Pendapat saya, rasanya rangkaian sistem pengecasan pantas kereta elektrik di Malaysia belum benar benar bersedia secara keseluruhan pada tahun 2024. Namun penawaran kenderaan elekrik terlalu banyak dijual terutamanya oleh syarikat automotif dari China untuk pasaran Malaysia. Jadi secara peribadi saya lebih suka kalau syarikat kenderaan dari China ini juga ada menawarkan kereta jenis enjin petrol ICE (Internal combustion engine) berbanding kereta elektrik 100%. Dan salah satu syarikat automotif China telah membawa masuk model kereta dengan enjin petrol iaitu kereta MG5.
Saya pernah menulis artikel berkenaan kereta baru MG di sini. Ketika itu, hanya 2 sahaja kenderaan yang ditawarkan oleh MG Motor iaitu MG4 dan juga MG ZS. Kedua dua kereta ini adalah dari jenis kenderaan elektrik (electric vehicle EV). Seperti yang saya tuliskan di atas tadi, saya memang berharap syarikat kereta dari China ada membawa masuk model dengan enjin petrol. Dan sekarang pihak MG telah pun secara rasmi membawa masuk model MG5 iaitu kereta dengan enjin petrol. Terbaik.

Harga Kereta MG5 Baru
Syarikat MG Motor ini adalah anak syarikat kepada SAIC Motor dari China. Dan pihak MG Motor memposisikan kereta MG5 sebagai segmen B. Akan tetapi saiz kereta ini hampir menyamai dengan kereta Honda Civic dari segmen C. Jadi di sini fahamlah kita bahawa kereta ini adalah dari kategori B-segmen yang paling besar melebihi Honda City dan juga Toyota Vios dalam segmen-B. Dengan kata lain, dari segi saiz, kereta MG5 adalah berbaloi untuk dimiliki.

Spesfikasi Kereta MG5
- 1.5L DVVT four-cylinder 16-valve DOHC (114HP/150Nm)
- Gearbox : iCVT (eight speeds automatic)
- Segmen : Sedan segmen-B
- Jarak Roda : 2680mm
- Panjang : 4675mm
- Lebar : 1842mm
- Tinggi : 1480
- Luas Bonet : 401L
- Airbag : 6 Beg Udara
- Safety Features : VSC, ABS, EBD, EBA, HSA, TCS + limited ADAS
- Berat : 1205–1260 kg
- Tangki Minyak : 45L
- Fuel Consumption : 17.5KM / liter
Di atas ini adalah info berkenaan spesifikasi enjin, gearbox, saiz dan juga safety untuk kereta MG MG5. Dan rasanya untuk segmen B ini, kereta MG5 menawarkan spesifikasi yang bagus, setara atau lebih dari pesaing dalam segmen yang sama.

Perbandingan Spesifikasi Enjin Segmen-B
- MG5 : 114HP/150Nm
- Honda City : 119HP/145Nm
- Toyota Vios : 106HP/138Nm
- Nissan Almera : 99HP/152Nm
- Proton Persona : 108HP/150Nm
Bila beli kereta dan compare dari B-segment yang sama, kita akan dapati spesikasi enjin dan kotak gearbox adalah hampir sama dengan pesaing dalam segmen yang sama. Jadi tiada isu di sini.
Perbandingan Harga Kereta Segmen-B
- MG5 : RM93900
- Honda City : RM84900 – RM99900
- Toyota Vios : RM89600 – RM95500
- Nissan Almera : RM83888 – RM95888
Ketika artikel ini ditulis, harga jualan kereta MG5 ini dijual dengan harga diskaun sebanyak RM7000 yang menjadikan harga ketika promosi ini adalah berharga RM86900 untuk masa yang terhad. Kalau banding harga dengan kereta dalam segmen B yang lain, kereta MG5 dijual dengan harga yang lebih kurang sama sahaja.
Kelebihan Kereta MG5
- LED daytime running lights
- Sunroof
- Sport rim 17-inch ‘Tomahawk’
- Black leather seat
- 6 speakers
- 10.25-inch infotainment
- Android Auto & Apple CarPlay
- Kamera 360-degree
- Warranty kereta 5 tahun
- Warranty enjin dan gearbox 7 tahun
Macam mana dengan kelebihan yang ada pada kereta MG5? Jawapan saya adalah ianya UP TO DATE!!!.
Kesimpulan. Kenapa kena beli kereta MG5 berbanding kereta lain dalam segmen yang sama? Jawapan saya mudah. Kereta MG5 adalah jimat minyak. 1 liter petrol boleh bergerak sejauh 17.5KM. Fuel consumption comparable dengan Honda City dan Toyota Vios. Ada sunroof. Ruangan kabin selesa kerana luas dan besar. Start enjin pun pakai push start stop button. Ada 6 beg udara. Ada 6 speaker. Safety untuk keselamatan pemanduan pun tip top. Dan yang lebih penting, design reka bentuk kereta nampak sporty.

Jom Submit Loan Untuk Kereta MG Secara Online Sekarang!!!
Apa offer dan promosi jika anda beli kereta baru melalui saya? Sila klik dan baca dulu ya. Saya adalah ejen penjual kereta yang menjual kereta baru dari Perodua, Honda, Mitsubishi, Nissan, Proton, Toyota, KIA dan juga MG!!!. Kenapa saya tuliskan beli kereta baru secara online? Maksudnya anda boleh untuk submit dokumen untuk tujuan check samada anda layak untuk lulus loan bank kereta atau tidak. Dan jika lulus, anda boleh datang ke showroom untuk melihat kereta sebelum bersetuju untuk sign loan agreement tersebut. Boleh ker submit loan untuk anda di seluruh semenanjung Malaysia? Boleh jer!!!
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan apa apa jenis model kereta baru MG ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Anda juga boleh booking untuk test drive kereta MG secara online melalui saya untuk anda di kawasan tempat anda. Selamat membeli kereta MG5 baru. BYE!!!.