Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Info

    Absorber Proton Saga Bocor (Leaking)

    adminBy admin18/08/2024No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Ketika saya menghantar kereta saya ke bengkel kereta untuk tukar brake pump kereta, mekanik telah ternampak yang penyerap hentak iaitu absorber proton saga telah rosak. Macam mana hendak tahu yang absorber kereta kita itu sudah rosak? Mudah sahaja. Rupa rupanya, sistem absorber kereta di dalamnya terdapat minyak di dalamnya. Secara normal atau masih baik, sistem absorber tidak akan menyeluarkan minyak tersebut. Jika terdapat lelehan minyak pada batang absorber, itu bermakna absorber kereta anda sudah bocor dan perlu diganti.

    Sila lihat gambar di bawah ini. Sistem absorber kereta mempunyai 2 sistem penyerap hentakan. Yang pertama adalah absorber itu sendiri yang kedua pula adalah spring yang menjadi backup kepada absorber utama. Dua benda inilah yang memberikan rasa sedap dan lembut ketika tayar kereta kita terlanggar lubang atau lopak atau jalan yang rosak tidak sekata. Ianya memberikan kesan rasa mengurangkan impak gegaran ketika kereta sedang bergerak.

    Absorber kereta yang telah rosak dan bocor
    Absorber kereta yang telah rosak dan bocor

    Absorber Proton Saga Rosak Dan Perlu Diganti

    Namun, apabila absorber utamanya rosak, maka sistem penyerap hentak kereta kita hanya bergantung semata mata kepada spring yang menjadi backup. Bayangkan pula kalau spring tersebut rosak atau patah? Alamatnya anda akan terus merasakan gegaran yang kuat ketika memandu dan ini membahayakan nyawa anda dan juga penumpang. Tidak ada siapa pun yang akan berasa selesa di dalam kereta yang sistem penyerap hentakkannya telah rosak.

    absorber proton saga yang telah leaking dengan minyak
    absorber proton saga yang telah leaking dengan minyak
    absorber proton saga yang baru
    absorber proton saga yang baru

    Tidak mahu mengambil risiko membiarkan masalah absorber rosak terlalu lama. Saya terus ke bengkel kereta dan meminta mekanik menukar absorber kereta proton saga yang telah rosak kepada absorber proton saga yang baharu. Absorber yang saya maksudkan ini adalah absorber untuk tayar belakang ya. Dan perlu tukar dua dua sekali iaitu sebelah kanan dan juga kiri. Harga bagi menggantikan dua dua belah absorber proton saga yang baru adalah RM310 sahaja.

    Resit bayaran menukar absorber penyerap hentak kereta untuk Proton Saga
    Resit bayaran menukar absorber penyerap hentak kereta untuk Proton Saga

    Maaf, saya tidak sempat untuk mengambil gambar keadaan absorber proton saga yang masih baru. Gambar di atas ini adalah gambar sebenar rupa bentuk kotak untuk penyerap hentak iaitu shock absorber yang digunakan untuk Proton Saga saya. Dari apa yang saya perasan, harga jualan di internet lebih murah berbanding harga yang dikenakan di bengkel kereta. Cuma kelebihan bengkel adalah, mereka tolong pasangkan untuk anda.

    Harga absorber belakang kereta Proton Saga
    Harga absorber belakang kereta Proton Saga

    Brake Pump Proton Saga Online

    • [ Shopee ] – cari dan beli rear brake pump kereta Proton Saga di sini

    Saya telah lihat proses untuk membuka, menukar dan menggantikan absorber proton saga yang telah bocor iaitu leaking kepada yang baru. Ianya mudah sahaja. Kalau rumah anda ada kawasan parking berbumbung, memang anda boleh lakukannya sendiri untuk menjimatkan kos. Untuk pengetahuan anda, absorber kereta yang rosak juga boleh menyebabkan tayar kereta anda rosak dan mengeluarkan berbunyi. Yang mana akan menyebabkan anda untuk menukar tayar baharu pula. Jadi lebih baik pastikan absorber penyerap hentakan kereta anda dalam berkeaan baik untuk penjagaan yang tahan lama. Bye

    Absorber Kereta Proton Saga Absorber Proton Saga Absorber Proton Saga Rosak Beli Absorber Proton Saga Ganti Absorber Proton Saga Harga Absorber Proton Saga Tukar Absorber Proton Saga
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Nombor member ID ejen dealer upline Eastel

    Cara Daftar Simkad Eastel

    07/03/2026
    Pilih renew insurans kenderaan patuh syariah dari Takaful Malaysia di BJAK

    Cara Perbaharui Cukai Jalan Dan Insurans Kereta Guna BJAK

    22/01/2026

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.