Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Bawa Anak Ke Entopia Penang Butterfly Farm
    Tempat Menarik

    Bawa Anak Ke Entopia Penang Butterfly Farm

    adminBy admin31/07/2022Updated:21/10/2024No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Dulu masa zaman zaman kenal dengan isteri sekarang, kami pernah ke Entopia iaitu Taman Rama Rama Pulau Pinang. Ketika itu ianya masih baru sahaja dibuka dengan harga jualan tiket agak murah. Maklumlah ianya sudah dibuka tetapi belum siap sepenuhnya. Kiranya kami antara yang terawal ke sanalah. Dan beberapa hari lepas kami membuat keputusan untuk ke Entopia semula kerana ingin membawa anak kami melihat rama rama yang kami selalu sebut kepada anak sebagai Butterfly. Konon omputih lahh.

    Saya pernah menulis berkenaan pengalaman kami ke sana pada artikel sebelum ini. Bila disemak semula, rupanya artikel tersebut sudah 6 tahun yang lalu saya tulis. Dengan kata lain, ianya sudah 6 tahun berlalu sejak kami kali pertama kali ke sana. Sekejap sahaja masa berlalu. Bila saya mencadangkan kepada isteri untuk ke Entopia memang saya teringin hendak ke sana semula. Maklumlah sudah 6 tahun lepas dan baru kali ini hendak ke sana semula dengan membawa anak yang berumur 3 tahun. Jangkaan saya yang Entopia akan semakin menarik berbanding 6 tahun lalu. Betulker?

    Taman rama rama Entopia Penang
    Taman rama rama Entopia Penang

    Entopia Pulau Pinang

    Apa perasaan saya ke Entopia selepas 6 tahun? Saya boleh katakan yang ianya hampir 85% sama tanpa apa apa perubahan atau penambahan besar. Akan tetapi apa yang saya suka di sini adalah pihak Entopia menyelenggara (maintenence) tempat ini dengan baik. Semuanya masih nampak kemas, bersih dan tetap cantik. Bagi yang pertama kali akan merasakan Penang Butterfly Farm ini berbaloi dan cantik. Bagi yang sudah dua kali seperti saya merasakan ianya masih sama dan terbaik. Cuma tiada benda baru. Itu sahaja.

    Hutan rama rama dalam Entopia Penang
    Hutan rama rama dalam Entopia Penang

    Akan tetapi tujuan saya ke Entopia adalah lebih kerana mahu bawa anak melihat rama rama di sini. Jadi memang berbaloi lah. Anak saya suka. Saya ke Entopia pada pukul 11-12 tengah hari. Saya tidak pasti proses kitaran rama rama pada waktu bila mereka aktif berterbangan. Cumanya pada waktu yang kami datang, rama rama agak kurang berterbangan. Walaubagaimana pun ianya masih berbaloi. Saya sendiri dapat melihat rama rama dalam jarak dekat dan siap boleh sentuh lagi. Cuma anak sahajalah yang masih takut takut dengan rama rama lagi lagi kalau rama rama yang besar.

    Tengok rama rama dalam Entopia Pulau Pinang
    Tengok rama rama dalam Entopia Pulau Pinang

    Jujur cakap, tempat seperti taman rama rama iaitu butterfly farm seperti ini sesuai untuk kanak kanak. Ibu bapa boleh bawa anak ke sini sebagai tempat jalan jalan yang sesuai untuk usia mereka. Mereka dapat melihat, pegang dan belajar tentang spesis rama rama ini. Paling tidak, hobi jalan jalan dalam di isi dengan aktiviti yang menarik, berfaedah dan berilmu. Jadi Entopia ini memang berbaloilah.

    Ada sudut pembelajaran di Entopia Penang Butterfly Farm
    Ada sudut pembelajaran di Entopia Penang Butterfly Farm

    Harga tiket adalah RM49 bagi dewasa dan RM29 untuk kanak kanak 4 tahun ke 12 tahun. Saya beli tiket secara online sahaja. Nanti dapat tiket dalam bentuk QR code. Kita scan sahaja untuk masuk ke sana. Kalau anda beli di kaunter pun boleh. Cuma anda kena tunggulah kalau ada ramai orang yang ingin masuk ke sana. Saya sudah biasa menguruskan apa apa secara online, maka saya lebih selesa beli tiket Entopia terus melalui website mereka. Mudah sahaja.

