Bila orang luar yang bukan dari negeri Terengganu bercakap tentang tempat yang menarik di Terengganu pasti mereka akan teringatkan penyu, pantai, pulau perhentian, keropok lekor dan juga masjid kristal. Saya tidak tahu bagaimana dengan orang lain. Itu adalah apa yang saya sendiri terfikir tentang apa yang ada dan popular di Terengganu. Dan pada hari raya aidilfitri lepas saya dan isteri beraya di kampung halaman isteri di Besut Terengganu. Dan sebelum sampai ke rumah ibu bapa mertua, kami singgah sekejap ke Masjid Kristal Kuala Terengganu di Terengganu. Saja jalan jalan makan angin.
Memang sudah lama teringin hendak ke sana. Cuma tiada masa. Dan entah kenapa isteri seboleh boleh mengajak saya ke kuala terengganu untuk berjalan jalan di sana. Kata beliau, kami jarang boleh balik ke Terengganu dan boleh dikatakan tiada masa untuk berlibur. Dan oleh kerana saya belum pergi melawat masjid kristal, jadi beliau ingin mengajak saya ke sana sebentar sebelum raya bermula. Saya setuju sahaja dan memang kami ada masa beberapa jam sebelum berbuka puasa. Nanti bila sudah raya, tiada masa hendak ke sana ke mari.

Singgah Sebentar Di Masjid Kristal Terengganu
Sebagai orang luar yang bukan dari Terengganu dan juga Kelantan. Saya memang teringin sangat hendak melihat masjid kristal Terengganu ini. Dari review bacaan di internet, ianya menunjukkan sebuah masjid yang besar, berkilauan kerana keunikkan kaca kristal dan juga sangat cantik. Mendengar perkataan “kristal” itu sendiri telah membuatkan saya merasakan yang masjid tersebut sangat indah untuk dilihat di depan mata. Jadi memang saya terus bersetuju dengan ajakan isteri ke masjid kristal di kuala terengganu.

Perjalanan dari Besut ke Kuala Terengganu hanya mengambil masa 1 jam lebih sahaja. Saya pun teringin hendak melihat bandar kuala terengganu. Dan sambil sambil itu bolehlah untuk singgah sekejap di perkarangan masjid kristal. Dan rupa rupanya masjid kristal itu sendiri terletak di perkarangan Taman Tamadun Islam. Di dalamnya terdapat banyak bangunan replika bersaiz mini yang memaparkan bangunan islam yang ada di seluruh dunia. Namun saya tidak berkesempatan untuk melihat semua itu. Kami terus kepada tujuan utama kami iaitu mahu sembahyang di dalam masjid kristal.

Ada sedikit perasaan kecewa. Setelah sampai di hadapan perkarangan masjid kristal kuala terengganu, nampaknya masjid tersebut sedang dalam proses membaik pulih (maintenance). Jadi kami tidak boleh masuk dan melihat suasana di dalam masjid kristal. Kami terpaksa sembahyang di dalam bilik khas yang mereka telah sediakan di luar masjid. Hanya dapat lihat persekitaran luaran masjid kristal sahaja.
Apa review dan pandangan saya berkenaan masjid kristal ini? Rupa rupanya masjid kristal ini tidaklah besar mana. Saya tidak berasakan ianya “gah” kerana besar. Ianya sebuah masjid terapung iaitu di bawahnya terdapat air laut. Dan di sambungkan dengan kawasan Taman Tamadun Islam dengan jambatan pendek. Bagaimana dengan reka bentuk dan juga “kristal” itu sendiri. Bagi saya ianya biasa biasa sahaja. Ianya tidak berjaya menarik perasaan teruja saya tentang reka bentuk dan juga kecantikan kristal itu sendiri. Namun ini pandangan saya secara peribadi. Untuk tujuan perlancongan, kawasan ini saya hanya boleh berikan rating 5/10 sahaja. Perlu banyak lagi naik taraf bagi mencantikkan kawasan ini sebagai kawasan perlancongan.
Website Untuk Booking Hotel/Homestay/Flight/Bas
- Agoda – anda boleh tempah/booking tiket bilik hotel di sini
- AirBnB – anda boleh tempah/booking homestay di sini
- AirPaz – anda boleh tempah/booking tiket kapal terbang di sini
- BusOnlineTicket – anda boleh tempah/booking tiket bas di sini
Link website di atas ini adalah laman laman yang berkaitan dengan perlancongan yang wajib anda ketahui. Hendak booking hotel, sila pilih Agoda. Hendak cari rumah homestay, sila pilih AirBnB. Hendak naik kapal terbang, pilih AirPaz. Dan hendak naik dan beli tiket bas express, sila pilih Bus Online Ticket. Mudah bukan?
Persediaan Ketika Travel Dengan Kenderaan
- Insurans Kemalangan (Personal Accident/PA) – pampasan ketika berlaku kemalangan
- Medical card – untuk bantuan perlindungan kos perubatan
- Servis Kenderaan – sila pastikan kenderaan anda seperti kereta melakukan proses servis asas bagi menjamin tahap optimum ketika anda travel dengan kenderaan sendiri
- Wise Malaysia – aplikasi money exchange online. Boleh beli & tukar currency matawang mudah ketika di luar negara
Sebenarnya apabila kita berjalan jalan travel samada dalam negara atau luar negara dengan kenderaan. Kereta wajib kena servis terlebih dahulu. Kemudian, risiko seperti jatuh sakit atau kemalangan (accident) juga boleh berlaku. Risiko tinggi yang saya maksudkan adalah dari segi beban kewangan. Dan beban kewangan ini dapat kita kurangkan dengan adanya bantuan perlindungan seperti di atas ini. Orang kata, sediakan payung sebelum hujan. Inilah maksudnya. Lebih baik ada buat preparation berbanding tidak buat apa apa. Dan kisah saya ke Masjid Kristal dan bawa keluarga ini pun kena fikirkan tentang safety dari segi keselamatan dan juga kewangan. Seronok seronok juga. Cuma kena beringat. BYE!!!.