Teruja betul saya apabila pihak KEMBARA ada mengeluarkan pek makanan yang saya sangat suka iaitu Lamb Kuzi With Hujan Panas Rice. Apa yang saya teruja. Ianya adalah berkenaan “Nasi Hujan Panas”. Sejak saya kecil sampai sekarang memang emak biasa buat masakan nasi hujan panas ini. Biasanya emak hanya memasak nasi jenis ini pada hari raya untuk dijamukan dan disedekahkan pada orang ramai. Mudah cerita nasi ini special bagi saya dan saya sangat suka dengan rasa nasi ini. Dalam budaya orang melayu, nasi hujan panas disediakan sekali dengan acar, daging masak kari dan juga ayam masak merah. Ini adalah signature hidangan…
Author: admin
Sebenarnya pertama kali mendengarkan tentang Pilaf Rice ini. Bila membuat semakan di internet, rupanya nasi pilaf ini terkenal khasnya di kawasan negara timur tengah (middle east). Walaupun sebutan panggilan nama masakan nasi ini terdengar sedikit janggal akan tetapi menu masakan negara arab khasnya tidak janggal bagi rakyat Malaysia. Atas sebab itu saya terpanggil untuk mencuba rasa pek menu makanan siap masak yang bernama “Beef Rendang With Pilaf Rice” keluaran KEMBARA ini. Jom baca lebih lanjut lagi. Untuk sebutan Pilaf Rice ini kita sebut sebagai Nasi Pilaf di dalam bahasa melayu. Dan untuk Beef Rendang ini bahasa mudah fahamnya adalah rendang…
Minggu lepas saya ada menuliskan panjang lebar berkenaan makanan jenis siap masak sesuai untuk anda yang mempunyai hobi seperti hiking, memancing atau camping. Dan makanan tersebut adalah Nasi Lemak With Chicken Rendang. Dan disebabkan pengalaman yang baik ketika merasa makanan tersebut, saya saya membeli pula menu makanan yang lain dari KEMBARA iaitu Chicken Masak Merah With Tomato Rice. Ianya adalah menu masakan nasi tomato dan juga ayam masak merah. Saya teringin hendak merasa samada ianya sedap atau tidak. Jom baca. Jujur cakap, sebenarnya saya adalah anak dari bapa seorang tentera. Sebagai anak askar yang membesar dalam dunia tentera, jadi adalah…
Beberapa hari lepas saya sempat menonton video YouTube mengenai aktiviti camping di hutan oleh seorang YouTuber dari Malaysia ini. Dan apa yang menarik perhatian saya adalah mengenai makanan yang beliau makan. Makanan tersebut adalah dari jenis siap (ready made). Hanya tambah air biasa sahaja, makanan akan terus dipanaskan dan selepas itu sudah boleh makan. Menarik!!! Dan makanan tersebut adalah makanan kegemaran orang Malaysia terutamanya orang melayu iaitu nasi lemak. Dan nasi lemak ini dipakej kan sebagai “Nasi Lemak With Chicken Rendang”. Menarik bukan! Macam mana hanya tambah air biasa, makanan dipanaskan dan siap untuk dimakan? Apa cerita sebenarnya? Sebenarnya di…
Sebenarnya saya sudah booking Hotel Lexis Suites Penang semenjak sebelum Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) lagi. Namun atas sebab pandemik wabak Covid-19, maka perkhidmatan perhotelan terpaksa di tutup 100%. Dan ini menyebabkan mana mana yang sudah menempah pada tarikh ketika PKP dikuatkuasakan terpaksa membatalkan hasrat mereka ketika itu. Saya punya tempahan bilik hotel betul betul pada tarikh 1 minggu selepas PKP dilaksanakan. Memang tidak tahu hendak buat apa ketika itu. Bingung. Duit akan dipulangkan kembali (refund) atau hangus (burn) begitu sahaja. Itu adalah apa yang saya terfikir ketika itu. Redha. Rasanya semua orang pasti seperti saya. Tetapi nasib baik saya telah…
Masalah telefon handphone hilang ini biasanya kerana dua perkara sahaja. Yang pertama samada anda terlupa letak di mana dan yang kedua kerana ada orang yang mencuri smartphone anda. Dalam rumah pun boleh hilang. Anda cari di mana mana pun pasti tidak jumpa. Dan amalan yang biasa kalau anda hendak kesan di mana letaknya handphone anda adalah dengan membuat panggilan telefon ke handphone anda. Kalau ada bunyi atau gegar (vibrate), maka mudahlah anda jumpa. Kalau tidak jumpa pasti lega. Kalau tidak jumpa, pasti anda berasa serabut tentangnya Saya pun begitu juga. Bila puas cari phone di dalam rumah tidak jumpa jumpa.…
Bila orang luar yang bukan dari negeri Terengganu bercakap tentang tempat yang menarik di Terengganu pasti mereka akan teringatkan penyu, pantai, pulau perhentian, keropok lekor dan juga masjid kristal. Saya tidak tahu bagaimana dengan orang lain. Itu adalah apa yang saya sendiri terfikir tentang apa yang ada dan popular di Terengganu. Dan pada hari raya aidilfitri lepas saya dan isteri beraya di kampung halaman isteri di Besut Terengganu. Dan sebelum sampai ke rumah ibu bapa mertua, kami singgah sekejap ke Masjid Kristal Kuala Terengganu di Terengganu. Saja jalan jalan makan angin. Memang sudah lama teringin hendak ke sana. Cuma tiada masa.…
Beberapa hari lepas saya telah mendapat berita dari rakan yang beliau telah mengalami kemalangan (accident). Dan perkara tersebut berlaku ketika beliau hendak ke tempat kerja pagi pagi dengan menaiki motosikal. Nasib malang menimpa apabila ada sebuah kereta yang tiba tiba membelok ke kanan jalan tanpa memberi apa apa signal dalam keadaan terburu buru. Akibatnya, beliau terpaksa dibawa oleh van kecemasan hospital ke Hospital KPJ Bandar Perda Bukit Mertajam Pulau Pinang untuk menerima rawatan. Beliau ada bertanya kepada saya, apakah beliau yang salah atau kereta tersebut yang bersalah. Saya sendiri pun tidak mampu menjawabnya. Ermm. Rakan saya tidak berapa pasti berapakah lama…