    Entrance mula mula taman rama rama anda akan melihat hidupan kecil hutan dahulu
    Entrance mula mula taman rama rama anda akan melihat hidupan kecil hutan dahulu

    Beli Tiket Entopia Online

    • [ EntopiaOnline ] – sila klik link ini untuk ke halaman pembelian tiket
    • [ Agoda ] – anda boleh tempah/booking tiket bilik hotel di sini

    Pusat Entopia ini dibuka setiap hari kecuali hari rabu. Dan ianya dibuka pada pukul 9.00 am – 5.00 pm. Saya tidak mahu bercerita lanjut. Anda tonton sahaja video Entopia Penang Butterfly Farm yang saya kongsikan di bawah ini. Itulah dia serba sedikit berkenaan apa yang ada di dalam taman rama rama Pulau Pinang ini. Saya harap perkongsian ringkas ini memberikan info yang anda mahukan ya.

    Harga tiket mahal? Jangan bimbang. Pihak Entopia Penang Butterfly Farm ada menjual tiket untuk keluarga. Harga tiket family seperti ini dijual dengan harga lebih murah berbanding beli secara individu. Contohnya 2 orang dewasa iaitu ibu bapa dengan 2 orang kanak kanak bawah 12 tahun sekaligus. Tiket family adalah untuk anda yang mempunyai 2 orang anak atau lebih sahaja ya. Kalau anda sedang mencari tempat menarik untuk anda lawat di Pulau Pinang, rasanya Entopia adalah salah satu tempat yang wajib anda pergi. Saya berikan skor 7.5/10 untuk kepuasan melawat taman rama rama Penang ini. 

    Persediaan Ketika Travel Dengan Kenderaan

    • Insurans Kemalangan (Personal Accident/PA) – pampasan ketika berlaku kemalangan
    • Medical card – untuk bantuan perlindungan kos perubatan
    • Servis Kenderaan – sila pastikan kenderaan anda seperti kereta melakukan proses servis asas bagi menjamin tahap optimum ketika anda travel dengan kenderaan sendiri
    • Wise Malaysia – aplikasi money exchange online. Boleh beli & tukar currency matawang mudah ketika di luar negara

    Sebenarnya apabila kita berjalan jalan travel samada dalam negara atau luar negara dengan kenderaan. Kereta wajib kena servis terlebih dahulu. Kemudian, risiko seperti jatuh sakit atau kemalangan (accident) juga boleh berlaku. Risiko tinggi yang saya maksudkan adalah dari segi beban kewangan. Dan beban kewangan ini dapat kita kurangkan dengan adanya bantuan perlindungan seperti di atas ini. Orang kata, sediakan payung sebelum hujan. Inilah maksudnya. Lebih baik ada buat preparation berbanding tidak buat apa apa. Dan kisah saya berjalan jalan ke Taman Rama Rama Entopia Penang dan bawa keluarga ini pun kena fikirkan tentang safety dari segi keselamatan dan juga kewangan. Seronok seronok juga. Cuma kena beringat. BYE!!!.

    Entopia entopia penang entopia penang butterfly farm entopia pulau pinang taman rama rama entopia
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Cantiknya permandangan pantai di Pulau Besar Mesing

    2 Hari 1 Malam Di Bayu Lestari Island Resort

    13/11/2021
    Ruangan bilik premium hotel Lexis Suites Penang

    Tidur 1 Malam Di Hotel Lexis Suites Penang

    18/08/2020
    Bergambar di hadapan Masjid Kristal Terengganu

    Pengalaman Ke Masjid Kristal Kuala Terengganu

    20/06/2018
    Gambar kedai yang menjual keropok lekor losong di Terengganu

    Keropok Lekor Dan Keropok Losong Terengganu

    19/12/2017
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Kereta import terpakai recond BMW 118i M Sport warna merah

    Senarai Kereta Recond BMW Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Daihatsu Canbus Stripes G Turbo warna beige putih

    Senarai Kereta Recond Daihatsu Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Honda Nbox Custom Turbo warna hitam

    Senarai Kereta Recond Honda Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Toyota Landcruiser warna beige

    Senarai Kereta Recond Toyota Tahun 2026

    17/01/2026
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.