Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Fintech

    Panduan Cara Tambah Nilai TnG eWallet

    adminBy admin02/09/2024No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Saya tinggal di seberang Pulau Pinang. Dan bekerja di dalam “pulau” Penang. Jadi memang seharianlah kalau saya perlu memandu pergi balik melalui jambatan Pulau Pinang. Jadi memang biasalah kalau pengguna jambatan perlu menggunakan kad Touch ‘N Go untuk melepasi palang di jambatan Pulau Pinang. Biasanya saya akan melakukan tambah nilai reload kad TnG saya di kedai stesen minyak yang berdekatan. Tetapi kini kita sudah mempunyai aplikasi TnG yang boleh di install pada smartphone. Jadi bagaimana pula cara untuk melakukan tambah nilai TnG eWallet anda itu.

    Begini ceritanya. Kalau sebelum ini anda akan reload kad TnG anda itu di stesen minyak petrol yang berdekataan betul? Tetapi tahukah anda yang pihak Touch ‘n Go telah memperkenalkan aplikasi smartphone milik TnG yang membolehkan anda untuk menyemak baki TnG online dengan mudah melalui app smartphone anda. Dan anda juga selepas ini boleh terus tambah nilai TnG eWallet melalui apps eWallet TnG berkenaan.

    Bagaimana tambah nilai TnG eWallet
    Bagaimana tambah nilai TnG eWallet

    Reload Tambah Nilai TnG eWallet

    Ada orang tanya bagaimana hendak reload kad TnG melalui app eWallet berkenaan. Sebenarnya anda tidak perlu reload kad TnG anda pun. Cukup dengan anda hanya melakukan tambah nilai TnG eWallet anda. Dan ketika semasa anda menggunakan kad Touch n Go, ianya akan terus menolak (deduct) kredit yang ada di dalam akaun TnG eWallet anda. Jelas? Jadi sudah tentu ianya bakal memudahkan anda. Jelas?

    Perkara pertama sekali adalah, anda perlu mempunyai kad debit, kad kredit mahupun akaun online banking. Kerana transaksi untuk melakukan tambah nilai TnG eWallet ini memerlukan anda mempunyai akaun online banking. Kalau tiba tiba mesin epay di stesen minyak untuk anda topup kad TnG anda rosak rosak atau offline, jadi dengan adanya eWallet Touch N Go ini sangat sangat membantu ketika anda memerlukan betul?

    Cara Reload TnG eWallet

    • Sila jalankan (open) aplikasi TnG eWallet
    • Sila klik “Reload eWallet”
    • Sila pilih amaun atau masukkan nilai reload yang anda inginkan dan kemudiam sila klik “Reload eWallet”
    • Sila pilih ingin topup menggunakan kad debit/kad kredit atau FPX (online banking)
    • Sila selesaikan pembayaran sehingga selesai
    • Jika berjaya, akaun eWallet TnG akan akan mempunyai nilai yang bertambah
    • Done

    Proses untuk tambah nilai kad TnG melalui eWallet sebenarnya mudah sahaja. Cumanya panduan ini adalah bagi anda yang mungkin kurang terbiasa dengan langkah langkah membuat pembelian secara online di internet. Jadi saya kongsikan dengan anda di sini.

    Sedikit panduan tambahan kepada anda. Sebenarnya pihak Touch N Go mahu menjadikan sistem pembayaran kad TnG mereka mampu untuk digunakan dibanyak tempat. Mudah cerita mahu memudahkan urusan pengguna untuk lebih banyak servis. Mungkin selepas ini anda boleh gunakan eWallet TnG untuk membayar pelbagai bil dan membeli belah dengan mudah.

    Setakat ini saya sudah mempunyai 3 eWallet. Yang pertama adalah eWallet Octo dari CIMB. Yang kedua adalah eWallet MAE dari Maybank. Dan yang ketiga adalah eWallet Touch n Go ini. Masing masing mempunyai fungsi dan kelebihan masing masing. Kalau anda masih belum faham cara untuk tambah nilai TnG eWallet ini, tonton sahaja video di atas ini. Saya pasti anda dapat melakukannya dengan sendiri dan mudah.

    Daftar App Aplikasi Touch ‘n Go

    1. [ Touch ‘n Go eWallet ] – daftar aplikasi TNG di sini

    Kepada yang belum install eWallet ini, sila klik link di atas ini ya. Apa apa pun selamat mencuba ya. Bye.

    Reload TnG eWallet Tambah Nilai TnG eWallet Topup TnG eWallet
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Simkad Prepaid 5G Eastel

    Cara Beli Simkad Eastel

    09/03/2026
    Ejen Eastel Dengan Member ID E-0001783

    Senarai Ejen Dealer Eastel Seluruh Malaysia

    08/03/2026
    Web promosi Eastel ada gambar muka, nama ejen, member ID dan juga nombor telefon

    Web Promosi Eastel

    07/03/2026
    Cara langgan pakej plan panggilan call dan kuota data internet bulanan simkad Eastel

    Cara Langgan Pelan Call & Internet Eastel

    07/03/2026
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.