Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Aktiviti

    Beef Rendang With Pilaf Rice KEMBARA

    adminBy admin16/12/2020Updated:05/10/2024No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Sebenarnya pertama kali mendengarkan tentang Pilaf Rice ini. Bila membuat semakan di internet, rupanya nasi pilaf ini terkenal khasnya di kawasan negara timur tengah (middle east). Walaupun sebutan panggilan nama masakan nasi ini terdengar sedikit janggal akan tetapi menu masakan negara arab khasnya tidak janggal bagi rakyat Malaysia. Atas sebab itu saya terpanggil untuk mencuba rasa pek menu makanan siap masak yang bernama “Beef Rendang With Pilaf Rice” keluaran KEMBARA ini. Jom baca lebih lanjut lagi.

    Untuk sebutan Pilaf Rice ini kita sebut sebagai Nasi Pilaf di dalam bahasa melayu. Dan untuk Beef Rendang ini bahasa mudah fahamnya adalah rendang daging. Masakan rendang memang sinonim dengan rakyat Malaysia terutamanya orang melayu kerana masakan rendang memang terkenal di dalam kalangan orang melayu. Jadi sudah tentulah saya pasti akan suka dengan rasa rendang daging ini. Dan yang saya mahu cuba rasa adalah nasi pilaf itu sendiri. Adakah sedap atau tidak.

    Pek Makanan Beef Rendang With Pilaf Rice KEMBARA
    Pek Makanan Beef Rendang With Pilaf Rice KEMBARA

    Pek Makanan Beef Rendang With Pilaf Rice Dari KEMBARA

    Siapa KEMBARA ini? Kembara adalah sebuah syarikat yang menjadi jenama bagi pengeluaran pek makanan siap masak (ready cook) dan boleh dimakan terus (ready to eat). Bahasa mudah, anda hanya perlu panaskan pek makanan ini dan boleh terus dimakan. Tidak perlu dimasak ya. Cuma perlu dipanaskan sahaja. Dan bukannya perlu panas di dalam kuali. Hanya perlu panaskan pek ini di dalam air panas sahaja. Lepas dibiarkan panas di dalam air panas atau mendidih seketika, boleh buka pek, tuang dalam pinggan dan terus makan. Mudah bukan?

    Pek Nasi Pilaf Dan Pek Rendang Daging KEMBARA
    Pek Nasi Pilaf Dan Pek Rendang Daging KEMBARA

    Kenapa pek makanan seperti Beef Rendang With Pilaf Rice ini dicipta? Tujuan asal sebenarnya adalah untuk mencipta pek makanan mudah alih khas untuk anda yang jenis dan gemar melakukan aktiviti luar dan lasak. Seperti aktiviti berkhemah (camping), memancing (fishing), panjat gunung (hiking) dan lain lain yang dirasakan sukar untuk mengakses membeli makanan dengan mudah. Jadi dengan adanya pek makanan jenis siap dimakan dari KEMBARA ini sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan aktiviti anda. Jelas ya.

    Hidangan Beef Rendang With Pilaf Rice KEMBARA
    Hidangan Beef Rendang With Pilaf Rice KEMBARA

    4 Pek Jenis Menu Makanan Kembara

    1. Nasi Lemak With Chicken Rendang
    2. Beef Rendang with Pilaf Rice
    3. Lamb Kuzi with Hujan Panas Rice
    4. Chicken Masak Merah with Tomato Rice

    Harga bagi 1 pek Beef Rendang With Pilaf Rice ini berharga RM18.90 dan ianya untuk 1 orang makan. Pek makanan KEMBARA biasanya akan ada 2 versi. Versi pertama disertakan sekali dengan “food warmer” dan versi kedua tanpa food warmer. Pek kecil food warmer ini adalah alat untuk memanaskan air. Bila terkena apa apa air, air akan bertindak balas dengan pek food warmer ini dan mendidih menjadi panas. Dan air yang telah panas ini pula akan memanaskan pek makanan KEMBARA anda. Jelas ya. Kalau di rumah, saya beli yang tanpa food warmer lah. Hanya perlu tuang air panas sahaja. Mudah dan murah.

    Harga pek makanan ready to eat dari Kembara di Shopee
    Harga pek makanan ready to eat dari Kembara di Shopee

    Beli Di Mana Pek Makanan KEMBARA?

    • Shopee – saya cari di Shopee dan ada banyak seller jual di sini
    • Kembara – ini adalah website rasmi official KEMBARA

    Apa rasa masakan Beef Rendang With Pilaf Rice dari KEMBARA ini? Untuk Nasi Pilaf, rasanya agak unik sebab saya belum pernah rasa masakan nasi yang seperti ini. Akan tetapi saya suka dengan rasanya dan saya berikan skor markah sebanyak 7/10. Dan untuk rendang daging pula, saya tetap suka walaupun rasa sedikit berbeza dengan rendang yang pernah saya makan namun ianya masih terasa sedap dan skor markah sebanyak 7.5/10 juga saya berikan. Terbaik.

    Untuk lihat bagaimana rupa bentuk pek makanan Beef Rendang With Pilaf Rice dari KEMBARA ini dan bagaimana cara untuk memanaskan pek makanan tersebut dengan air panas/mendidih, tonton sahaja video di atas ini. Setakat artikel ini ditulis, pihak KEMBARA hanya membuat dan mengeluarkan 4 menu makanan di bawah mereka dan saya telahpun merasai ke semua pek makanan mereka. Dan setakat ini, ke semua pek makanan ready to eat mereka adalah terbaik dan memuaskan rasa di lidah saya. Komen saya, saya suka dengan produk mereka cuma saya lebih suka kalau harga lebih murah sedikit. Itu sahaja cadangan saya.

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.

    Apa kaitan website jual kereta dengan pek makanan seperti ini? Memang ada kaitan secara tidak langsung. Ramai dari kita yang suka travel dengan kenderaan. Apabila berjalan jauh, kadang kala hendak mendapatkan makanan adalah sukar. Mungkin kerana kekurangan kedai makan. Mungkin kerana anda berada di dalam luar kawasan seperti di hutan bukit bukau. Mungkin juga ada berada di kawasan yang sukar untuk mendapatkan makanan yang halal. Jadi dengan adanya pek makanan jenis ready to eat dari Kembara ini, maka ianya memudahkan urusan anda. Sedikit promosi, kepada yang ingin beli kereta secara online, sila hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!.

    Beef Rendang With Pilaf Rice Beef Rendang With Pilaf Rice KEMBARA Harga Beef Rendang With Pilaf Rice Nasi Pilaf KEMBARA Nasi Pilaf Rendang Daging KEMBARA Pek Makanan Beef Rendang With Pilaf Rice Rendang Daging KEMBARA
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Balik beraya di kampung naik kereta Proton Preve

    Balik Beraya Di Kampung Dan Tidur Hotel

    05/04/2025
    Pek Makanan Lamb Kuzi With Hujan Panas Rice KEMBARA

    Lamb Kuzi With Hujan Panas Rice KEMBARA

    06/01/2021
    Pek makanan Chicken Masak Merah With Tomato Rice Kembara

    Chicken Masak Merah With Tomato Rice KEMBARA

    25/11/2020
    Pek makanan Nasi Lemak With Chicken Rendang Kembara

    Nasi Lemak With Chicken Rendang KEMBARA

    09/11/2020
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.