Author: admin

Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

Bitcoin Crypto-Currency

Sebenarnya masih ramai yang tidak tahu APA ITU BITCOIN pun. Dan kalau ada yang pernah dengar, ramai juga yang berasa skeptikal dan berpendapat yang Bitcoin adalah SCAM!!!. Bila ada pakar pelaburan kewangan bercerita tentang Bitcoin, mereka hairan kenapa seorang pakar yang dikenali ramai atas kepakaran beliau bercerita dan memperkenalkan Bitcoin pula. Awal awal menyokong beliau sebab berasa takjub dengan perkongsian ilmu yang bermanfaat mengenai pelaburan. Last last kena tinggal sebab tidak bersetuju dengan pendapat dan pandangan beliau. Kenapa? Adakah anda salah seorang yang seperti ini? Bitcoin melalui whitepapar telah menegaskan yang ianya adalah sebuah teknologi peer to peer yang berkerja…

Read More
HQ WE KONGSI bersama team komuniti medical cost-sharing program Malaysia

Semalam saya sempat membuat sedikit research berkenaan medical cost-sharing program di internet yang ada di Malaysia. Rupa rupanya ada beberapa syarikat yang menjalankan dan menyediakan servis yang hampir serupa. Bagi saya ianya adalah satu berita yang baik. Persaingan akan membuatkan penyedia perkhidmatan berasaskan komuniti kongsi bil perubatan ini memberikan tawaran yang baik kepada pengguna. Cumanya saya sedikit kecewa kerana saya sendiri baru tahu berkenaan perkhidmatan sebegini. Kenapa? Saya pernah menggunakan medical card dari PruBSN. Kemudian beralih kepada medical card Takaful Malaysia. Dan kemudian beralih pula kepada medical card AIA. Ke semua menawarkan perkhidmatan yang baik. Cuma itulah, sekejap saya pakai…

Read More
Panduan lengkap bagaimana cara guna Luno Malaysia

Sebelum ini saya ada berkongsikan tentang Apa Itu Luno Malaysia. Dan pada kali ini saya ingin berkongsikan panduan ringkas bagaimana cara untuk menggunakan platform Luno. Ya bukan semua orang mahir dalam bidang jual beli crypto ini. Sebenarnya mudah lagi lagi kalau anda ada ilmu dalam dunia trade jual beli saham. Sama sahaja caranya. Ya sekali lagi, bukan semua orang tahu cara guna Luno. Jadi izinkan saya kongsikan sedikit sebanyak kepada anda caranya di dalam artikel ini ya. Jom!!!. Sebenarnya anda hanya perlu tahu 4 perkara sahaja ketika mahu menggunakan platform Luno ini. Kita ambil contoh anda mahu beli Bitcoin ya.…

Read More
Arkham Intelligence memaparkan token yang sedang trending

Dari hari ke hari, penggunaan teknologi blockchain semakin berkembang. Dan yang terbaru adalah dengan pengenalan platform Arkham Intelligence. Apa itu Arkham Intelligence? Ianya adalah sebuah platform analisis blockchain yang menggunakan kepintaran artificially intelligence (AI) untuk mengumpulkan maklumat dunia blockchain pada on-chain data. Kita boleh simpulkan pusat pengumpulan data dunia internet adalah Google dan pusat pengumpulan data dunia blockchain adalah Arkham Intelligence. Lebih kurang begitulah. Kenapa perlu adanya sistem atau platform untuk menganalis data blockchain seperti Arkham Intelligence? Jawapannya adalah supaya maklumat maklumat yang kurang jelas berkenaan exchange, wang keluar masuk, paus (whales), tokens, transaksi pergerakkan exchange, semak pegangan portfolio asset,…

Read More
Buku akaun simpanan kanak kanak jenis islamik dari Yippie-i Maybank

Sudah lama sebenarnya terfikir hendak buka dan ada akaun simpanan untuk anak saya yang kini berumur 4 tahun. Setiap kali dapat hadiah berupa pemberian duit dari saudara mara ketika datang mengunjung ke rumah mereka, kami simpan di dalam sampul dan biarkan di laci di dalam rumah sahaja. Kalau hendak serius menyimpan dan menabung duit untuk anak sehingga anak dewasa, seharusnya kami sebagai ibu bapa kena juga buka apa apa akaun simpanan bank atau melabur di mana mana. Akhirnya kami memilih akaun simpanan Maybank Yippie. Kenapa? Percaya atau tidak, bila kita pertama kali hendak buat sesuatu, kita jangan terus letakkan had…

Read More
Taman rama rama Entopia Penang

Dulu masa zaman zaman kenal dengan isteri sekarang, kami pernah ke Entopia iaitu Taman Rama Rama Pulau Pinang. Ketika itu ianya masih baru sahaja dibuka dengan harga jualan tiket agak murah. Maklumlah ianya sudah dibuka tetapi belum siap sepenuhnya. Kiranya kami antara yang terawal ke sanalah. Dan beberapa hari lepas kami membuat keputusan untuk ke Entopia semula kerana ingin membawa anak kami melihat rama rama yang kami selalu sebut kepada anak sebagai Butterfly. Konon omputih lahh. Saya pernah menulis berkenaan pengalaman kami ke sana pada artikel sebelum ini. Bila disemak semula, rupanya artikel tersebut sudah 6 tahun yang lalu saya…

Read More
Cantiknya permandangan pantai di Pulau Besar Mesing

Bila kerajaan mula melonggarkan sekatan negeri, boleh rentas negeri dan industri perlancongan mula dibuka. Maka sudah tentulah ramai rakyat yang mahu pergi bercuti di dalam negara. Saya sendiri sudah 2 tahun tidak boleh balik ke kampung. Dan kebenaran rentas negeri ini saya manfaatkan untuk balik ke kampung dan membawa mak dan ayah untuk bercuti. Dan tempat percutian yang saya maksudkan adalah di Pulau Babi Besar yang menempatkan Bayu Lestari Island Resort. Saya kongsikan sedikit kisah dan pengalaman saya ke sana. Jom baca. Pada awalnya kami hendak ke Tunamaya Beach & Spa Resort di Desaru Johor. Temanya adalah kami inginkan suasana…

Read More
Bahagian bahagian lampu suluh LED

Teringat masa zaman zaman belajar di Universiti dulu dulu. Masuk kampus dan balik kampung hanya naik motor sahaja di highway. Dan antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan adalah pengalaman tayar motor bocor dan minyak motor habis tengah jalan. Bayangkan anda menghadapi masalah tersebut ketika waktu tengah malam dan benda apa yang penting waktu tersebut dan anda WAJIB kena ada? Sudah tentulah kena ada lampu suluh. Untuk tahan lama memang patut pelajar zaman sekarang kena ada lampu suluh LED. Kenapa? Saya cakap dari pengalaman ya. Biasanya pelajar di Kolej, Politeknik atau Universiti yang rumah jauh jauh dari kampus pasti akan ada…

Read More