Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Produk Kereta

    Pasang Antena Radio Yang Baru Untuk Proton Saga

    adminBy admin28/08/2024No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Saya sudah perasan yang radio kereta Proton Saga saya sepertinya kurang berkemampuan untuk menangkap siaran signal radio. Namun saya abaikan sahaja akan masalah tersebut kerana saya memang kurang gemar membuka radio pun. Hanya sekali sekala ataupun dibuka oleh isteri ketika kami keluar bersama sama. Dan ketika saya pergi ke kedai untuk memasang tinted kereta, saya telah ditegur oleh pekerja di sana untuk menggantikan antena radio yang sudah rosak. Bila mereka katakan yang antenna radio kereta saya rosak, barulah saya sedar akan masalah saya sukar mencari siaran radio ketika memandu. Itulah puncanya.

    Semalam saya ke kedai aksesori kereta dan meminta mereka menukar dan menggantikan antena radio kereta yang baharu. Rupanya mudah sahaja cara memangnya. Antenna kereta seperti skrew sahaja. Anda pusing lawan jam untuk membukanya. Ambil antena yang baharu dan pasangkannya kembali dengan mengikut arah jam. Itu sahaja. Selepas pemasangan, saya terus mencuba kembali setting radio kereta dan mencari signal siaran radio. Saya berjaya mencari dan mendengar pelbagai channel siaran radio kereta dengan jayanya.

    Antena radio lama untuk Proton Saga
    Antena radio lama untuk Proton Saga
    Antena radio baru untuk kereta Proton Saga
    Antena radio baru untuk kereta Proton Saga

    Tukar Dan Ganti Antena Radio Kereta Proton Saga

    Kebanyakkan kereta kereta baru di pasaran menggunakan antena radio jenis “shark fin” yang lebih cantik dan pendek. Oleh kerana kereta Proton Saga saya jenis model lama iaitu Saga BLM, maka kereta saya masih lagi menggunakan antenna radio kereta jenis lama iaitu jenis panjang. Tetapi tidaklah panjang mana. Kos gantian mendapatkan antena baru untuk Proton Saga adalah semurah RM22 sahaja.

    Di dalam kereta, saya lebih suka senyap ataupun mendengar apa apa bahan audio seperti ceramah, diskusi, perbincangan atau debat di YouTube menggunakan smartphone yang akan saya kuatkan pembesar suaranya (speaker). Saya suka mendengar sesuatu yang membuatkan saya berfikir. Otak akan berasa cergas dan kurang mengantuk. Kalau mendengar lagu sepanjang jalan akan membuatkan saya mudah mengantuk. Itu untuk sayalah. Kalau anda jenis menjadi aktif kalau mendengar lagu, maka radio kereta adalah untuk anda.

    Proses pemasangan antena radio kereta sangat sekejap. Seminit pun tidak sampai. Malah anda boleh tukar dan pasang sendiri di rumah. Beli, bawa balik rumah dan pasang. Kalau tidak percaya, sila lihat video di atas ini. Semudah itu sahaja untuk cabut dan pasang antenna radio untuk kereta anda

    Kalau anda malas hendak ke bengkel atau kedai aksesori kenderaan, dapatkan sahaja antena radio kereta untuk Proton Saga anda secara online melalui link di bawah ini. 

    Harga antena kereta Proton Saga
    Harga antena kereta Proton Saga

    Antena Radio Untuk Kereta Proton

    • [ Shopee ] – cari dan beli antena radio untuk kenderaan di sini

    Di atas ini harga sebenar antena radio untuk kereta Proton Saga. Kepada anda yang suka mendengar musik dan sembang konti melalui radio, maka memang kena pastikan yang antena radio kenderaan anda berada di dalam kondisi yang baik untuk menerima capaian gelombang radio yang terbaik. Saya harap perkongsian artikel ini memberi sesuatu kepada anda. BYE!!!.

    Antena Radio Antena Radio Kereta Antena Radio Proton Saga Antena Radio Saga Beli Antena Radio Proton Saga Beli Antena Radio Saga Harga Antena Radio Proton Harga Antena Radio Saga
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Getah cermin tingkap naik turun tercabut tertanggal

    Tukar Getah Tingkap Cermin Kereta

    09/07/2025
    Harga Perodua Myvi power window switch button

    Beli Alat Ganti Kereta Mudah Secara Online

    15/06/2025
    Engine mounting kereta Proton Ertiga untuk kurangkan gegaran

    Tukar Engine Mounting Untuk Kurangkan Enjin Bergegar

    22/05/2025
    Halaman pembelian dan borang isi maklumat pembelian guna sistem OnPay

    Cara Buat Bisnes Online Jual Produk Kereta Dengan Onpay

    06/05/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.