Masalah telefon handphone hilang ini biasanya kerana dua perkara sahaja. Yang pertama samada anda terlupa letak di mana dan yang kedua kerana ada orang yang mencuri smartphone anda. Dalam rumah pun boleh hilang. Anda cari di mana mana pun pasti tidak jumpa. Dan amalan yang biasa kalau anda hendak kesan di mana letaknya handphone anda adalah dengan membuat panggilan telefon ke handphone anda. Kalau ada bunyi atau gegar (vibrate), maka mudahlah anda jumpa. Kalau tidak jumpa pasti lega. Kalau tidak jumpa, pasti anda berasa serabut tentangnya
Saya pun begitu juga. Bila puas cari phone di dalam rumah tidak jumpa jumpa. Saya akan suruh isteri call nombor telefon saya. Kalau ada bunyi senanglah jumpa. Kalau tiada bunyi, maka berharap ianya akan bergetar (vibrate). Boleh lah jumpa. Kalau bunyi dan vibrate pun tidak ada, maka berharap skrin akan menjadi cerah untuk mudah jumpa. Kalau semua tiada, maka memang putus asa lah jawabnya. Harap harap dapat terjumpa tanpa sengaja. Lagi naya kalau bateri phone habis, memang tidak akan dapat jumpa telefon langsung.
Cara Track Lokasi Smartphone/Tablet Android Guna Google
Tahukah anda, Google ada menyediakan servis perkhidmatan untuk mencari smart device android yang hilang. Tidak kisahlah hilang sebab apa dan bagaimana. Anda boleh track smartphone android akan keberadaan lokasinya. Paling tidak anda dengan mudah mendapat gambaran kasar akan lokasi perkakas pintar anda itu di mana. Kalau kehidupan anda sehari hari hanya di rumah, pergi kerja dan balik rumah. Kalau servis mencari handphone anda dari Google ini menunjukkan lokasi yang berbeza dari kebiasaan anda, maka ada kemungkinan telefon anda itu telah dicuri (stolen).
Kalau lokasinya samada di rumah anda atau tempat kerja, kemungkinan anda hanya terlupa sahaja di mana kali terakhir anda letak telefon anda. Mudah bukan. Perkhidmatan carian kesan telefon hilang dari Google ini memerlukan beberapa syarat sebelum ianya boleh berfungsi. Hanya ada 3 syarat sahaja yang diperlukan iaitu;
3 Kriteria Untuk Membolehkan Google Bantu Cari Phone Anda
- Smartphone android anda mesti mempunyai akaun Google yang bersambung
- Smartphone android anda mesti dalam keadaan online (internet on)
- Android Device Manger di smartphone mesti dalam keadaan ON. Selalunya setting ON
Kebanyakkan telefon pintar di dunia ini hanya menggunakan OS operasi yang sama sahaja iaitu Android atau iOS. Dan sudah tentu pengguna smartphone android ini lebih ramai. Dan semua sedia maklum yang sistem android ini adalah milik Google. Jadi tidak peliklah kalau Google sendiri menawarkan dan menyediakan servis seperti ini.
Cara Guna Servis Cari/Track Lokasi Smartphone Android
- Find My Device – klik link ini untuk membuka halaman Google track android smartphone
- Kalau smartphone anda tidak online. Google tidak akan jumpa smartphone anda
- Kalau smartphone anda online. Ianya akan terus paparkan lokasi semasa smartphone anda
- Kalau lokasi menunjukkan smartphone anda dekat, anda boleh klik “PLAY SOUND”. Ianya akan membunyikan dering yang kuat walaupun smartphone anda dalam keadaan silent. Anda boleh jumpa dengan mudah
- Anda boleh klik pada “Secure Device” untuk anda lock perkakas pintar anda seperti smartphone atau tablet.
- Kalau lokasi menunjukkan ianya jauh dan bukan lokasi yang biasa anda pergi berjalan, itu bermakna telefon anda sudah dicuri. Yang perlu anda buat adalah klik “ERASE DEVICE” atau “Factory Reset Device” ianya akan automatik membuang (delete) segala data yang tersimpan pada smartphone anda supaya tidak di salah guna.
Saya telah mencubanya sendiri pada Tablet Realme Pad saya dan ianya berjaya. Kalau hilang dalam rumah, guna sahaja servis “Find My Device” dari Google ini, ianya akan membuatkan tablet kita berdering kuat walaupun dalam keadaan senyap (silent). Mudah untuk mencarinya. Panduan ini sebenarnya sangat penting kepada pemilik pengguna ekosistem android ya. Kalau hilang dan anda hendak selamatkan maklumat data anda, beginilah caranya. Diharap selepas ini anda tahu ya. Kalau masih tidak faham, tonton sahaja video di atas ini ok. Selamat mencuba. BYE!!!.