Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Apa Itu MyTukar
    Info

    Apa Itu MyTukar

    adminBy admin11/11/2024Updated:11/01/2025No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Semalam saya ke kedai MyTukar. Dan di depan kedai tertera perkataan “powerd by Carro”. Dan saya juga perasan yang iklan MyTukar telah ditukar kepada “Carro” di laman Paultan.org. Dan perasan perkara ini sejak setahun lalu cuma tidak faham kenapa ianya jadi begitu. Setelah membuat sedikit bacaan barulah saya faham rupa rupanya syarikat Carro telah membeli atau mempunyai pegangan di dalam syarikat MyTukar. Dengan kata lain, MyTukar telah dikuasai atau telah di rebranding kepada Carro. Harap maklum ya.

    Di Malaysia, laman web “marketplace” jual beli kenderaan terpakai dikuasai MyTukar. Dan syarikat Carro adalah sebuah syarikat dari Singapore dan membeli pengangan terhadap MyTukar. Mula mula dijenamakan sebagai MyTukar powered My Carro dan sekarang jenama MyTukar sudah 100% menjadi Carro. Harap anda jelas dan faham ya.

    Pejabat urusan MyTukar Carro Pulau Pinang
    Pejabat urusan MyTukar Carro Pulau Pinang

    Tentang Jual Beli Kereta Terpakai Di MyTukar/Carro

    Jadi Apa itu MyTukar? Ianya sebuah syarikat yang menjalankan perkhidmatan jual dan beli kereta terpakai. Sama 100% macam kedai used car. Yang berbeza adalah servis perkhidmatan yang ditawarkan adalah dalam bentuk professional tidak seperti kaedah lama yang biasa menjadi amalan kedai yang menjual kenderaan terpakai. Di MyTukar (Carro), mereka akan membuat pemeriksaan (inspection) kereta yang kita ingin jual dan selepas itu mereka berikan nilai dan harga yang ditawarkan. Kalau kita setuju, pihak MyTukar akan beli kereta kita dengan nilai yang dipersetujui bersama.

    Kereta yang diambil oleh MyTukar adalah dari kenderaan yang bebas banjir dan bukan kereta bekas accident berat. Maknanya kalau anda ingin beli kereta terpakai di MyTukar, sudah tentulah kenderaan yang anda beli itu adalah sebuah kereta yang berkualiti dan telah disemak oleh pakar yang professional bagi memastikan kereta yang dijual adalah boleh dipandu dan selamat untuk pembeli.

    Dan di MyTukar, anda boleh dapatkan perlindungan warranty tambahan secara add on yang pihak MyTukar sendiri tawarkan. Dan inilah servis yang biasanya tidak ada di kedai used car yang lain. Biasanya kalau anda beli kereta terpakai (second hand) dari kedai used car yang biasa, biasanya memang tidak ada apa apa warranty yang ditawarkan. Kalau ada pun cuma 1 minggu, 1 bulan atau lebih kepada cakap cakap manis penjual sahaja. Bila rosak, langsung tidak boleh claim. Jom baca kisah pembeli kereta terpakai rosak macam macam selepas beli dan baru guna 2 bulan. Kesian.

    Contoh iklan jualan kereta Proton Saga oleh MyTukar Carro
    Contoh iklan jualan kereta Proton Saga oleh MyTukar Carro

    Pesaing bagi MyTukar adalah Carsome. Kedua dua platform ini menawarkan servis perkhidmatan yang sama sahaja. Ibarat Coway dan juga Cuckoo. Sama tetapi bersaing secara sihat. Sama juga halnya antara MyTukar (Carro) dan juga Carsome. Sama tetapi bersaing secara sihat. Yang penting pelanggan akan ada lebih banyak pilihan dan pelanggan juga yang akan menikmati kelebihannya.

    Artikel ini tidak bermaksud untuk berkongsikan panduan bagaimana cara untuk beli kereta terpakai di MyTukar. Dan bukan juga panduan tentang cara untuk menjual kereta anda di MyTukar. Ini adalah perkongsian ringkas berkenaan apa itu MyTukar supaya orang yang pertama kali hendak tahu tentang MyTukar akan faham akan servis yang pihak mereka tawarkan. Perkongsian detail mengenai cara jual atau beli kereta terpakai melalui MyTukar akan saya kongsikan di artikel yang lain. Harap maklum.

    Daftar MyTukar Online

    • [ Carro Malaysia ] – sila klik link ini untuk register untuk menggunakan aplikasi MyTukar (Carro).
    • [ Dealer Beli Kereta ] – Ini adalah servis ejen dealer yang akan membeli dan boleh membantu anda menjual kereta anda di Carsome, MyTukar (Carro) dan juga di kedai used car dengan mudah. Tidak perlu ke kedai. Team kami akan datang buat inspection kereta anda. Hanya perlu daftar dan isi form secara online melalui kami. Berminat? Klik link Whatsapp ini sekarang juga!!!

    Akhir sekali akan ada orang yang tanya, kalau jual kereta kita di MyTukar atau kedai used car yang biasa mana lebih dapat duit? Jawapannya adalah sama dan lebih kurang sama sahaja. Yang berbeza urusan bank dan urusan JPJ boleh dilakukan di pejabat MyTukar sahaja. Urusan lebih cepat, mudah dan sudah tentu lebih professional. Owh sebelum saya terlupa, anda juga boleh jual kereta di MyTukar dengan cara bida (bidding) untuk meningkatkan lagi harga jualan kereta anda. Terpulang. Berminat jual atau beli kereta di MyTukar? Daftar melalui link di atas ini ya. BYE!!!.

    Apa Itu MyTukar Beli Kereta MyTukar Info MyTukar Jual Kereta MyTukar MyTukar MyTukar Malaysia Tentang MyTukar Used Car MyTukar
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.