Beberapa hari lepas saya sempat menonton video YouTube mengenai aktiviti camping di hutan oleh seorang YouTuber dari Malaysia ini. Dan apa yang menarik perhatian saya adalah mengenai makanan yang beliau makan. Makanan tersebut adalah dari jenis siap (ready made). Hanya tambah air biasa sahaja, makanan akan terus dipanaskan dan selepas itu sudah boleh makan. Menarik!!! Dan makanan tersebut adalah makanan kegemaran orang Malaysia terutamanya orang melayu iaitu nasi lemak. Dan nasi lemak ini dipakej kan sebagai “Nasi Lemak With Chicken Rendang”. Menarik bukan!
Macam mana hanya tambah air biasa, makanan dipanaskan dan siap untuk dimakan? Apa cerita sebenarnya? Sebenarnya di dalam pek Nasi Lemak With Chicken Rendang ini di datangkan dengan 3 pek makanan utama iaitu NASI LEMAK, RENDANG AYAM dan juga KACANG/IKAN BILIS. Ketiga tiga makanan ini sebenarnya sudah siap dimasak dan dipekkan di dalam pek aluminium. Jadi makanan akan tahan lama seperti makanan di dalam tin. Cumanya ianya di bungkuskan di dalam pek. Lihat gambar di bawah ini untuk lebih faham ya.

Pek Makanan Nasi Lemak With Chicken Rendang Dari KEMBARA
Kaedah pembungkusan pek makanan seperti ini sudah biasa dilakukan untuk makanan untuk para tentera. Tanyalah kepada keluarga anda yang ada bekerja sebagai askar/tentera, mereka pasti pernah makan makanan di dalam pek aluminium. Begitulah makanan dibungkus. Anda hanya perlu panaskan sahaja pek makanan tersebut dengan rendam pek tersebut dalam air panas sahaja. Hendak panaskan dengan cara memasak kembali pun boleh. Cumanya hendak beritahu yang makanan tersebut sudah siap dimasak. Jadi cukup dengan hanya panaskan sahaja dan boleh terus dimakan.
TETAPI, untuk produk yang tujuannya untuk kegunaan orang awam seperti aktiviti camping misalnya, ianya dibuat untuk lebih menarik dan mudah digunakan. Sebab itulah terhasilnya pek makanan nasi lemak rendang ini. Produk Nasi Lemak With Chicken Rendang ini adalah keluaran KEMBARA. Pihak KEMBARA ada mengeluarkan 4 jenis produk makanan sedia untuk dimakan (ready to eat) ini iaitu.

4 Pek Jenis Menu Makanan Kembara
- Nasi Lemak With Chicken Rendang
- Beef Rendang with Pilaf Rice
- Lamb Kuzi with Hujan Panas Rice
- Chicken Masak Merah with Tomato Rice
Ke semua produk pek makanan ini dijual dengan harga RM18.90 kecuali Lamb Kuzi with Hujan Panas Rice yang dijual dengan harga RM21.90 untuk 1 pek. Dan setiap pek hidangan adalah untuk 1 orang makan sahaja. Mahal? Ya memang mahal. Bagi saya ianya hanya sesuai untuk orang yang mahukan makanan siap dimasak untuk dimakan dengan mudah ketika melakukan aktiviti seperti camping, backpacking, roadtrip, hiking, fishing atau yang ada apa apa urusan berkaitan emergency.

