Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Tukar Brake Pump Kereta Proton Saga
    Info

    Tukar Brake Pump Kereta Proton Saga

    adminBy admin18/08/2024No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Dah ada 3 minggu juga kereta Proton Saga saya berbunyi di tayar. Perkara pertama yang saya terfikir adalah berkenaan bearing tayar yang mungkin sudah rosak. Selepas ke bengkel kereta, rupa rupanya yang rosak adalah “brake pump”. Bagi orang yang bukan berpengalaman dalam dunia automotif dan kenderaan, terasa jugalah tidak faham akan apa yang pomen tersebut cakapkan. Saya meminta beliau tunjukkan apa itu dan di mana brek pam tersebut dan meminta beliau terangkan apa masalahnya yang mengatakan ianya rosak.

    Nasib baik pomen (mekanik) tersebut baik hati. Beliau tunjukkan lah bentuk brake pump tersebut dan kenapa ianya rosak dan perlu ditukar. Selepas beliau menunjukkan sedikit demo, maka fahamlah saya yang barang tersebut memang rosak dan perlu diganti yang baharu. Saya terus bersetuju sahaja kerana ianya melibatkan sistem brek kenderaan untuk memberhentikan kereta. Jadi ianya memang satu komponen yang penting.

    Brake pump untuk kereta Proton Saga
    Brake pump untuk kereta Proton Saga

    Ganti Brake Pump Rosak Proton Saga Kepada Yang Baru

    Sebenarnya apakah itu brake pump? Saya terangkan dari pemahaman saya ok. Saya terangkan berdasarkan pengalaman saya melihat sendiri demo bagaimana ianya berfungsi. Dalam sistem brek kereta di belakang, ianya mempunyai brek pad pada kiri dan kanan. Brek pad yang menyentuh kiri dan kanan di dalam tayarlah yang akan memberhentikan kereta. Tetapi siapa yang menolak brek pad ini? Sistem yang menolak brek pad inilah yang dinamakan sebagai brake pump. Jelas? Kalau hendak jelas, sila lihat gambar di atas ini.

    Brek pam untuk Proton Saga
    Brek pam untuk Proton Saga

    Harga untuk menukar dan menggantikan brake pump ini termasuk kos pemasangan adalah RM85. Kebiasaanya, para pemilik kereta di nasihatkan untuk menukar brake pump kedua dua belah tayar sekaligus untuk memudahkan urusan pemantauan. Kalau tukar dua dua, maka kos keseluruhan adalah RM85 x 2 = RM170. Alat tersebut nampak kecil sahaja tetapi ianya adalah komponen yang penting. Selepas melihat sendiri cara pemasangan, rupanya ianya mudah sahaja untuk dilakukan sendiri. Malah anda boleh jimat banyak kos sekiranya anda lakukannya sendiri dari rumah.

    Harga brake pump untuk Proton Saga
    Harga brake pump untuk Proton Saga

    Brake Pump Proton Saga Online

    • [ Shopee ] – cari dan beli rear brake pump kereta Proton Saga di sini

    Anda boleh dapatkan dan beli brake pump ini di kedai sparepart. Kalau anda tidak urgent, anda juga boleh membeli alat brake pump Proton Saga ini secara online. Rasanya alat brake pump untuk Proton Saga BLM saya ini mungkin sama sahaja dengan Proton Saga FLX dan juga Proton Saga yang baharu. Jadi kos untuk gantian pasti sama atau lebih kurang sama. Macam yang saya katakan tadi, proses menukar brake pump tayar ini sangat mudah. Kalau anda boleh lakukan sendiri dari rumah, maka ada banyak penjimatan yang anda boleh lakukan. Kalau tidak, bawa sahaja ke kedai bengkel kereta dan bayar harga biasa.

    Anda boleh lihat gambar di atas. Keadaan brake pump yang sudah lama dan rosak dengan brake pump yang masih baharu. Dan salah satu lagi komponen yang penting dalam sistem brek kereta adalah brake pad. Pastikan ianya tidak haus dan masih mempunyai pad yang boleh membrek kenderaan anda dengan baik. Sedikit peringatan pomen kepada kita. Fungsi brake pump sangat penting. Jika ianya rosak dan menyebabkan terkunci kerana karat, boleh jadi tayar kita terbrek terkunci sendiri. Kalau ianya berlaku kepada salah satu tayar, kereta kita akan terpusing dan ianya merbahaya kepada kita yang membawa kereta dengan laju atau membrek secara emergency. Jelas ya. Bye.

    Beli Brake Pump Saga Brake Pump Brake Pump Kenderaan Brake Pump Kereta Brake Pump Proton Saga Brake Pump Saga Brake Pump Saga Rosak Brake Pump Saga VVT Harga Brake Pump
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.