Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Fintech

    Panduan Transfer Duit Luar Negara (MAE Maybank)

    adminBy admin27/08/2024No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Akaun online banking Maybank adalah Maybank2U. Dan ewallet Maybank adalah MAE. Mudah cerita, segala fungsi atau tugasan yang anda lakukan melalui Maybank2U boleh dilakukan melalui MAE tetapi dengan ada lebih banyak fungsi dan kelebihan. Zaman sekarang zaman mobile wallet. Hendak bayar atau beli barang pun hanya perlu scan QR code sahaja. Dan MAE ada fungsi tersebut. Hendak hantar duit ke luar negara pun boleh melalui MAE Maybank ini. Jom saya kongsikan cara caranya melalui panduan di bawah ini.

    Maybank bekerjasama dengan Western Union dan lain lain servis remittance untuk penghantaran wang ke luar negara. Dengan kata lain, ketika anda mahu melakukan transaksi kiriman wang ke luar negara melalui aplikasi MAE Maybank, ianya akan memaparkan nama “Western Union” dan lain lain sebagai perantaranya. Jangan bimbang, di Malaysia majoriti pekerja asing memang menggunakan servis perkhidmatan Western Union untuk hantar duit ke negara asal mereka. Cumanya melalui Maybank MAE ini, anda boleh lakukan proses transfer duit ke luar negara secara online sahaja. Jelas? Faham?

    Transfer wang duit ke overseas dengan MAE Maybank2U
    Transfer wang duit ke overseas dengan MAE Maybank2U

    Cara Transfer/Hantar/Kirim Wang Ke Luar Negara Guna Maybank MAE

    Sedikit ilmu pengetahuan buat anda. Teknologi penghantaran wang yang baru dan pantas adalah dari teknologi cross border transfer yang mana ia menawarkan kadar transaksi yang cepat, pantas dan dalam masa yang sama mengenakan cas transaksi yang sangat jimat. Anda lihat gambar di atas ini sebagai contoh. Bila saya mahu hantar duit RM100 ke negara Nepal, maybank melalui Western Union hanya mengenakan cas penghantaran wang sebanyak RM5 sahaja. Memang murah. Anda lihat apakah tempoh untuk penerima duit di Nepal akan terima? Ia dipaparkan sebagai “instant” betul? Dengan kata lain akan terima duit serta merta. Terbaik bukan?

    Cara Send Duit Ke Luar Negara (Maybank)

    • [ Maybank2U ] – sila login akaun online banking Maybank2u anda
      • Jika anda baru muat turun dan install aplikasi Maybank MAE, sila masukkan kod referral code ketika anda mengemaskini profile anda dengan kod “MAB1213194“
    • Sila klik pada menu “Transfer”
    • Pada menu “Transfer To”, sila klik pada “Overseas”
    • Pada menu “Overseas”, sila klik pada New Transfer Overseas
    • Kemudian sila pilih negara untuk anda hantar/kirim wang duit
    • Sila pilih akaun bank yang anda mahu deduct/debit untuk hantar duit dan klik “Continue”
    • Pada menu “Transfer Overseas”, sila masukkan jumlah dalam RM dan “Convert to” sila pilih matawang negara tersebut dan klik “Continue”
    • Pada tetapan transfer overseas, anda akan diberikan pilihan mahu hantar duit guna Western Union atau Visa
    • Sila sahkan maklumat anda dan masukkan maklumat penerima dan teruskan sehingga selesai.
    • Done.

    Jika anda memilih kaedah penghantaran Western Union, anda kadang kala diminta untuk mengisi maklumat swift code bank. Jika di minta, sila baca artikel ini ya cara cari Swift code bank di sini. Proses transaksi kewangan global antara bank dengan bank luar negara memang menggunakan swift code sejak dulu lagi. Harap maklum ya.

    xxxxxxxxxxxxxxxxx

    Kalau anda sudah terbiasa kirim wang ke luar negara menggunakan servis Western Union, apa kata anda gunakan sahaja fungsi yang sama ini melalui online banking Maybank2u atau MAE. Lebih mudah, senang dan kos pun lebih jimat. Rasanya kebanyakkan orang Malaysia memang gunakan akaun onnline banking Maybank. Kalau fungsi kirim (transfer) duit ke luar negara sudah ada di dalam sistem online banking Maybank, kenapa hendak gunakan servis perkhidmatan yang lain pula. Setuju? Anda boleh tonton video di atas ini untuk panduan cara guna fungsi overseas transfer Maybank ya. Dan kalau anda pengguna bank CIMB, saya jemput anda baca cara transfer duit luar negara guna CIMB di sini. BYE!!!.

    hantar duit luar negara Maybank kirim duit luar negara Maybank overseas transfer Maybank send duit luar negara Maybank Transfer luar negara Maybank
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Simkad Prepaid 5G Eastel

    Cara Beli Simkad Eastel

    09/03/2026
    Ejen Eastel Dengan Member ID E-0001783

    Senarai Ejen Dealer Eastel Seluruh Malaysia

    08/03/2026
    Web promosi Eastel ada gambar muka, nama ejen, member ID dan juga nombor telefon

    Web Promosi Eastel

    07/03/2026
    Cara langgan pakej plan panggilan call dan kuota data internet bulanan simkad Eastel

    Cara Langgan Pelan Call & Internet Eastel

    07/03/2026
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.