Pek makanan ini sama sahaja cara penyediaan untuk dimakan seperti pek makanan tentera. Hanya rendamkan sahaja pek ini di dalam air panas beberapa minit, buka pek dan makan seperti biasa. Cumanya pek KEMBARA ini di datangkan sekali dengan fungsi “self-heating meal” iaitu fungsi memanas. Macam mana? Di dalam pek makanan KEMBARA ini, selain dari pek makanan seperti yang saya sebutkan di atas tadi, ianya di datangkan sekali dengan sudu dan pinggan plastik TERMASUK pek “Food Warmer”. Pek food warmer inilah yang penting di sini.
Bungkusan kecil food warmer ini berwarna putih. Di dalamnya terdapat serbuk. Dan serbuk ini ketika terkena air, ianya akan bertindak balas dan akan terus menggelegak dan memanaskan air. Air yang panas ini akan memanaskan pek makanan tersebut. Jelas? Saya ulang sekali lagi. Di dalam pek makanan KEMBARA ini ada pek makanan dan juga pek food warmer. Anda hanya masukkan 200ml air ke dalam pek KEMBARA ini dan terus tutup. Pek food warmer akan bertindak balas dengan air dan air akan dipanaskan. Biarkan selama 7-10 minit dan buka pek KEMBARA, ambil pek makanan dan buka untuk dimakan. Siap!

Bagaimana pek food warmer ini boleh memanaskan air? Saya tidak dapat menjelaskan benda ini. Tetapi untuk mudah faham ianya hampir sama seperti tindak balas “cabalt” di dalam penggunaan meriam buluh yang biasa orang melayu kampung main ketika malam hari raya. Apa yang mereka buat? Masukkan “cabalt” di dalam meriam buluh buatan, selepas itu mereka isikan air. Apa yang terjadi? Ketika air terkena cabalt, air akan terus mendidih dan menjadi panas. Ketika api di dekatkan kepada cabalt+air, letupan berlaku. Fungsinya lebih kurang sama. Saya tidak pasti samada ianya adalah cabalt juga atau tidak untuk pek food warmer KEMBARA ini.

Beli Di Mana Pek Makanan KEMBARA?
- Shopee – saya cari di Shopee dan ada banyak seller jual di sini
- Kembara – ini adalah website rasmi official KEMBARA
Setelah saya sendiri membeli, mencuba rasa pek Nasi Lemak With Chicken Rendang dari KEMBARA ini, apa komen yang boleh saya berikan? Secara jujur saya suka dengan rasa. Saya boleh berikan skor 7/10 untuk rasa makanan ini. Tetapi untuk harga pula bagi saya ianya agak mahal. Mungkin kerana produk seperti ini masih baru dan tidak banyak dipasaran. Adakah mahal kerana adanya pek food warmer di dalam dan menjadikan ianya mahal? Kalau itu puncanya, mungkin pihak KEMBARA boleh keluarkan pek makanan tanpa adanya pek food warmer dan dijual dengan harga lebih mampu milik. Cadangan sahaja.
Ingat ya, pek makanan seperti ini mudah diguna kerana ianya dihasilkan bertujuan untuk anda yang gemarkan aktiviti luar dan memakan makanan jenis siap masak tanpa memerlukan api. Hanya tuangkan air kepada pek food warmer, ianya akan memanas dan makanan dipanaskan dengan mudah dan cepat. Jadi anda tidaklah susah susah memasak nasi lemak dari rumah. Pek makanan KEMBARA ini boleh tahan selama 2 tahun tanpa bahan pengawet dengan mengekalkan rasa dan juga nutrisi. Kepada anda yang gemar melakukan aktiviti luar (outdoor), boleh cuba dapatkan pek makanan dari KEMBARA seperti Nasi Lemak With Chicken Rendang yang saya beli ini ya.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Apa kaitan website jual kereta dengan pek makanan seperti ini? Memang ada kaitan secara tidak langsung. Ramai dari kita yang suka travel dengan kenderaan. Apabila berjalan jauh, kadang kala hendak mendapatkan makanan adalah sukar. Mungkin kerana kekurangan kedai makan. Mungkin kerana anda berada di dalam luar kawasan seperti di hutan bukit bukau. Mungkin juga ada berada di kawasan yang sukar untuk mendapatkan makanan yang halal. Jadi dengan adanya pek makanan jenis ready to eat dari Kembara ini, maka ianya memudahkan urusan anda. Sedikit promosi, kepada yang ingin beli kereta secara online, sila hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!.