Minggu lepas saya ada menuliskan panjang lebar berkenaan makanan jenis siap masak sesuai untuk anda yang mempunyai hobi seperti hiking, memancing atau camping. Dan makanan tersebut adalah Nasi Lemak With Chicken Rendang. Dan disebabkan pengalaman yang baik ketika merasa makanan tersebut, saya saya membeli pula menu makanan yang lain dari KEMBARA iaitu Chicken Masak Merah With Tomato Rice. Ianya adalah menu masakan nasi tomato dan juga ayam masak merah. Saya teringin hendak merasa samada ianya sedap atau tidak. Jom baca.
Jujur cakap, sebenarnya saya adalah anak dari bapa seorang tentera. Sebagai anak askar yang membesar dalam dunia tentera, jadi adalah tidak hairan kalau saya pernah memakan dan merasai sendiri apa itu makanan tentera dalam pek yang selalu disebut sebagai “rangsum”. Saya tidak pasti bagaimana dengan anda dan orang lain. Bagi saya, rasa makanan pek tentera adalah unik dan sedap. Jujur cakap saya memang suka sangat sangat. Atas sebab itulah bila ada pek makanan seumpanan ini untuk orang awam memang saya akan cepat cepat beli sebab ingin tahu tentang rasanya.

Pek Makanan Chicken Masak Merah With Tomato Rice Dari KEMBARA
Jadi siapa KEMBARA? Ianya adalah syarikat dan jenama brand yang membuat pek makanan Chicken Masak Merah With Tomato Rice ini. Jadi bila ada orang tanya di mana hendak beli dan dapatkan pek Nasi Tomato dengan Ayam Masak merah ini, maka cakap saya lawat website KEMBARA sahaja. Jadi mudah faham kan. Dan ya di dalam pek ini hanya terdapat 2 menu makanan sahaja iaitu nasi tomato dan juga ayam masak merah.

Saya tidak mahu berceritakan hal hal teknikal tentang bagaimana ianya memasak dan memanaskan pek makanan ini. Anda boleh bara tulisan yang telah saya tuliskan sebelum ini pada posting Nasi Lemak with Chicken Rendang ya. Cuma posting pada kali ini lebih kerana saya ingin memberikan markah skor terhadap rasa pek Tomato Rice with Chicken Masak Merah ini. Namun rasa sedap ini tetap masih bersifat subjektif. Samada ianya sedap atau tidak ianya masih menurut lidah saya. Mungkin ada rasa lain. Ikut lidah rasa macam mana masing masing.

4 Pek Jenis Menu Makanan Kembara
- Nasi Lemak With Chicken Rendang
- Beef Rendang with Pilaf Rice
- Lamb Kuzi with Hujan Panas Rice
- Chicken Masak Merah with Tomato Rice
Tomato Rice – rasa nasi tomato ini boleh dikatakan ok ok sahaja. Nasi dimasak dengan betul. Tidak mentah dan tidak lembik. Memang bagus. Bagaimana dengan rasa nasi tomato yang dijual di luar? Tidak boleh bandingkan. Setiap menu makanan ada rasa sedap masing masing. Untuk lidah dan tekak saya, saya suka cuma tidaklah terlalu sedap. Saya berikan skor sebanyak 6.5/10.
Chicken Masak Merah – ini adalah ayam masak merah. Dan menu masakan ayam masak merah ini memang biasanya dibuat sekali dengan nasi tomato. Untuk orang Malaysia, kalau makan nasi tomato memang biasanya akan makan sekali dengan ayam masak merah. Untuk rasa Chicken Masak Merah dari KEMBARA ini, ianya pun biasa biasa sahaja. Saya berikan skor 7/10.

Beli Di Mana Pek Makanan KEMBARA?
- Shopee – saya cari di Shopee dan ada banyak seller jual di sini
- Kembara – ini adalah website rasmi official KEMBARA
Harga pek Chicken Masak Merah With Tomato Rice ini adalah RM18.90. Ini adalah harga yang standard bagi kebanyakkan pek makanan yang dijual oleh KEMBARA. Ianya adalah untuk 1 orang makan. Pek makanan ini adalah dari jenis “ready to eat” iaitu boleh terus dimakan. Namun untuk mendapatkan rasa yang sedap dan menyelerakan, ada alat yang boleh membantu untuk memanaskan pek makanan ini dengan bantuan “food warmer” yang disediakan sekali.
Untuk lebih faham bagaimana cara untuk memanaskan pek makanan Chicken Masak Merah With Tomato Rice KEMBARA ini dan bagaimana rupa bentuk menu ini setelah dipanaskan, anda boleh tonton video di atas ini. Cumanya pek nasi tomato dan ayam masak merah dari KEMBARA ini tidak di datangkan sekali dengan food warmer iaitu bahan untuk memanaskan pek makanan. Saya tersilap beli kerana telah mendapatkan pek jenis yang non food warmer. Tetapi ianya tetap boleh dipanaskan dengan cara biasa iaitu memanaskan menggunakan air panas atau mendidih. Tonton sahaja video di atas ini untuk mudah faham.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Apa kaitan website jual kereta dengan pek makanan seperti ini? Memang ada kaitan secara tidak langsung. Ramai dari kita yang suka travel dengan kenderaan. Apabila berjalan jauh, kadang kala hendak mendapatkan makanan adalah sukar. Mungkin kerana kekurangan kedai makan. Mungkin kerana anda berada di dalam luar kawasan seperti di hutan bukit bukau. Mungkin juga ada berada di kawasan yang sukar untuk mendapatkan makanan yang halal. Jadi dengan adanya pek makanan jenis ready to eat dari Kembara ini, maka ianya memudahkan urusan anda. Sedikit promosi, kepada yang ingin beli kereta secara online, sila hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!.