Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Monday, July 14
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Tidur 1 Malam Di Hotel Lexis Suites Penang
    Tempat Menarik

    Tidur 1 Malam Di Hotel Lexis Suites Penang

    adminBy admin18/08/2020Updated:01/10/2024No Comments6 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Sebenarnya saya sudah booking Hotel Lexis Suites Penang semenjak sebelum Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) lagi. Namun atas sebab pandemik wabak Covid-19, maka perkhidmatan perhotelan terpaksa di tutup 100%. Dan ini menyebabkan mana mana yang sudah menempah pada tarikh ketika PKP dikuatkuasakan terpaksa membatalkan hasrat mereka ketika itu. Saya punya tempahan bilik hotel betul betul pada tarikh 1 minggu selepas PKP dilaksanakan. Memang tidak tahu hendak buat apa ketika itu. Bingung. Duit akan dipulangkan kembali (refund) atau hangus (burn) begitu sahaja. Itu adalah apa yang saya terfikir ketika itu. Redha.

    Rasanya semua orang pasti seperti saya. Tetapi nasib baik saya telah membuat panggilan kepada Lexis Suites Penang dan mereka sambungkan kepada Lexis pusat di Kuala Lumpur. Dari apa yang saya faham, pemulangan wang iaitu refund memang tidak akan dilakukan. Yang pihak Lexis Hotel berikan adalah penukaran tarikh untuk tidur di bilik hotel mereka. Dan tarikh penukaran boleh dilakukan sampai awal tahun 2021. Bagi saya ini adalah berita yang terbaik. Boleh tukar tarikh. Duit pun tidak hangus. Kami suami isteri memilih tarikh 15 Ogos 2020 untuk tempahan kami.

    Ruangan bilik premium hotel Lexis Suites Penang
    Ruangan bilik premium hotel Lexis Suites Penang

    Review Pengalaman Bermalam Di Lexis Suites Penang

    Oleh kerana bulan ogos 2020 adalah pasca Covid-19 di Malaysia, perhotelan telah dibenar untuk beroperasi dengan mengikuti SOP yang diarahkan, maka ramai juga yang takut takut untuk booking hotel kerana wabak Covid-9 belum sepenuhnya berakhir. Atas sebab itu pihak Lexis Suites Penang telah memperkenalkan baucer untuk sesiapa yang booking bilik hotel Lexis dengan harga lebih murah dari kebiasaan. Apa yang berlaku? Memang ramailah orang yang merebut peluang ini.

    Saya sendiri terkena tempias baucer Lexis Suites Penang yang murah ini. Oleh kerana sebelum ini saya telah menempah bilik jenis Executive tanpa baucar. Seperti tidak adillah bagi kami yang terpaksa bayar sedikit mahal berbanding orang baru yang membayar lebih murah menggunakan promosi baucer. Maka bilik kami telah diupgrade menjadi Premium yang lebih mahal bagi mengimbangi bayaran kami yang sedikit lebih mahal sebelum ini. Kami suka dengan tawaran tersebut. Terima kasih Lexis. Baiklah, saya telah tidur semalaman di Hotel Lexis Suites Penang ini. Dan di bawah ini saya senaraikan apa yang menarik dengan bilik Lexis Suites jenis Premium di Pulau Pinang ini.

    Ada mini swimming pool private yang best menghadap laut
    Ada mini swimming pool private yang best menghadap laut

    Apa Yang Menarik Dalam Bilik Lexis Suites Penang

    • Katil –  apa yang saya suka dengan bilik hotel di Lexis Suites Penang ini adalah, setiap bilik memang disediakan 2 katil bersaiz king. Kalau bawa anak anak memang selesalah ada 2 katil besar.
    • Kolam Renang – kolam mandi di dalam bilik adalah jenis “private”. Orang sebelah memang tidak akan nampak kita. Kedalaman adalah 1.2 meter. Sesuai bagi dewasa. Untuk budak budak, dinasihatkan bawa pelampung siap siap dan kena ada penjagaan orang dewasa.
    • Steam Room – ada bilik sauna kecil disediakan. Keluasan cukup untuk 2 orang masuk sekaligus.
    • Iron Board – ada 1 almari pakaian disediakan dengan seterika dan papan iron board yang dibina sekali. Sesetengah hotel kita kena request iron atau kena ke bilik khas untuk seterika pakaian. Bagi saya ini memudahkan urusan.
    • Bilik Mandi – apa yang menarik dengan bilik mandi di hotel Lexus Penang ini adalah ianya agak luas. Siap ada bath tub mandian yang agak besar dan dalam. Saya suka.
    • Ruangan Sinki Bercermin –  bagi saya ini agak menarik. Di dalam bilik air ada disediakan ruangan sinki bercermin. Ada 2 sinki dan 2 cermin yang besar. Orang perempuan pasti suka sebab dapat mencuci muka dan bersolek dengan selesa.
    TV dibina terus dalam papan dinding
    TV dibina terus dalam papan dinding

    Di atas ini adalah features yang saya rasakan agak penting dan baik bagi anda yang sedang terfikir samada mahu ke Hotel Lexis Suites di Pulau Pinang ini ataupun tidak. Lain lain kemudahan yang disediakan yang saya rasa semua hotel pun ada sediakan adalah seperti peti ais mini, kettle, meja untuk sarapan minum petang, TV dan juga free internet. Bilik selesa dengan kipas dan penghawa dingin yang baik.

