Anda pasti sering mendengar pekerja warga asing di Malaysia kerja kuat kuat dan hantar duit ke negara asal mereka bukan? Mereka tidak kisah kelihatan miskin di Malaysia tetapi mereka menjadi kaya di negara mereka. Sebab apa? Sebab pertukaran matawang. RM100 di Malaysia nampak kecil bila di belanja di Malaysia. Tetapi RM100 menjadi sangat besar di negara yang kurang kuat matawang mereka. Namun masih ramai yang menggunakan cara lama apabila mahu transfer duit ke luar negara iaitu ke ahli keluarga mereka.
Sebab itulah kita biasa melihat warga asing beratur ke kedai “Money Changer” untuk tukar matawang mereka dan membuat transaksi transfer duit ke luar negara melalui MoneyGram dan juga Western Union. Teringat saya dengan kisah rakan sekerja saya warga negara Indonesia. Kerja kilang sahaja di sini tetapi berjaya beli tanah di kampung Indonesia. Saya sendiri yang mungkin bergaji lebih tinggi dari beliau pun tidak terfikir hendak membeli tanah kerana memang tidak mampu. Tidak kisahlah, itu adalah contoh hantar duit oleh pekerja asing di mana mana negara pun. Normal.
Panduan Transfer/Hantar/Kirim Wang Ke Luar Negara (Abroad/Overseas)
Saya pernah mendapat pertanyaan lebih 5 tahun lalu berkenaan bagaimana cara untuk hantar (transfer) duit keluar negara dan cara untuk menerima (receive) wang duit dari luar negara (abroad). Ketika soalan itu di tanyakan kepada saya, hanya ada beberapa alternatif yang boleh dicuba. Sama seperti bagaimana pekerja warga asing lakukan. Tetapi beliau hanya mahu tahu kaedah secara online. Tidak ada servis bank yang menawarkan perkhidmatan kiriman wang secara atas talian. Yang terfikir ketika itu adalah servis paypal. Tetapi ramai pula tidak tahu guna paypal. Leceh juga.
Tahukah anda, istilah nama lain bagi sebutan hantar duit ke luar negara adalah REMITTANCE di dalam bahasa english. Telah ada sangat banyak servis perkhidmatan reminttance yang ditawarkan di Malaysia. Mungkin ada yang anda pernah dengar dan telah guna. Cumanya mungkin anda tidak tahu ada fungsi untuk transfer hantar duit ke luar negara dengan aplikasi tersebut.
Sebenarnya syarikat Fintech money exchange dan remittance telah tumbuh bagai cendawan di Malaysia. Malah tidak keberatan kalau saya katakan telah ada sangat banyak cara untuk kirim wang secara online dari Malaysia ke luar negara. Lebih mudah, pantas dan pasti dengan kos lebih murah. Dan kebanyakkan servis ini telah pun ditawarkan melalui aplikasi smartphone sahaja. Jom saya kongsikan antara servis remittance yang ada di Malaysia ini.
- [ Touch ‘n Go eWallet ] – aplikasi TNG menawarkan fungsi “GOremit” untuk penghantaran wang ke luar negara
- [ Wise ] – menawarkan kebolehan transfer duit ke luar negara ke banyak negara
- [ BigPay ] – ada fungsi international transfer untuk kirim duit ke luar negara. Sila masukkan kod referral ini ketika mendaftar (4RW9G57CT9)
- [ MoneyMatch ] – pertukaran wang secara online (money exchange) dan boleh transfer duit international
- [ Tranglo ] – Sistem penghantaran duit khas untuk skala industri untuk kelas bisnes perniagaan
- Transfer Luar Negara Maybank (MAE)
- Transfer Luar Negara CIMB (Speedsend)
- Moneygram
- Western Union
Bank di Malaysia seperti Maybank dan juga CIMB juga menawarkan fungsi menghantar duit ke luar negara (abroad/overseas). Maybank melalui fungsi MAE dan CIMB pula dengan fungsi SpeedSend. Dan kebanyakkan kini ke semua fungsi remittance ini sudah boleh dilakukan melalui aplikasi eWallet sahaja. Yang penting penerima ada nombor akaun bank atau eWallet yang serupa seperti apa yang digunakan di Malaysia. Mudah dan senang.
Kebiasaanya warga asing akan gunakan perkhidmatan dari MoneyGram dan juga Western Union untuk menghantar duit ke negara asal mereka. Tetapi zaman sekarang, menghantar duit ke luar negara bukan lagi semata mata untuk pekerja asing tetapi juga untuk keluarga kita yang berada di luar negara. Ada anak belajar di luar negara sebagai contoh. Jadi family mahu hantar duit ke anak mereka dengan cara yang paling mudah, cepat dan murah. Jadi sudah tentulah aplikasi di atas ini dapat memberikan kemudahan tersebut.
Inilah dia namanya cashless socieaty. Keadaan ini berubah dengan datangnya teknologi cross border transfer yang baru ke dalam sistem kewangan transaksi dunia. Anda boleh baca kalau berminat ya. Teknologi kewangan yang baru ini menyebabkan banyak syarikat fintech tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Yang penting, ianya mampu menawarkan kadar penghantaran duit yang pantas (instant) dan dalam masa yang sama mengenakan cas fee yang sangat murah berbanding kaedah konvensional. Berminat sila klik link aplikasi yang saya kongsikan di atas ini ya.