Adakah anda pertama kali mahu mencuba sendiri tempah bilik hotel secara online? Dan anda tidak tahu laman website apakah yang boleh anda gunakan untuk melakukan tempahan bilik hotel. Sebenarnya ada banyak laman laman web tempahan hotel. Akan tetapi yang paling popular di antara yang paling popular setakat ini adalah Agoda. Saya tidak pasti anda pernah mendengar nama ini atau tidak. Jangan salah sangka perkataan Agoda dengan “Pagoda”. Ianya tidak ada kaitan satu sama lain. Haha.
Seperti yang saya katakan tadi, sebenarnya ada banyak platform tempahan bilik hotel ini. Cumanya, adalah lebih baik saya memperkenalkan kepada anda akan laman booking bilik hotel yang biasa di gunakan ramai orang samada pelancong dari dalam negara mahupun luar negara. Laman website Agoda adalah laman perkumpulan senarai hotel seluruh dunia. Jadi tidak ada masalah untuk anda mencari senarai hotel di mana mana pelusuk negara jika anda berhajat untuk keluar negara.
Tempah Bilik Hotel Dengan Agoda
Jikalau anda melancong dalam negara, saya nasihatkan anda untuk terus menukar matawang (currency) kepada Ringgit Malaysia (MYR) untuk memudahkan anda terus melihat berapakah bayaran yang dikenakan terhadap anda. Seperti biasa anda haruslah mempunyai kad credit, kad debit atau paypal untuk membuat bayaran terhadap bilik hotel yang anda tempah. Anda boleh membuat pembayaran semasa anda check in di hotel jika anda mahu. Tempah bilik hotel secara online sememangnya memudahkan jika anda ketahui.
Saya lihat ramai rakan rakan saya yang melancong samada dalam negeri atau luar negara melakukan tempah bilik hotel secara online. Banyak juga maklumat yang saya terima. Kelebihan utama anda tempah bilik hotel secara online adalah anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari bilik hotel ketika anda sampai ke destinasi perlancongan anda. Lagi pula dengan menempah awal, anda sebenarnya menjimatkan masa dengan merancang masa dengan lebih baik. Sampai sahaja ke lobby hotel, anda hanya perlu menunjukkan bukti tempahan anda dengan berikan nombor kad pengenalan dan nombor booking. Itu sahaja.
Cara Cari Dan Booking Hotel
- [ Agoda ] – Sila klik di sini. Anda boleh tempah/booking bilik hotel di sini
- Masukkan lokasi tempat yang ingin anda pergi. Contohnya “Cameron Highland” di Pahang
- Pilih tarikh dan tempoh masa penginapan anda
- Senaraikan bilangan ahli yang ingin booking bilik hotel
- Akhir sekali sila klik “Search”
- Anda akan dipaparkan dengan SENARAI HOTEL yang berdekatan dengan lokasi pilihan dan kriteria yang anda mahukan
- Sila review senarai hotel dan pilih hotel yang anda mahukan
- Anda akan disenaraikan dengan pilihan jenis bilik yang ada samada untuk single bed, queen bed, king bed, ada breakfast dan lain lain. Jika bersetuju, sila klik “Book Now”
- Sila isi detail anda dan pastikan maklumat diri anda adalah betul dan klik “Final Step”
- Akhir sekali sila pilih kaedah bayaran, masukkan maklumat kad debit/kredit dan klik “Book Now”. Buat bayaran seperti biasa.
- Anda akan dapat resit bayaran dan juga nombor booking.
- Pada tarikh penginapan, sila ke lobby hotel dan berikan nombor kad pengenalan dan nombor booking.
- DONE!!!.
Adakah website Agoda boleh guna untuk cari hotel di luar negara? Memang boleh pun. Saya sudah banyak kali gunakan platform Agoda dan saya suka. Mudah dan senang.
Antara pengalaman yang saya suka adalah ketika saya booking sebuah resort melalui Agoda juga. Saya tempah resort Bayu Lestari yang terletak di Pulau Besar Mersing Johor. Ianya pengalaman menarik kerana saya bawa ahli keluarga untuk bercuti di sini. Dengan kata lain, hendak booking resort pun boleh melalui Agoda. Terbaik.
Apabila bercakap hendak pergi travel, hendak melancong atau jalan sana sini. Sudah pastilah kita akan bergerak menggunakan kenderaan. Tidak kisahlah samada naik pengangkutan awam atau naik kereta sendiri. Yang pasti kita memang akan terdedah dengan risiko kemalangan. Jangan suka suka ke sana sini tetapi terlupa akan keselamatan. Paling tidak kena ada persediaan dari segi jaminan perlindungan insurans kalau ada berlaku apa apa musibah seperti kemalangan di atas jalan raya. Apakah persediaan tersebut?
Persediaan Ketika Travel Dengan Kenderaan
- Insurans Kemalangan (Personal Accident/PA)
- Medical card (perlindungan rawatan perubatan di hospital)
- Wise (tukaran matawang asing online)
- AirBnB – anda boleh tempah/booking homestay di sini
- AirPaz – anda boleh tempah/booking tiket kapal terbang di sini
- BusOnlineTicket – anda boleh tempah/booking tiket bas di sini
Nasihat saya, jika anda sudah tempah bilik hotel secara online melalui Agoda. Sila jangan terlambat atau terlewat untuk mengikuti jadual masa untuk anda check in bilik hotel. Ini kerana selalunya anda akan dikenakan charge tambahan akibat dari kesalahan anda sendiri. Faham faham sahajalah, pihak Hotel mereka menjalankan bisnes. Jika anda booking tetapi tidak menepati masa, mereka secara umumnya akan rugi kerana bilik tersebut ditempah oleh anda tetapi anda tidak sampai atau check ini pada masa yang ditetapkan. Ianya bukan polisi Agoda sahaja, mana mana laman web perbandingan hotel juga begitu. Jom tempah bilik hotel anda sekarang juga. Selamat melancong. BYE!!!.