    Berkenaan sarapan pagi pula, oleh kerana ketika ini adalah adalah musim wabak, maka tiada cafe yang dibuka. Yang pihak Hotel Lexis lakukan adalah memberikan makanan sarapan pagi (breakfast) terus ke bilik. Ada 3 menu makanan yang disediakan. Kita pilih salah satu menu dan pilih masa penghantaran yang kita mahukan. Sebenarnya saya agak kecewa dengan servis seperti ini TETAPI saya faham yang kita dalam musim wabak. Kena ikut SOP. Tidak boleh ada perkumpulan orang ramai ramai. Bahaya. Jadi tidak dapat merasa makan di cafeteria hotel Lexis ini.

    Hidangan breakfast sarapan pagi dalam bilik Lexis Suites Penang
    Hidangan breakfast sarapan pagi dalam bilik Lexis Suites Penang

    Akan tetapi saya masih berpuas hati kerana walaupun terpaksa makan breakfast dalam bilik, rasa makanan adalah sedap dan terbaik. Cuma tidak dapat tambah makanan lah. Kalau di cafe pasti boleh tambah makan banyak kali dan merasa bermacam makanan. Hehe. Di Hotel Lexis Penang ini, walaupun makan dalam bilik, tetapi sedap. Terbaik Lexis.

    Website Untuk Booking Hotel/Homestay/Flight/Bas

    • Agoda – anda boleh tempah/booking tiket bilik hotel di sini
    • AirBnB – anda boleh tempah/booking homestay di sini
    • AirPaz – anda boleh tempah/booking tiket kapal terbang di sini
    • BusOnlineTicket – anda boleh tempah/booking tiket bas di sini

    Apabila bercakap hendak pergi travel, hendak melancong atau jalan sana sini. Sudah pastilah kita akan bergerak menggunakan kenderaan. Tidak kisahlah samada naik pengangkutan awam atau naik kereta sendiri. Yang pasti kita memang akan terdedah dengan risiko kemalangan. Jangan suka suka ke sana sini tetapi terlupa akan keselamatan. Paling tidak kena ada persediaan dari segi jaminan perlindungan insurans kalau ada berlaku apa apa musibah seperti kemalangan di atas jalan raya. Apakah persediaan tersebut?

    Persediaan Ketika Travel Dengan Kenderaan

    • Insurans Kemalangan (Personal Accident/PA)
    • Medical card
    • Wise (Money Exchange Online)

    Sebenarnya apabila kita berjalan jalan samada dalam negara atau luar negara. Risiko seperti jatuh sakit atau kemalangan (accident) adalah tinggi. Risiko tinggi yang saya maksudkan adalah dari segi beban kewangan. Dan beban kewangan ini dapat kita kurangkan dengan adanya bantuan perlindungan seperti di atas ini. Orang kata, sediakan payung sebelum hujan. Inilah maksudnya. Lebih baik ada buat preparation berbanding tidak buat apa apa.

    Ok, pasti akan ada yang tanya adakah berbaloi bayar RM400-RM500 untuk tidur semalaman di Hotel Lexis Suites Penang ini? Jawapannya berbaloi. Ini kerana di hotel ini ada disediakan lain lain servis yang boleh anda guna dan lawati di luar bilik tidur anda. Ada Coffee House, Gym, Japan Restoran, Karaoke, LEX Spa, SkyTerrace, Lobby Shop dan juga Juice Bar. Oleh kerana saya hanya tidur semalaman sahaja, maka 100% masa dihabiskan dalam bilik sahaja. Isteri layan sauna dan bathtub. Saya pula bermain dengan anak dalam mini swimming pool. Saya berikan skor markah sebanyak 7/10 untuk pengalaman menginap selama 1 hari di Hotel Lexis Suites Pulau Pinang ini. BYE!!!

    Bilik Lexis Suites Penang Bilik Lexis Suites Pulau Pinang Hotel Lexis Suites Penang Hotel Lexis Suites Pulau Pinang Lexis Suites Penang Lexis Suites Pulau Pinang Review Lexis Suites Penang Review Lexis Suites Pulau Pinang
    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Bawa Anak Ke Entopia Penang Butterfly Farm

    31/07/2022

    2 Hari 1 Malam Di Bayu Lestari Island Resort

    13/11/2021

    Pengalaman Ke Masjid Kristal Kuala Terengganu

    20/06/2018

    Keropok Lekor Dan Keropok Losong Terengganu

    19/12/2017

    Booking Bilik Hotel Mudah Dengan Agoda

    14/06/2017

    Pengalaman Tidur Di Hotel Century Pines Resort

    11/05/2017
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    Cara Dapat Cashback Di Tiktok & Shopee

    10/07/2025

    Tukar Minyak Enjin Perodua Myvi Guna Castrol

    09/07/2025

    Tukar Getah Tingkap Cermin Kereta

    09/07/2025

    Invois Beli Kereta Direct Owner

    09/07/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.