Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Kipas Angin Aircond Proton Saga BLM Rosak
    Info

    Kipas Angin Aircond Proton Saga BLM Rosak

    adminBy admin16/08/2024No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Salah satu masalah kalau kita menggunakan kenderaan adalah keperluan untuk servis berkala dan menukar alat komponen tertentu apabila sudah sampai masa. Contohnya tayar botak, kita kena beli tayar baharu. Timing belt sudah tipis, kena cepat menggantikan yang baharu. Cooling coil bocor, kena tukar yang baharu dan bermacam macam lagi. Bulan lepas kereta Proton Saga saya mempunyai masalah sistem penghawa dingin. Kipas angin yang menolak angin sejuk ke dalam kabin kereta tidak berfungsi. Apa yang saya fikir ketika itu adalah berkenaan rosaknya punat button aircond atau sistem relay elektronik atau wiring.

    Dan setelah di bawa ke bengkel, mekanik hanya menepuk nepuk bahagian aircond filter (bahagian tapis habuk) di belakang dashboard dan terus kipas angin aircond berfungsi dengan baik. Ada 2 penyebab masalah ini. Yang pertama adalah disebabkan wiring yang longgar. Dan penyebab kedua pula adalah berkenaan kipas angin yang sudah sampai masa untuk diganti kepada yang baharu. Di sebabkan “ketuk ketuk” dan terus berfungsi semula, saya memilih untuk tidak membaikinya untuk jimat kos kerana menganggap masalah tersebut adalah kerana masalah wiring yang longgar. Itu adalah apa yang saya fikirkan. 

    Blower fan proton saga terletak di belakang dashboard drawer ini
    Blower fan proton saga terletak di belakang dashboard drawer ini

    Menggantikan Kipas Angin/Blower Fan Proton Saga Rosak

    Sepanjang dua hari agak kerap juga kipas angin aircond tidak berfungsi. Saya ketuk dashboard dan ianya berfungsi semula. Cukup dua hari, dan ketika memandu. Bau hangit tiba tiba menerpa masuk ke hidung. Saya terus mematikan aircond dan terus bawa ke bengkel kereta. Anda tahu apa yang terjadi? Sebenarnya kipas aircond Proton Saga saya sudah berumur. Ianya sudah haus dan sudah sampai masa untuk diganti. Kipas sudah terbakar dan saya perlu menggantikannnya. Saya bersetuju dan pihak mekanik menukar kipas angin kepada yang baharu.

    Gambar sebenar bentuk kipas angin blower fan yang lama dan yang baharu
    Gambar sebenar bentuk kipas angin blower fan yang lama dan yang baharu

    Di bengkel kereta mereka tidak menyebutnya sebagai kipas angin. Sebutan yang betul adalah BLOWER FAN. Jika blower fan ini rosak, maka tiada tujahan angin yang anda akan dapat rasakan pada keempat empat corong udara di dashboard kereta anda. Hasil survey saya, harga kipas angin blower fan untuk Proton Saga ada 3 kategori. Harga blower fan buatan China sangat murah iaitu di bawah RM150. Harga standard untuk yang berkualiti adalah dalam lingkungan RM250 – RM280. Harga blower fan original untuk proton adalah berharga RM350.

    Harga blower fan untuk proton saga
    Harga blower fan untuk proton saga

    Mencari Blower Fan Kereta

    • [ Shopee ] – anda boleh cari dan beli kipas blower fan kereta Proton di sini

    Sistem aircond kereta Proton Saga saya masih ok dan sejuk. Tetapi ianya tidak berguna kalau angin sejuk itu tidak dapat di tolak masuk kalau kipas angin blower fan rosak. Anda tetap tidak akan rasa sejuk juga. Selepas ini, kalau anda juga menghadapi masalah yang sama seperti saya, sila pastikan anda check 3 benda ini dahulu. Iaitu samada sistem suis relay aircond anda rosak atau punat button aircond anda rosak atau blower fan anda itu sendiri sudah rosak. Bagi saya, apabila anda pakai kereta, anda kena bersedia dengan kos baik pulih maintenance nya juga. Duduk Malaysia cuaca panas. Pakai kereta kalau sistem penghawa dingin aircond rosak memang tidak boleh. Kena repair juga. Selamat servis kenderaan anda mengikut jadual. Bye

    Blower Fan Kereta Blower Fan Kereta Proton Blower Fan Kereta Rosak Blower Fan Kereta Saga Ganti Blower Fan Kereta Harga Blower Fan Kereta Kipas Blower Fan Kereta Tukar Blower Fan Kereta
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.