Semalam saya ke kedai MyTukar. Dan di depan kedai tertera perkataan “powerd by Carro”. Dan saya juga perasan yang iklan MyTukar telah ditukar kepada “Carro” di laman Paultan.org. Dan perasan perkara ini sejak setahun lalu cuma tidak faham kenapa ianya jadi begitu. Setelah membuat sedikit bacaan barulah saya faham rupa rupanya syarikat Carro telah membeli atau mempunyai pegangan di dalam syarikat MyTukar. Dengan kata lain, MyTukar telah dikuasai atau telah di rebranding kepada Carro. Harap maklum ya.
Di Malaysia, laman web “marketplace” jual beli kenderaan terpakai dikuasai MyTukar. Dan syarikat Carro adalah sebuah syarikat dari Singapore dan membeli pengangan terhadap MyTukar. Mula mula dijenamakan sebagai MyTukar powered My Carro dan sekarang jenama MyTukar sudah 100% menjadi Carro. Harap anda jelas dan faham ya.
Tentang Jual Beli Kereta Terpakai Di MyTukar/Carro
Jadi Apa itu MyTukar? Ianya sebuah syarikat yang menjalankan perkhidmatan jual dan beli kereta terpakai. Sama 100% macam kedai used car. Yang berbeza adalah servis perkhidmatan yang ditawarkan adalah dalam bentuk professional tidak seperti kaedah lama yang biasa menjadi amalan kedai yang menjual kenderaan terpakai. Di MyTukar (Carro), mereka akan membuat pemeriksaan (inspection) kereta yang kita ingin jual dan selepas itu mereka berikan nilai dan harga yang ditawarkan. Kalau kita setuju, pihak MyTukar akan beli kereta kita dengan nilai yang dipersetujui bersama.
Kereta yang diambil oleh MyTukar adalah dari kenderaan yang bebas banjir dan bukan kereta bekas accident berat. Maknanya kalau anda ingin beli kereta terpakai di MyTukar, sudah tentulah kenderaan yang anda beli itu adalah sebuah kereta yang berkualiti dan telah disemak oleh pakar yang professional bagi memastikan kereta yang dijual adalah boleh dipandu dan selamat untuk pembeli.
Dan di MyTukar, anda boleh dapatkan perlindungan warranty tambahan secara add on yang pihak MyTukar sendiri tawarkan. Dan inilah servis yang biasanya tidak ada di kedai used car yang lain. Biasanya kalau anda beli kereta terpakai (second hand) dari kedai used car yang biasa, biasanya memang tidak ada apa apa warranty yang ditawarkan. Kalau ada pun cuma 1 minggu, 1 bulan atau lebih kepada cakap cakap manis penjual sahaja. Bila rosak, langsung tidak boleh claim. Jom baca kisah pembeli kereta terpakai rosak macam macam selepas beli dan baru guna 2 bulan. Kesian.
Pesaing bagi MyTukar adalah Carsome. Kedua dua platform ini menawarkan servis perkhidmatan yang sama sahaja. Ibarat Coway dan juga Cuckoo. Sama tetapi bersaing secara sihat. Sama juga halnya antara MyTukar (Carro) dan juga Carsome. Sama tetapi bersaing secara sihat. Yang penting pelanggan akan ada lebih banyak pilihan dan pelanggan juga yang akan menikmati kelebihannya.
Artikel ini tidak bermaksud untuk berkongsikan panduan bagaimana cara untuk beli kereta terpakai di MyTukar. Dan bukan juga panduan tentang cara untuk menjual kereta anda di MyTukar. Ini adalah perkongsian ringkas berkenaan apa itu MyTukar supaya orang yang pertama kali hendak tahu tentang MyTukar akan faham akan servis yang pihak mereka tawarkan. Perkongsian detail mengenai cara jual atau beli kereta terpakai melalui MyTukar akan saya kongsikan di artikel yang lain. Harap maklum.
Daftar MyTukar Online
- [ Carro Malaysia ] – sila klik link ini untuk register untuk menggunakan aplikasi MyTukar (Carro).
- [ Dealer Beli Kereta ] – Ini adalah servis ejen dealer yang akan membeli dan boleh membantu anda menjual kereta anda di Carsome, MyTukar (Carro) dan juga di kedai used car dengan mudah. Tidak perlu ke kedai. Team kami akan datang buat inspection kereta anda. Hanya perlu daftar dan isi form secara online melalui kami. Berminat? Klik link Whatsapp ini sekarang juga!!!
Akhir sekali akan ada orang yang tanya, kalau jual kereta kita di MyTukar atau kedai used car yang biasa mana lebih dapat duit? Jawapannya adalah sama dan lebih kurang sama sahaja. Yang berbeza urusan bank dan urusan JPJ boleh dilakukan di pejabat MyTukar sahaja. Urusan lebih cepat, mudah dan sudah tentu lebih professional. Owh sebelum saya terlupa, anda juga boleh jual kereta di MyTukar dengan cara bida (bidding) untuk meningkatkan lagi harga jualan kereta anda. Terpulang. Berminat jual atau beli kereta di MyTukar? Daftar melalui link di atas ini ya. BYE!!!.