Bagi anda yang sudah berpengalaman membeli kereta mungkin sudah tahu bagaimana loan pinjaman kenderaan dikira. Tetapi kepada anda yang baru pertama kali beli kereta atau pertama kali berhutang dengan pihak bank akan keliru bagaimana loan kereta dikira. Dan anda mungkin hendak tahu cara kira loan kereta anda supaya anda dengan mudah mengetahui berapakah anggaran bayaran bulanan pinjaman bank untuk kereta anda. Di dalam artikel ini saya akan jelaskannya kepada anda secara ringkas dan mudah difahami. Jom baca.
Kenapa anda perlu tahu dan kaedah untuk mengira loan pinjaman seperti loan kereta ini? Ianya akan dapat membantu anda untuk membuat kira kira sendiri dari rumah dan anda boleh membuat bajet sendiri iaitu anda mahukan bayaran yang berapa banyak setiap bulan dan berapa tahun tempoh pembayaran yang anda mahukan dan mampu bayar. Dan melalui kaedah ini juga anda boleh membuat kira kira secara mudah akan loan pinjaman bank yang lain lain juga.
Panduan Mudah Kira Loan Kereta
Sebelum membuat kira kira loan kereta anda. Ada beberapa perkara atau terma yang perlu anda ketahui dan ambil tahu sebelum mengira bayaran bulanan kereta anda itu iaitu harga kereta, jumlah downpayment yang diberikan, jumlah interest yang dikenakan dan jumlah tahun loan yang anda mahu buat. 4 ini sahaja yang anda perlu tahu untuk mengira loan bulanan kenderaan anda. Mari saya berikan contoh kiraan melalui contoh di bawah ini.
Katakan anda mahu membeli sebuah kereta Perodua Myvi baharu yang berharga RM50K. Dan katakan anda mampu berikan wang muka pendahuluan (downpayment) sebanyak 10% dari harga kereta iaitu RM5K. Ini bermakna, jika ditolak harga kereta dengan downpayment. Maka anda hanya perlu membuat pinjaman loan kereta sebanyak RM45K sahaja. Dan katakan anda membuat auto loan dengan pihak bank Public Bank. Dan Public Bank mengenakan kadar faedah (interest) sebanyak 4% setahun. Dan anda ditawarkan tempoh bayaran balik hutang pinjaman kereta selama 9 tahun. Jadi berapakah bayaran bulanan kereta anda? Jom kira.
Ringkasan Kira Pinjaman Kereta
- Formula = (Jumlah pinjaman bank + Jumlah interest) / tempoh bulanan
- Kiraan Jumlah Interest = Jumlah pinjaman bank x interest x tahun = RM45K x 4% x 9 tahun = RM16200
- Formula = (Jumlah pinjaman bank + Jumlah interest) / tempoh bulanan = (RM45 + RM16.2K) / 108 bulan = RM61200 / 108 bulan = RM566.66 = Inilah dia bayaran bulanan yang anda perlu bayar kepada bank setiap bulan
Car Loan Calculator Online
- [ Calculator Malaysia ] – anda boleh gunakan kalkulator online untuk terus kira bayaran bulanan loan kereta anda dengan mudah
Di atas inilah cara yang paling mudah untuk anda kira bayaran bulanan kenderaan anda. Harap anda dapat faham dan ikutinya. Jadi kalau anda hendak jimat dan cepat habis bayar loan kenderaan anda, di nasihatkan anda memberikan wang pendahuluan downpayment yang lebih tinggi dan tempoh tahun bayaran balik loan kereta yang lebih singkat. Kalau boleh buatlah selama 7 tahun dan ke bawah. Untuk pengetahuan anda, lagi singkat tahun anda bayar, maka lagi sedikit jumlah interest yang anda perlu bayar kepada pihak bank. Maka sudah tentu anda lebih jimat. Apa pun saya harap anda faham dengan jelas akan teknik cara kira loan kereta ini. Selamat mencuba.