Kenderaan elektrik buatan Nissan kurang popular di Malaysia berbanding kenderaan Nissan yang menggunakan petrol. Ya Nissan ada kereta elektrik yang dijual di Malaysia seperti Nissan Leaf dan juga Nissan Serena. Namun kedua duanya kurang mendapat perhatian. Oleh kerana zaman sekarang adalah zaman EV (electic vehicle), maka kenderaan elektrik buatan dari China dilihat lebih menarik dari segi design rekaan dan juga harga. Cumanya baru baru ini kereta elektrik buatan Nissan seperti Nissan Kicks telah secara rasmi masuk dan dijual di dalam pasaran Malaysia.
Sebenarnya apa itu “Nissan Kicks e-Power”? Ianya sebuah kenderaan elektrik jenis hybrid. Maksud hybrid adalah kenderaan yang ada enjin petrol dan juga motor elektrik. Kebanyakkan kenderaan hybrid akan menggerakkan kereta menggunakan enjin petrol dan motor elektrik sekaligus. Yang unik dengan kereta Nissan Kicks ini adalah, yang menggerakkan kereta adalah motor eletrik dan enjin petrol hanya dijadikan sebagai genarator sahaja untuk menghasilkan elektrik yang akan dicas dan disimpan di dalam bateri. Jelas? Faham?
Harga Dan Bayaran Bulanan Nissan Kicks e-Power
Dengan kata lain, kereta elektrik Nissan Kicks tidak memerlukan anda untuk anda ke stesen pengecas atau mengecas kenderaan anda di rumah. Sistem pengecasan elektrik dihasilkan terus dari enjin petrol yang berfungsi sebagai generator. Ya, sejujurnya bagi saya konsep kereta elektrik jenis “hybrid” seperti ini adalah unik. Ada kekurangan dan ada kelebihan jika anda berhasrat untuk membeli dan memiliki sebuah Nissan Kicks e-Power ini.
Spesfikasi Kereta Nissan Kicks
- 1.2L 3 silinder petrol generator (99HP/152Nm)
- Electric motor (127HP/280Nm)
- Segmen : B-Segment SUV
- Jarak Roda : 2615mm
- Panjang : 4290mm
- Lebar : 1760mm
- Tinggi : 1605mm
- Luas Bonet : 423L
- Airbag : 7 Beg Udara
- Safety Features : AEB, VDC, TCS, HSA, IDA,
- Berat : 1300KG
- Tangki Minyak : 41L
- Fuel consumption : 21.7KM / 1 liter
- Kapasiti Bateri : 2.06kWh Lithium-Ion battery
- Jarak (Range) : 900KM
- Pengecas :
Kelebihan Nissan Kicks e-Power
- 7.0-inch digital meter panel
- 8.0-inch infotainment touchscreen
- Apple CarPlay/Android Auto
- 6 speakers
- 3 usb port
- 360 camera untuk variant paling tinggi
Harga Nissan Kicks e-Power
- Nissan Kicks e-Power VL – RM113,800
- Nissan Kicks e-Power VLT – RM121,800
- Nissan Kicks e-Power VLT (2-tone) – RM125,800
Warranty Nissan Kicks e-Power
- 8 years / 160000KM EV component untuk Lithium-Ion Battery, Inverter, Motor & vehicle and e-POWER Control Unit
- 5 years / 100000KM untuk kereta
Antara yang membimbangkan kepada pemilik kenderaan elektrik EV adalah tentang kos untuk tukar dan ganti bateri yang sudah rosak. Nissan mengatakan bahawa, kos penukaran bateri yang baru adalah berharga RM9K. Mahal atau murah? Jaminan waranti yang diberikan untuk bateri adalah selama 8 tahun. Jika bateri rosak selepas tamatnya waranti, maka kos untuk membeli bateri yang berharga RM9K menyamai dengan kos sebanyak RM93.75 sebulan selama 8 tahun tersebut. Murah atau mahal? Bagi saya ianya adalah murah. Kenapa?
Kereta Nissan Kicks e-Power adalah sebuah kenderaan hybrid dan bukannya elektrik secara penuh. Kereta Nissan Kicks tidak perlu untuk di cas di stesen minyak atau di rumah. Dengan kata lain, tiada cas bayaran elektrik yang anda akan kena bayar sepanjang menggunakan kereta ini. Anda hanya perlu bayar bil isi minyak kereta sahaja dan itu pun kereta Nissan Kicks ini termasuk sebagai kereta jimat penggunaan minyak petrol.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Nissan Kicks e-Power adalah salah sebuah kereta baru Nissan yang mula dijual di pasaran Malaysia. Oleh kereta trend kereta EV sudah mula banyak di Malaysia, maka penawaran kenderaan elektrik dari Nissan akan menawarkan lagi lebih banyak pilihan. Cumanya kita sebagai pengguna sudah pasti masukan sebuah kereta yang jimat dari segi kos baik pulih (maintenance) sepanjang menggunakannnya. Dan Nissan adalah salah satu brand jenama kereta yang antara popular di Malaysia. Berminat untuk beli Nissan Kicks? Sila hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini. BYE!!!.