Author: admin

Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

Langgan pakej perubatan WE KONGSI untuk anak dan isteri

Semalam saya sempat bertanya kepada rakan sekerja yang baru sahaja keluar dari hospital akibat kemalangan jalan raya menggunakan motosikal. Patah tulang kaki agak teruk. Terpaksa buat pembedahan dan dimasukkan beli di dalam betis peha kaki. Tidak bekerja selama setahun. Nasib baik ada insurans kesihatan dari isteri beliau yang seorang pekerja Petronas. Bolehlah dapat bilik first class dan coverage tinggi di atas RM100K. Kalau ikutkan medical coverage tempat kerja beliau cuma RM40K sahaja maksimum. Saya ada pakcik, meninggal dunia ketika menaiki motosikal akibat termasuk ke dalam parit. Saya ada saudara yang pernah accident motosikal ketika mahu ke tempat kerja di Singapore…

Read More
Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

Sejak saya menjadi seorang blogger yang memfokuskan tentang kenderaan terutamanya kereta di Malaysia. Saya mendapat banyak pertanyaan tentang sesetengah penawaran jual beli kereta samada ianya benar, tipu atau scam. Malah ada di antara mereka yang telah hangus duit deposit sehingga ribuan ringgit hanya kerana terpedaya dengan iklan jualan kereta dengan harga murah. Konon jadi orang terawal dapat booking kereta tersebut. Rupa rupanya kena tipu dengan scammer. Ermm. Saya berpengalaman bercakap sendiri dengan scammer. Scammer yang saya maksudkan adalah “Scam LHDN”. Bersungguh cakap saya ada tunggakkan cukai sekian dan sekian. Kalau tak bayar akan dikenakan tindakkan mahkamah. Cakap saya ada company…

Read More
Runner puspakom datang ke rumah

Saya bukan seorang runner puspakom dan tukar nama JPJ. Saya adalah seorang yang ditugaskan untuk buat marketing bagi pihak runner. Saya telah bekerjasama dengan runner bagi mudahkan anda untuk mencari dan meminta bantuan runner bagi masalah anda yang berkaitan dengan kenderaan. Seperti bantuan tolong hantar kereta anda untuk buat pemeriksaan puspakom dan juga bantuan tolong untuk proses tukar nama hak milik di JPJ. Sebab itulah anda terjumpa dan terbaca artikel di blog ini berkenaan contact nombor telefon runner! Cumanya sepanjang saya bekerjasama dengan runner dan membuat marketing servis perkhidmatan ini secara online. Saya belum pernah mendapat pertanyaan berkenaan buat puspakom…

Read More
Kedai alat ganti kenderaan Bateriku

Sebenarnya saya sudah nampak akan tanda tanda yang bateri kereta Proton Preve saya ada masalah. Masalah yang macam mana? Tiba tiba enjin sukar dihidupkan selepas berhentikan kereta. Kemudian ok balik. Dan baru baru ini saya sempat untuk servis kereta untuk balik kampung, mekanik ada beritahu yang condition bateri sudah kurang baik. Masih boleh pakai tetapi jika ada bajet, sila tukar segera. Itulah yang beliau katakan kepada saya 2 minggu yang lalu. Dan hari ini saya kena lagi. Isi minyak kereta di Petronas. Kemudian ketika mahu start enjin semula, terus tidak dapat hidupkan semula. Berkali kali cuba dan gagal. Saya tolak…

Read More
Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

Semalam saya mendapat panggilan telefon dari pemilik kedai used car yang saya wakili untuk mempromosi dan menawarkan servis submit loan guna invois kedai used car. Beliau mendapat banyak pertanyaan customer yang saya bawa kepada beliau. Namun dalam banyak keadaan, kebanyakkan pemilik kereta (car owner) tidak bersetuju untuk meneruskan transaksi berkenaan kerana takut dan kurang percaya disebabkan duit hasil jual kereta tersebut masuk ke akaun bank kedai used car terlebih dahulu. Beliau meminta saya untuk bantu “filter” dan jelaskan masalah ini terlebih dahulu kepada customer yang akan datang berikutnya nanti.  Baik. Saya mulakan cerita begini. Ketika pemilik kereta mahu jual kepada…

Read More
Sijil berjaya lulus pemeriksaan B2 puspakom tukar enjin

Saya dihubungi oleh Ali (bukan nama sebenar) yang berminat untuk menggunakan servis perkhidmatan runner puspakom tukar nama kami. Beliau adalah dari Selangor dan kebetulan runner kami juga beroperasi di KL dan juga Selangor. Setelah beliau beritahu nama dan lokasi, terus saya kongsikan kepada beliau nombor telefon runner tersebut. Dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Sebenarnya beliau mahu jual kereta apa? Saya sendiri tidak tahu kereta yang mahu beliau jual pada awalnya. Berkenaan “runner”, saya BUKAN seorang runner yang menjalankan servis buat puspakom atau tukar hak milik di JPJ. Tugas saya adalah buat marketing online bagi pihak runner ini.…

Read More
Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

Sebelum anda membeli sebuah kereta terpakai tidak kiralah samada beli dari kedai used car atau terus beli secara direct owner, sila pastikan yang anda semak status kereta terpakai tersebut terlebih dahulu. Tidak perlu tanya status semasa kenderaan tersebut kepada kedai yang menjual kereta second hand tersebut. Mereka hendak menjual kereta. Sudah pastilah mereka akan cakap kereta yang mereka jual adalah dalam keadaan tip top terbaik. Dan jangan tanya kondisi keadaan kereta dari pemilik iaitu owner kereta tersebut. Beliau mahu kereta tersebut dapat dijual dengan segera. Sudah pastilah beliau akan cakap kereta tidak pernah rosak, accident dan sebagainya. Yang boleh anda…

Read More
Gambar depan kereta Proton X50 2025

Sebenarnya ketika saya menuliskan artikel tentang Proton X50 Facelift 2024, saya sedar ketika itu di China telah 2 tahun memasarkan kereta Proton X50 untuk versi terkini. Jujur cakap saya berasa pelik. Kenapa Proton masih mahu buat kemaskini “minor” terhadap model kereta Proton X50 ketika itu sedangkan model facelift terbaru Proton X50 sedang dijual di China sudah 2 tahun lamanya. Di China, model Proton X50 di kenali sebagai Geely Binyue kemudian menjadi Geely Coolray dan kini menjadi Geely Binyue L. Proton X50 Minor Facelift 2024 melakukan kemaskini penambahbaikan dalam bentuk kecil iaitu lebih kepada sistem multimedia IHU unit yang lebih responsive,…

Read More