Beberapa hari lepas saya dihubungi oleh seseorang yang mahu bertanyakan tentang samada beliau “sudah terkena” dengan dealer kedai used car atau tidak. Terkena yang beliau maksudkan adalah samada beliau sudah kena tipu atau tidak. Kisahnya beliau membeli sebuah kereta Perodua Myvi ICON terpakai jenis keluaran tahun 2015. Selepas 2 bulan, bermacam macam kerosakkan timbul. Bila bertanya semula ke kedai tempat yang beliau beli kereta sebelum ini, alasannya adalah sama iaitu ketika kereta diserahkan kereta dalam keadaan elok.
Saya tanyakan kepada beliau, tidakkah kedai tersebut ada berikan apa apa jaminan waranti? Jawapannya adalah ya. Kedai used car beritahu beliau yang kereta ada warranty selama 12. Saya tanyakan kembali, apakah jaminan warranty yang ditawarkan? Adakah hanya cakap cakap mulut atau ada tandatangan surat atau dokumen khas berkenaan warranty tersebut. Jawapan beliau adalah tiada. Kalau tiada, maknanya sah, beliau sudah terkena dengan manis mulut di penjual kereta berkenaan. Kerosakkan yang berlaku adalah tanggungjawab sendiri 100%.

Kedai Used Car Tak Angkat Call Selepas Beli Kereta
Macam mana hendak tahu? Mudah! Kedai used car janjikan warranty adalah untuk pembaikkan kerosakkan seperti enjin, kotak gearbox, ECU dan aircond. Masalahnya salah satu kerosakkan yang beliau alami adalah aircond bocor sudah pastilah boleh minta ganti rugi atau pembaikkan. Akan tetapi kedai used car terus diam seribu bahasa dan tidak mengangkat panggilan telefon. Ini adalah salah satu contoh atau kisah bagaimana pembeli kurang tahu atau faham hak sebagai pembeli dan penjual yang ambil kesempatan di atas kelompongan undang undang yang melindungi hak pengguna.

Jenis Kerosakkan Perodua Myvi Icon Terpakai
- absorber mungkin leaking atau spring tidak “main”
- tayar keras iaitu tayar sudah lama
- aircond bocor
- Stereng tidak stabil
- Tayar tidak balance
- Brakepad sudah nipis dan berbunyi
Sebenarnya dari dulu, majoriti pembeli kereta terpakai second hand memang tidak ada diberikan apa apa jaminan warranty pun. Kalau ada pun cuma cakap cakap kosong kedai used car sahaja. Mereka cakap ada waranti 1 bulan, 3 bulan atau 6 bulan sahaja. Kalau ada yang beritahu ada 12 bulan itupun sudah dikira hebat. Tapi macam mana hendak percaya? Customer pun kurang cakna atau tahu hak mereka. Bukan ada perjanjian tandatangan bertulis dokumen khas tentang perlindungan warranty pun betul tidak?

Sebenarnya cara yang betul adalah, pemilik kereta terpakai perlu mendapatkan waranti lanjutan dari pihak ketiga. Sila baca artikel ini iaitu Jaminan Waranti Lanjutan Kereta Terpakai di sini. Anda kena langgan asing. Bayar secara tahunan. Anda perlu berikan geran kereta kepada penawar warranty lanjutan dan mereka akan berikan quotation harga untuk kenderaan anda. Penting untuk pemilik kereta terpakai ada perlindungan dari segi kerosakkan enjin, kotak gearbox, ECU dan juga sistem penghawa dingin. Sebab 4 benda inilah yang paling akan menelan kos belanja paling besar untuk dibaiki jika berlaku kerosakkan.
Yang kedua pula adalah, jika anda ada sedikit bajet, sila minta penjual kereta benarkan kereta tersebut untuk dibawa keluar untuk dibuat inspection bagi memastikan kereta tersebut benar benar elok untuk digunakan supaya anda tidak terbeli kereta yang ada potensi rosak. Sila baca artikel ini iaitu Cara Elak Beli Kereta Terpakai Rosak di sini sebagai panduan dan rujukan anda. Jangan bimbang, kedai used car yang tidak menipu tidak akan ada masalah jika customer hendak bawa kereta buat inspection. Lagi pun kos tersebut ditanggung oleh anda.

Yang ketiga pula adalah, kalau ada sedikit bajet, saya minta anda BELI REPORT SCRUT untuk kenderaan yang bakal anda beli. Report SCRUT akan memaparkan sejarah claim insurans kenderaan tersebut jika anda. Jadi anda akan dapat tahu samada kereta berkenaan pernah kena banjir, pecah cermin, kemalangan, kena benda alam dan sebagainya. Dari data tersebut anda akan buat keputusan samada mahu teruskan pembelian atau tidak. Sila baca 2 kisah pembelian kereta terpakai guna data dari SCRUT untuk panduan dan rujukan anda.
Kesimpulan yang saya boleh berikan kepada anda adalah, jika anda sedang melakukan survey untuk beli kereta terpakai di kedai used car, sila pastikan kereta yang dibeli ada jaminan warranty yang sah dari kedai. Contohnya kena ada dokumen yang anda tandatangani. Cakap mulut sahaja tidak sah. Kalau memang tiada warranty yg sah, sila langgan warranty lanjutan untuk kenderaan terpakai. Kemudian sila semak sejarah kereta berkenaan dengan pihak SCRUT untuk lebih puashati akan sejarah kemalangan dan claim insurans kereta berkenaan. Jelas? Faham?

Panduan Kereta Terpakai
- [ Daftar SCRUT ] – Sila daftar / register Scrut di sini
- Cara Beli Kereta Terpakai – panduan untuk beli kereta terpakai secara online
- Cara Beli Kereta Recond – panduan untuk beli kereta recond secara online
- Cara Guna Scrut – panduan ringkas bagaimana cara untuk beli dan guna servis scrut
- Cara Beli Kereta Carsome – panduan beli kereta terpakai berkualiti di Carsome
- Cara Beli Kereta MyTukar – panduan beli kereta terpakai berkualiti di Carro
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Saya harap artikel ini sedikit sebanyak membantu anda untuk faham tentang cara yang betul dan selamat untuk membeli sebuah kenderaan terpakai di kedai used car ya. Sila ketahui hak anda dan sila ambil langkah yang sepatutnya agar anda dilindungi dari risiko kerosakkan yang boleh menyebabkan kerugian buat anda. Jangan jadi macam kisah di atas ini. Selepas terbeli kereta tidak elok. Kedai used car pun langsung tidak membantu. Langsung tidak angkat panggilan telefon. Masa ini kita hendak minta tolong siapa siapa pun tidak ada yang mampu membantu anda. Jadi, sila beringat dan sediakan payung sebelum hujan ya. BYE!!!.