Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Beli Kereta Terpakai Direct Owner Lain Negeri
    Panduan

    Beli Kereta Terpakai Direct Owner Lain Negeri

    adminBy admin01/02/2025Updated:11/04/2025No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Salam kepada pembaca. YA!!! Anda boleh beli kereta secara direct owner melalui saya jika anda ingin mendapatkan bantuan untuk menguruskan proses apply dan submit loan kenderaan di bank. Jika anda beli kereta terpakai secara cash tunai, anda lakukan sahaja urusan tersebut sesama sendiri antara pemilik kereta (seller) dan juga anda sebagai pembeli (buyer) tanpa perlu gunakan orang tengah. Sejak saya ada menyediakan servis submit loan kereta di bank, ramai yang tanya bagaimana cara untuk beli kereta terpakai dari lain negeri?

    Ya ini yang berlaku. Ramai yang menganggap kita tidak boleh beli kereta terpakai dari negeri lain. Alasannya sebab jauh dan susah untuk sign agreement loan bank. Tahukah anda, jika anda ingin beli kereta terpakai, maka hanya ada 3 sahaja urusan yang perlu anda lakukan dan lalui iaitu proses mendapatkan pinjaman loan kenderaan (hire purchased) di bank, proses puspakom untuk check kondisi kenderaan dan proses tukar nama iaitu proses tukar hak milik. Urusan puspakom dan tukar nama anda boleh lakukan antara penjual dan anda sebagai pembeli tanpa melibatkan orang tengah pun. Sekarang masalah anda adalah loan kereta sahaja.

    Beli kereta direct owner dari negeri lain
    Beli kereta direct owner dari negeri lain

    Bolehkah Beli Kereta Second Hand Direct Owner Dari Negeri Lain?

    Saya dan juga pemilik kedai used car adalah dari Pulau Pinang. Tidak kisahlah samada anda dari negeri Perak, Kedah, Selangor, KL, Johor atau mana mana negeri pun boleh mendapatkan khidmat dealer loan kereta di bank melalui kami. Anda hanya perlu serahkan beberapa dokumen melalui Whatsapp kepada kami iaitu kedai used car untuk membantu apply dan submit dokumen berserta “Invois” jualan kereta kepada pihak bank. Kedai kami hanya uruskan proses submit loan sahaja.

    Dan jika loan kereta anda lulus, anda hanya perlu sign agreement loan kereta di bank berdekatan tempat tinggal anda sahaja. Saya dari Pulau Pinang. Katakan anda dari KL. Kalau loan lulus, anda hanya perlu sign agreement di bank di KL sahaja. Dengan kata lain, memang tidak akan ada isu samada jauh atau berbeza negeri pun. Dan insyaallah, kami bukan scam. Buktinya anda hanya perlu tandatangan agreement pembelian kereta di bank di tempat anda. Jelas? Faham?

    Cas upah kedai used car buka invoice untuk jual dan beli kereta terpakai direct owner
    Cas upah kedai used car buka invoice untuk jual dan beli kereta terpakai direct owner

    Caj Upah Submit Loan Kereta Melalui Used Car

    • Invoice : RM700 (cas upah dealer used car untuk buka dokumen berkaitan invoice dan urusan proses loan bank). Wajib deposit RM100 tanda serius mahu gunakan servis perkhidmatan invois jual kereta dari kedai used car kami. Kalau loan lulus, tapi buyer cancel, maka deposit RM100 dikira hangus. Kalau loan gagal, kami pulangkan RM100 deposit anda. Setuju?
    • Puspakom : RM250 (cas yang biasa dikenakan oleh puspakom). Anda boleh lakukan proses ini sendiri antara seller dan buyer. Dapat jimatkan kos.
    • Proses Tukar Nama/Geran : RM300. Anda boleh lakukan proses ini sendiri antara seller dan buyer. Dapat jimatkan kos.
    • Insurans : berdasarkan value quotation insurans kereta

    ***IKLAN*** : Bermula April 2025, kami menawarkan khidmat runner puspakom kepada yang tiada masa untuk bawa kereta buat inspection di puspakom dan buat proses tukar nama hak milik kenderaan. Sila klik link dan dapatkan servis runner dari kami kalau berminat ya.

    Di atas ini adalah caj kos yang anda selaku pembeli (buyer) kena tanggung. Seperti yang saya tuliskan di atas tadi. Urusan puspakom dan tukar nama anda boleh buat sendiri kalau mahu. Jadi jimat sedikit kos yang perlu anda keluarkan. Hanya perlu keluarkan modal untuk bayaran kos “invois” dari servis yang ditawarkan oleh kedai used car yang saya recommend ini.

    Hubungi Ejen Kereta Online

    • [ Whatsapp ] – Saya adalah ejen yang menjual kereta baru, kereta recond, penyedia insurans roadtax kereta, insurans kesihatan/kemalangan dan lain lain berkaitan kenderaan di seluruh Malaysia. Kepada yang berminat, boleh hubungi saya dan submit dokumen yang diperlukan secara online melalui link Whatsapp ini ya.
    • [ SCRUT ] – Semak status kondisi kereta samada pernah kemalangan, bekas kereta banjir, pernah claim apa apa insurans dengan mudah di sini sebelum anda beli kereta terpakai

    Kereta direct owner yang paling mudah dibeli adalah dari kategori kereta terpakai yang sudah habis bayar. Maknya tiada hutang loan dengan pihak bank. Kereta direct owner yang masih ada hutang loan dengan bank pun boleh juga. Kami akan bantu urusan proses “kontra” tetapi bukan semua bank lah yang akan terima. Asalkan harga jual kereta dapat menampung jumlah baki loan yang lama, maka proses untuk mendapatkan loan kereta yang baru akan sedikit lebih mudah. Berminat? Hubungi saya sekarang melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Invois untuk beli kereta dari direct owner

    Invois Beli Kereta Direct Owner

    09/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.