Teruja betul saya apabila pihak KEMBARA ada mengeluarkan pek makanan yang saya sangat suka iaitu Lamb Kuzi With Hujan Panas Rice. Apa yang saya teruja. Ianya adalah berkenaan “Nasi Hujan Panas”. Sejak saya kecil sampai sekarang memang emak biasa buat masakan nasi hujan panas ini. Biasanya emak hanya memasak nasi jenis ini pada hari raya untuk dijamukan dan disedekahkan pada orang ramai. Mudah cerita nasi ini special bagi saya dan saya sangat suka dengan rasa nasi ini.
Dalam budaya orang melayu, nasi hujan panas disediakan sekali dengan acar, daging masak kari dan juga ayam masak merah. Ini adalah signature hidangan yang biasa dibuat dan disediakan oleh orang melayu. Akan tetapi pihak kembara membuat pek makanan nasi hujan panas ini dengan LAMB KUZI. Saya tidak pasti dengan hidangan ini. Cuma dari maklumat yang pihak KEMBARA sediakan adalah, Lamb Kuzi ini adalah hidangan daging kambing Australia tanpa tulang yang dimasak dengan api perlahan dengan salutan rempah yang kaya dengan rasa.

Pek Makanan Lamb Kuzi With Hujan Panas Rice Dari KEMBARA
Di sebabkan nasi hujan panas memang sedap dimakan dengan kari daging, maka hidangan “Hujan Panas Rice” dengan “Lamb Kuzi” ini memang kenalah. Secara adatnya begitulah. Nasi hujan panas adalah nasi yang dimasak dengan corak warna warni. Dan corak warna ini masih dikekalkan di dalam pek nasi hujan panas KEMBARA ini. Bagi saya selagi pihak KEMBARA berjaya mengekalkan rupa bentuk asal dan mengekalkan rasa nasi itu, maka ianya boleh di anggap sebagai berjaya untuk satu menu makanan jenis siap dimasak dan siap untuk dimakan.
Biasanya harga bagi 1 pek makanan KEMBARA dijual dengan harga RM18.90. Akan tetapi pek makanan Lamb Kuzi With Hujan Panas Rice ini dijual dengan harga RM21.90. Memang lebih mahal dari pek makanan mereka yang lain. Akan tetapi kita boleh faham kerana daging kambing biasanya dijual lebih mahal berbanding daging lembu. Di bawah ini saya kongsikan 4 pek makanan dari KEMBARA yang ada dijual dipasaran sekarang untuk anda dapatkan.

4 Pek Jenis Menu Makanan Kembara
- Nasi Lemak With Chicken Rendang
- Beef Rendang with Pilaf Rice
- Lamb Kuzi with Hujan Panas Rice
- Chicken Masak Merah with Tomato Rice
Kalau di tempat anda ada agen yang menjual, anda beli sahaja dari mereka. Kalau tiada anda boleh beli secara online. Saya sendiri membeli keempat emapt pek makanan KEMBARA ini secara online. Mudah dan senang. Klik sahaja link di bawah ini untuk mencari dan membeli pek makanan dari KEMBARA ini.

Siapa KEMBARA ini? Kembara adalah sebuah syarikat yang menjadi jenama bagi pengeluaran pek makanan siap masak (ready cook) dan boleh dimakan terus (ready to eat). Bahasa mudah, anda hanya perlu panaskan pek makanan ini dan boleh terus dimakan. Tidak perlu dimasak ya. Cuma perlu dipanaskan sahaja. Dan bukannya perlu dipanaskan di dalam kuali. Hanya perlu panaskan pek ini di dalam air panas sahaja. Lepas dibiarkan panas di dalam air panas atau mendidih seketika, boleh buka pek, tuang dalam pinggan dan terus makan. Mudah bukan?

Beli Di Mana Pek Makanan KEMBARA?
- Shopee – saya cari di Shopee dan ada banyak seller jual di sini
- Kembara – ini adalah website rasmi official KEMBARA
Untuk rasa dari Hujan Panas Rice, rasanya sedang sedang sahaja dan saya berikan skor markah sebanyak 6.5/10. Dan untuk rasa Lamb Kuzi pula, rasa kuah daging adalah sedap. Yang kurang berkenaan adalah isi daging itu sendiri sangat sedikit. Banyak lemak berbanding isi daging. Mungkin pek yang saya dapat itu kebetulan banyak lemak daging berbanding isi. Saya berikan skor markah sebanyak 6.5/10. Skor markah ini adalah berdasarkan rasa pada lidah saya ya dan ianya subjektif. Mungkin orang lain, lain rasa bagi mereka.
Dan ketika saya menulis artikel ini, saya telahpun merasakan ke semua pek makanan keluaran KEMBARA. Dan secara peribadi tidak ada satupun pek KEMBARA yang tidak sedap menurut saya. Masing masing ada rasa sedap masing masing. Untuk komen jujur dari saya, saya mengharap ada lebih banyak pilihan menu makanan di masa akan datang dan harga yang lebih murah untuk lebih ramai orang mudah membeli. Zaman kini orang sudah ramai yang membeli makanan secara online. Kalau harga lebih kompetitif sudah pasti permintaan akan lebih tinggi. Apa apa pun jom tonton video saya memanaskan pek Lamb Kuzi With Hujan Panas Rice dari KEMBARA ini.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Apa kaitan website jual kereta dengan pek makanan seperti ini? Memang ada kaitan secara tidak langsung. Ramai dari kita yang suka travel dengan kenderaan. Apabila berjalan jauh, kadang kala hendak mendapatkan makanan adalah sukar. Mungkin kerana kekurangan kedai makan. Mungkin kerana anda berada di dalam luar kawasan seperti di hutan bukit bukau. Mungkin juga ada berada di kawasan yang sukar untuk mendapatkan makanan yang halal. Jadi dengan adanya pek makanan jenis ready to eat dari Kembara ini, maka ianya memudahkan urusan anda. Sedikit promosi, kepada yang ingin beli kereta secara online, sila hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!.