Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Panduan

    Cara Kira Loan Kereta Terkini Dan Mudah

    adminBy admin08/08/2024No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Bagi anda yang sudah berpengalaman membeli kereta mungkin sudah tahu bagaimana loan pinjaman kenderaan dikira. Tetapi kepada anda yang baru pertama kali beli kereta atau pertama kali berhutang dengan pihak bank akan keliru bagaimana loan kereta dikira. Dan anda mungkin hendak tahu cara kira loan kereta anda supaya anda dengan mudah mengetahui berapakah anggaran bayaran bulanan pinjaman bank untuk kereta anda. Di dalam artikel ini saya akan jelaskannya kepada anda secara ringkas dan mudah difahami. Jom baca.

    Kenapa anda perlu tahu dan kaedah untuk mengira loan pinjaman seperti loan kereta ini? Ianya akan dapat membantu anda untuk membuat kira kira sendiri dari rumah dan anda boleh membuat bajet sendiri iaitu anda mahukan bayaran yang berapa banyak setiap bulan dan berapa tahun tempoh pembayaran yang anda mahukan dan mampu bayar. Dan melalui kaedah ini juga anda boleh membuat kira kira secara mudah akan loan pinjaman bank yang lain lain juga.

    Gambar Hadapan Tepi Perodua Myvi Merah Baru
    Gambar Hadapan Tepi Perodua Myvi Merah Baru

    Panduan Mudah Kira Loan Kereta

    Sebelum membuat kira kira loan kereta anda. Ada beberapa perkara atau terma yang perlu anda ketahui dan ambil tahu sebelum mengira bayaran bulanan kereta anda itu iaitu harga kereta, jumlah downpayment yang diberikan, jumlah interest yang dikenakan dan jumlah tahun loan yang anda mahu buat. 4 ini sahaja yang anda perlu tahu untuk mengira loan bulanan kenderaan anda. Mari saya berikan contoh kiraan melalui contoh di bawah ini.

    Katakan anda mahu membeli sebuah kereta Perodua Myvi baharu yang berharga RM50K. Dan katakan anda mampu berikan wang muka pendahuluan (downpayment) sebanyak 10% dari harga kereta iaitu RM5K. Ini bermakna, jika ditolak harga kereta dengan downpayment. Maka anda hanya perlu membuat pinjaman loan kereta sebanyak RM45K sahaja. Dan katakan anda membuat auto loan dengan pihak bank Public Bank. Dan Public Bank mengenakan kadar faedah (interest) sebanyak 4% setahun. Dan anda ditawarkan tempoh bayaran balik hutang pinjaman kereta selama 9 tahun. Jadi berapakah bayaran bulanan kereta anda? Jom kira.

    Bukti contoh kira loan kereta yang betul dan tepat
    Bukti contoh kira loan kereta yang betul dan tepat

    Ringkasan Kira Pinjaman Kereta

    • Formula = (Jumlah pinjaman bank + Jumlah interest) / tempoh bulanan
    • Kiraan Jumlah Interest = Jumlah pinjaman bank x interest x tahun = RM45K x 4% x 9 tahun = RM16200
    • Formula = (Jumlah pinjaman bank + Jumlah interest) / tempoh bulanan = (RM45 + RM16.2K) / 108 bulan = RM61200 / 108 bulan = RM566.66 = Inilah dia bayaran bulanan yang anda perlu bayar kepada bank setiap bulan

    Car Loan Calculator Online

    • [ Calculator Malaysia ] – anda boleh gunakan kalkulator online untuk terus kira bayaran bulanan loan kereta anda dengan mudah

    Di atas inilah cara yang paling mudah untuk anda kira bayaran bulanan kenderaan anda. Harap anda dapat faham dan ikutinya. Jadi kalau anda hendak jimat dan cepat habis bayar loan kenderaan anda, di nasihatkan anda memberikan wang pendahuluan downpayment yang lebih tinggi dan tempoh tahun bayaran balik loan kereta yang lebih singkat. Kalau boleh buatlah selama 7 tahun dan ke bawah. Untuk pengetahuan anda, lagi singkat tahun anda bayar, maka lagi sedikit jumlah interest yang anda perlu bayar kepada pihak bank. Maka sudah tentu anda lebih jimat. Apa pun saya harap anda faham dengan jelas akan teknik cara kira loan kereta ini. Selamat mencuba.

    Cara Kira Loan Kereta Kira Bayaran Bulanan Kereta Kira Loan Kereta Kira Monthly Instalment Kereta
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Nombor member ID ejen dealer upline Eastel

    Cara Daftar Simkad Eastel

    07/03/2026
    Pilih renew insurans kenderaan patuh syariah dari Takaful Malaysia di BJAK

    Cara Perbaharui Cukai Jalan Dan Insurans Kereta Guna BJAK

    22/01/2026

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.