Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Bayar Insurans Kereta Guna OneCent
    Panduan

    Bayar Insurans Kereta Guna OneCent

    adminBy admin19/08/2024No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Sebenarnya sudah dari tahun lepas lagi rakan saya mengajak saya untuk menggunakan aplikasi OneCent. Saya kurang berminat kerana tidak nampak akan kelebihan dan sebab kenapa saya perlu guna. Cumanya sejak saya mula membina dan aktif dalam dunia jual kereta, maka saya tanyakan kepada beliau tentang ada atau tidak kaitan antara Onecent dengan kereta. Dan saya baru tahu bahawa antara “menu” utama di dalam sistem app Onecent adalah kebolehan untuk renew insurans secara online melalui aplikasi tersebut. Wow menarik!!!.

    Saya pernah menulis dan berkongsikan tentang panduan kira insurans kereta di sini. Tetapi saya tidak ceritakan bagaimana dan di mana anda boleh untuk bayar insurans tersebut. Dan oleh kerana saya sendiri secara rasmi telah mendaftar menjadi ahli kepada Onecent, maka artikel saya yang pertama tentang bagaimana cara untuk bayar insurans kereta adalah sudah tentu dengan menggunakan dan melalui aplikasi Onecent itu sendiri. Jom saya kongsikan cara caranya.

    Cara renew insurans kenderaan kereta guna aplikasi OneCENT
    Cara renew insurans kenderaan kereta guna aplikasi OneCENT

    Renew Insurance OneCENT

    Untuk pengetahuan anda, sepanjang saya menggunakan kereta, saya memang tidak pernah buat renew roadtax dan insurans secara online. Biasanya saya akan renew roadtax di pejabat pos. Dan saya akan renew insurans melalui ejen insurans di kedai. Oleh kerana saya sendiri memang telah ubah lifestyle saya kepada cashless iaitu tanpa tunai, maka saya berminat untuk buat pertama kali untuk bayar insurans kereta secara online. Jom kita lihat bagaimana cara renew insurance guna app aplikasi Onecent.

    Panduan Renew Insurans Kereta Dengan OneCENT

    • Muat turun aplikasi OneCent terlebih dahulu;
      • [ Android ] – download aplikasi OneCent untuk pengguna smartphone android di sini
      • [ iOS ] – download aplikasi OneCent untuk pengguna smartphone iOS di sini
    • [>>> Daftar OneCent <<<] – sila klik link ini untuk register. Ketika anda klik link pendaftaran ini, secara automatik akan membuka aplikasi OneCent dan anda akan terus di minta untuk isi maklumat yang diminta. Maaf, saya tidak berkongsikan secara detail cara daftar aplikasi ini ya. Sila baca artikel tentang Onecent melalui link pertama di atas tadi untuk lebih lanjut berkenaan hal ini. Harap maklum!!!
    • Selepas anda berjaya login masuk, akan tertera menu “Renew Insurance”. Sila klik menu tersebut seperti gambar pertama di atas ini.
    • Kemudian sila isikan detail seperti;
      • Plat No
      • IC number
      • Handphone number
      • Remark
    • Sila klik “SUBMIT” selepas isi ke semua detail dengan betul dan tepat seperti gambar pertama di atas ini
    Renew insurans kenderaan melalui aplikasi OneCENT dengan berikan gambar geran kereta
    Renew insurans kenderaan melalui aplikasi OneCENT dengan berikan gambar geran kereta
    Check geran kenderaan kereta di aplikasi MyJPJ
    Check geran kenderaan kereta di aplikasi MyJPJ
    • Anda akan dapat mesej dari team OneCENT yang akan meminta gambar hadapan geran kenderaan anda. Gambar geran kereta boleh anda snapshot ambil melalui aplikasi MyJPJ. Lihat gambar di atas ini.
    Quotation harga insurans kereta OneCENT
    Quotation harga insurans kereta OneCENT
    • HQ OneCent akan Whatsapp kita dan berikan quotation harga plan insurans kereta yang ada
    • OneCENT haya offer Takaful Ikhlas sahaja
    • Kita pilih insurans kereta mana yang kita mahukan berdasarkan pakej dan harga
    • Selepas kita sudah pilih pakej insurans kereta yang kita mahukan, sila top-up eWallet aplikasi OneCENT anda dan buat bayaran
    • Cara buat bayaran quotation insurans kereta adalah dengan TRANSFER duit ke akaun eWallet OneCENT berdasarkan nombor akaun yang diberikan
    • Bila sudah dapat cover note insurans, boleh bawa ke pejabat pos untuk renew roadtax. Cover note dalam bentuk soft copy ya.
    • Roadtax boleh buat melalui aplikasi JPJ online kalau mahu
    • DONE!!!

    Di bawah ini saya sertakan sekali panduan video bagaimana cara untuk renew insurance kereta melalui app Onecent untuk anda lebih mudah faham cara untuk menggunakannya. Harap ianya membantu anda.

    xxxxxxxxxxxxxx

    Sebenarnya prosesnya adalah mudah sahaja. Melalui aplikasi OneCent dan juga melalui Whatsapp sahaja. Sekarang sudah zaman digital. Roadtax pun tidak perlu dilekatkan pada cermin kereta. Hanya perlu tunjuk lesen memandu, road tax cukai jalan dan insurans kereta melalui aplikasi JPJ sahaja.

    Dapat cashback jika renew insurance kereta dengan aplikasi OneCENT
    Dapat cashback jika renew insurance kereta dengan aplikasi OneCENT

    Mesti akan ada yang tanya, ada banyak perkhidmatan online yang menawarkan servis untuk perbaharui insurans kereta secara online. Kenapa perlu pakai OneCent? Jawapan saya adalah, itulah kelebihan OneCent. Segala pembelian dan pembayaran yang anda lakukan melalui dan menggunakan aplikasi OneCent, anda akan dapat reward dalam bentuk cashback. Ya, anda bayar insurans kereta melalui Onecent, anda dapat cashback. Buktinya? Sila lihat pada gambar di atas ini. Anda renew insurance kereta bernilai RM556.88 dan  dapat cashback sebanyak RM18.2246 dalam nilai RM. Terbaik. Menarik? Daftar Onecent sekarang juga melalui link di atas ini.

    Bayar Insurans Kereta OneCENT Renew Insurans Kereta Guna OneCENT
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Langgan pakej perubatan WE KONGSI untuk anak dan isteri

    Daftar Pelan Perubatan We Kongsi Untuk Anak Dan Isteri

    01/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.