Saya memang tidak pernah dengar tentang syarikat yang bernama TRANGLO ini. Cumanya saya mula kenal dan tahu mengenai syarikat ini selepas mendapat tahu bahawa syarikat blockchain RIPPLE telah membeli pegangan syarikat ini sebanyak 40%. Dan selepas saya membuat semakan, saya semakin terkejut bahawa syarikat Tranglo ini adalah syarikat dari Malaysia. Dan kenapa saya sangat sangat sukakan tentang berita ini? Jom saya kongsikan dengan ada melalui info di bawah ini.
Saya memang berminat membuat pelaburan dalam krypto. Dan salah satu krypto utama yang saya beli adalah XRP. Tidak ada sebab lain kenapa saya pilih membeli token XRP melainkan kerana ianya ada “utility” iaitu ada guna untuk jangka masa panjang. Ianya bukan crypto dari kategori shit coin atau meme coin. Ianya crypto yang memang ada tujuan kenapa ianya dicipta. Bila ada use case, maka sudah tentulah crypto XRP ada masa depan berbanding token crypto yang lain. Ini pandangan sayalah lah dalam analisis fundamental.
Tranglo & Ripple
Jadi apa kaitan dengan Ripple? Syarikat Ripple adalah syarikat berasaskan blockchain. Syarikat ini memperkenalkan teknologi Cross-Border Payment. Maksud cross border payment boleh di samakan dengan cross border real time transfer iaitu pembayaran atau penghantaran wang/duit antara negara benua secara masa nyata. Lebih mudah faham adalah ianya adalah proses transaksi kewangan yang boleh dilakukan secara pantas berbanding teknologi sekarang.
Syarikat Tranglo adalah syarikat kiriman wang (money transfer) dan kredit mobile secara rentas negara (luar negara). Kiranya menjalankan operasi remittance. Jadi apa kaitan Tranglo dengan Ripple? Saya sudah tuliskan di atas tadi yang Ripple telah membeli sebanyak 40% pegangan syarikat Tranglo. Atas sebab inilah operasi penghantaran wang yang dijalankan oleh Tranglo telah menjadi menggunakan teknologi dari Ripple itu sendiri iaitu cross-border transfer, cross-border payment dan juga cross-border remittance. Teknologi dari Ripple ini boleh disebut sebagai Ripple On-Demand Liquidity (ODL).
CIMB & Ripple
Bank CIMB pun ada menjalinkan kerjasama dengan Ripple untuk menawarkan kiriman wang rentas sempadan antara negara dengan memperkenalkan nama SPEEDSEND. Fungsinya tetap sama seperti Tranglo. Teknologi transfer duit ke luar negara guna CIMB dengan pantas dan kos fee yang minima.
Touch ‘n Go & Tranglo
Syarikat Touch ‘n Go juga menjalankan kerjasama dengan Tranglo untuk menawarkan perkhidmatan “remittance services” iaitu penghantaran kiriman wang ke luar negara. TNG digital adalah salah satu mobile eWallet Malaysia yang popular di Malaysia. Zaman moden kini sudah ada sangat banyak eWallet untuk memudahkan proses penghantaran wang dan pembayaran secara cashless.
Mungkin masih ada yang tidak faham tentang perkara ini. Mari saya ringkaskan. Teknologi transfer duit dari dulu menggunakan teknologi yang lama. Kalau dulu bila kita transfer duit antara bank ke bank akan ambil masa 1 hari bekerja betul? Cumanya beberapa tahun terkini anda mula perasan yang anda sudah boleh hantar iaitu transfer duit secara pantas dalam beberapa saat sudah sampai kepada penerima betul? Ketika anda mahu transfer duit, anda akan pilih instant payment atau DuitNow betul tidak? Itulah dia teknologi kewangan yang baru. Ianya pantas dengan kos fee yang murah.
Itu kita cerita pasal transfer duit dalam negara. Kalau anda biasa transfer duit ke luar negara, proses tersebut akan mengambil masa lebih lama iaitu berhari hari baru penerima akan terima duit tersebut. Di sinilah peranan teknologi transfer duit yang baru. Sebab itulah kita sebut ianya sebagai cross-border transfer, cross-border payment dan juga cross-border remittance. Dan teknologi ini ada pada syarikat RIPPLE!!!.
Dari atas tadi saya cerita pasal Tranglo kerjasama dengan Ripple. Ripple kerjasama dengan bank Malaysia termasuk CIMB. Kemudian saya cerita pasal Touch n Go eWallet. Kemudian saya cerita pasal DuitNow. Dan saya cerita pasal cross border payment. Saya cerita pasal teknologi transfer duit yang laju secara masa nyata (real time payment). Anda nampak apa yang saya mahu sampaikan? Ke semua teknologi ini datangnya dari syarikat yang bernama RIPPLE!!!.
Digital Asset Exchange (DAX) Malaysia
- [ LUNO ] – sila klik website ini, daftar dan login.
- Sila deposit duit di akaun Luno anda menggunakan online banking Malaysia
- Boleh mulakan trade beli dan jual XRP, Bitcoin dan lain lain crypto aset digital secara sah di Malaysia
- DONE!!!
Jadi apa peluang bagi kita sebagai orang biasa untuk mendapatkan manfaat dari syarikat syarikat di atas ini. Tidak ada cara melainkan anda kena membeli saham syarikat di atas ini. Dan syarikat Ripple juga ada menawarkan aset digital crypto dengan nama XRP. Jadi anda juga boleh membeli XRP melalui website LUNO di atas ini. Namun pelaburan membeli XRP adalah dengan ilmu ya. Sama seperti membeli saham. Kena ada ilmu pelaburan. Jika anda tahu cara membeli saham, rasanya anda juga akan tahu cara untuk menjana keuntungan dari melabur di dalam aset crypto seperti XRP. Ini bukan nasihat pelaburan ya. Harap anda dapat sesuatu tentang Tranglo Malaysia ya. BYE!!!.