dari extended warranty iaitu waranti dari Mycar Warranty.

    Kedai Used Car 2 – Kedai menjual kereta terpakai ini tidak ada warranty langsung. Malah mereka sendiri suruh untuk pemilik kereta beli extended warranty coverage. Kena beli asing dengan insurance company.

    Di atas ini adalah snapshot perbualan saya dengan pemilik kedai used car. Ada kedai yang menawarkan waranti secara percuma selama 1 tahun tetapi bukan waranti dari kedai. Ianya adalah dari external warranty iaitu dari pihak lain seperti dari syarikat insurans. TETAPI berapa lama tempoh jaminan? Cuma 1 tahun sahaja. Sama macam insurans Carsome.

    Waranti lanjutan (extended warranty) dari MyCar Warranty
    Waranti lanjutan (extended warranty) dari MyCar Warranty

    Dan kedai yang kedua pula terang terang bagitahu yang kereta terpakai yang mereka jual langsung tidak ada warranty selepas beli. Pembeli memang kena beli dan ambil extended warranty secara berasingan. Tetapi majoriti dari pembeli memang tidak tahu akan perkara ini dan memang pemilik kereta terpakai memang tiada apa apa perlindungan waranti. Ini adalah fakta.

    Tahukah anda ada penyedia jaminan waranti yang boleh menawarkan perlindungan kerosakkan untuk kenderaan anda dari 1 tahun hingga 5 tahun. Dan penyedia servis ini adalah dari Ezcare Warranty. Mereka sangat popular di dalam menawarkan jaminan waranti kepada pemilik kenderaan import terpakai iaitu kereta recond. Cumanya mereka meluaskan lagi penawaran mereka kepada pemilik kenderaan terpakai pula. Jelas? Faham?

    Jaminan perlindungan kereta terpakai dari Ezcare Warranty
    Jaminan perlindungan kereta terpakai dari Ezcare Warranty

    Cara Langgan Jaminan Waranti Dari Ezcare Warranty

    • [ Ezcare ] – Ini adalah website rasmi Ezcare Warranty
    • Contack Information;
      • Email – info@ezcare-warranty.com
      • Hotline – 1 300 88 8287
      • Whatsapp – +60132880177
      • Pertanyaan Umum – 03-8922-0571
    • Business Hours;
      • Monday – Friday 9.00 am – 5.30 pm
      • Saturday – 9.00 am – 2.30 pm
      • Sunday & Public Holiday- Closed
    • Sila hubungi pihak Ezcare tentang keinginan anda untuk melanggan pakej perlindungan waranti untuk kereta terpakai
    • Mereka akan minta info dari anda seperti;
      • Nama
      • Model Kereta
      • Plate No
      • Tahun Dibuat
      • Tahun Didaftarkan
      • Lokasi
    • Ke semua info di atas ini perlu diberikan dan barulah pihak Ezcare boleh menentukan jumlah bayaran premium perlindungan yang patut anda bayar

    Tuan tuan dan puan puan. Kalau beli kereta terpakai, selepas itu berlaku kerosakkan seperti brake haus, bumper tercabut, tayar botak, lampu tidak hidup dan sebagainya ini adalah kerosakkan yang biasa dan memang tidak ada waranti pun sebab ianya termasuk dalam kategori “wear & tear” iaitu pakai, rosak dan ganti sendiri. Bagaimana kalau enjin rosak? Bagaimana kalau gearbox rosak? Macam mana kalau sistem aircond rosak? Ke semua ini memerlukan kos yang besar untuk dibaiki. Jadi di sinilah gunanya waranti lanjutan seperti Ezcare yang saya maksudkan ini. Cuba lihat jenis perlindungan kerosakkan yang ditawarkan. Berbaloi bukan?

    Senarai coverage item kerosakkan yang anda boleh claim dari Ezcare Warranty
    Senarai coverage item kerosakkan yang anda boleh claim dari Ezcare Warranty

    Bukan semua orang beli kereta baru. Dan ramai juga yang beli kereta terpakai. Saya pernah beli kereta baru dan juga terpakai. Cuma saya sendiri baru tahu berkenaan pakej perlindungan untuk kenderaan seperti ini. Saya sempat bertanya kepada beberapa rakan dan mereka juga tidak tahu berkenaan isu ini. Dengan kata lain, penulisan dan perkongsian ini adalah lebih kepada memberikan sedikit pencerahan tentang adanya pelan pakej waranti untuk kereta terpakai yang murah dan mampu milik kepada pemilik kereta used car. Berminat?

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta dan submit dokumen untuk loan bank termasuk detail info anda selaku buyer.
    • [ Scrut ] – Semak status kondisi kereta terpakai secara online. Jangan lagi kena tipu dengan seller kedai kereta used car.

    Akhir sekali. Jika anda sedang mencari kereta terpakai untuk dibeli atau sudah pun menggunakan kereta secondhand, anda boleh dapatkan waranti lanjutan dari Ezcare kalau berminat. Owh sebelum saya terlupa, salah satu syarat untuk membeli pakej jaminan kerosakkan kereta terpakai dari Ezcare ini adalah kereta anda mestilah berumur tidak kurang dari 9 tahun iaitu kereta yang diperbuat pada tahun 2015 dan ke atas sahaja. Selamat membeli kereta terpakai dan langgan Ezcare Warranty sekarang juga ya. BYE!!!.

    Ezcare Warranty Jaminan Ezcare Warranty Waranti Lanjutan Waranti Lanjutan Kereta Terpakai Waranti Lanjutan Malaysia Waranti Lanjutan Used Car
    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Cara Dapat Cashback Di Tiktok & Shopee

    10/07/2025

    Tukar Minyak Enjin Perodua Myvi Guna Castrol

    09/07/2025

    Invois Beli Kereta Direct Owner

    09/07/2025

    Beli Kereta Mazda 2 Direct Owner Success Story

    20/05/2025

    SCAM Beli Kereta Toyota Estima Recond

    18/05/2025

    Jangan Beli Toyota Corolla Cross Total Loss

    14/05/2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    Cara Dapat Cashback Di Tiktok & Shopee

    10/07/2025

    Tukar Minyak Enjin Perodua Myvi Guna Castrol

    09/07/2025

    Tukar Getah Tingkap Cermin Kereta

    09/07/2025

    Invois Beli Kereta Direct Owner

    09/07/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.