Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Dealer Loan Kereta Terpakai Direct Owner
    Info

    Dealer Loan Kereta Terpakai Direct Owner

    adminBy admin14/11/2024Updated:11/04/2025No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Saya bertanya sendiri kepada sales advisor Toyota, bolehkah pembeli (buyer) yang mahu membeli kereta terpakai secara terus dari pemilik (direct owner) dan terus apply loan kenderaan (hire purchase) di bank. Jawapannya tidak boleh. Dan jawapan ini adalah jawapan yang sama diberikan oleh pemilik kedai used car. Saya tanya kenapa? Jawapannya adalah kerana bank mahukan segala transaksi permohonan untuk mendapatkan loan pembiayaan kenderaan mestilah kena ada “INVOICE”. Saya kurang jelas maksudnya, tetapi inilah penyebabnya.

    Kalau anda perasan, tahun 2024 ini, pihak LHDN mewajibkan dealer penjual kenderaan untuk submit invoice bagi memastikan harga jualan kereta adalah benar dan tepat dan tidak lagi boleh memanipulasi undang undang. Sebab itulah penjual kereta baru misalnya tidak lagi boleh buat mark-up loan untuk customer yang mahu submit loan. Wajib kena berikan 10% downpayment untuk beli kereta. Dan hanya 90% sahaja pembiayaan loan kereta boleh ditawarkan kepada pembeli kereta. Dengan kata lain, tidak boleh tipu dan ini ada kena mengena dengan isu invoice jual beli kenderaan.

    Dapatkan invoice kereta dari kedai used car dengan cas upah murah
    Dapatkan invoice kereta dari kedai used car dengan cas upah murah

    Submit Loan Bank Kereta Direct Owner Melalui Used Car

    Jadi berbalik kepada topik utama berkenaan “Dealer Loan Kereta Terpakai”. Maksudnya apa? Jika anda adalah pemilik kereta yang mahu menjual kereta sendiri kepada pembeli tanpa melalui kedai used car. Atau jika anda sedang atau ingin beli kereta terus kepada pemilik tanpa melalui used car. Maka proses ini biasanya kita sebut sebagai beli kereta secara direct owner. Jelas? Faham? Masalahnya di sini adalah siapa yang mahu uruskan permohonan atau submit loan ke bank? Penjual iaitu pemilik kereta atau pembeli iaitu buyer sendiri?

    Tadi saya sudah terangkan di atas bahawa anda sebagai pembeli individu kereta terpakai tidak boleh mohon atau mendapatkan loan kereta terus di bank. Masalahnya adalah kerana pemilik kereta yang mahu menjual kereta tidak boleh membuat atau mengeluarkan invoice kereta sendiri kerana beliau bukan seorang dealer atau penjual kereta yang berlesen? Jadi bagaimana? Jawapannya adalah anda kena mendapatkan khidmat dari kedai used car sendiri samada mereka boleh membantu anda untuk mengeluarkan invoice jualan kereta tersebut. Masalahnya bukan semua kedai used car mahu berbuat demikian dengan percuma!

    Cas upah kedai used car buka invoice untuk jual dan beli kereta terpakai direct owner
    Cas upah kedai used car buka invoice untuk jual dan beli kereta terpakai direct owner

    Caj Upah Submit Loan Kereta Melalui Used Car

    • Invoice : RM700 (cas upah dealer used car untuk buka dokumen berkaitan invoice dan urusan proses loan bank). Wajib deposit RM100 tanda serius mahu gunakan servis perkhidmatan invois jual kereta dari kedai used car kami. Kalau loan lulus, tapi buyer cancel, maka deposit RM100 dikira hangus.
    • Puspakom : RM250 (cas yang biasa dikenakan oleh puspakom). Tidak kisahlah samada pemilik atau bakal pembeli uruskan buat puspakom ini
    • Proses Tukar Nama/Geran : RM300
    • Insurans : berdasarkan value quotation insurans kereta

    ***IKLAN*** : Bermula April 2025, kami menawarkan servis runner puspakom kepada yang tiada masa untuk bawa kereta buat inspection di puspakom dan buat proses tukar nama hak milik kenderaan. Sila klik link dan dapatkan servis runner dari kami kalau berminat ya.

    Saya bukan ejen atau dealer yang akan membantu anda untuk urusan mendapatkan loan pinjaman kenderaan di bank. Tetapi saya telah berkerjasama dengan pemilik kedai used car melayu dan trusted yang boleh membantu masalah seperti ini. Saya pernah berurusan dengan SA Proton, mereka minta cas RM1000. Kedai used car cina pula minta RM1500. Dan SA Toyota pula berkata biasanya kedai used car akan cas minima RM1500 dan ke atas. Dan alhamdulillah, deal saya dengan kedai used car melayu ini, beliau hanya minta cas upah sebanyak RM700 sahaja untuk urusan invoice dan submit loan ke bank. Jelas? Faham?

    Jangan ada yang tanya kenapa tidak free percuma. Servis nampak mudah. Mana mana dealer kereta bila perlu melakukan urusan puspakom, jpj, buka invoice jualan kereta, submit loan ke bank dan lain lain pastilah adalah cas dan upah yang relevan dengan kerja dan tugasan tersebut. Ini adalah servis yang mereka tawarkan dan normallah kalau kita kena bayar untuk kerja tersebut. Harap maklum ya.

    Hubungi Ejen Kereta Online

    • [ Whatsapp ] – Saya adalah ejen yang menjual kereta baru, kereta recond, penyedia insurans roadtax kereta, insurans kesihatan/kemalangan dan lain lain berkaitan kenderaan di seluruh Malaysia. Kepada yang berminat, boleh hubungi saya dan submit dokumen yang diperlukan secara online melalui link Whatsapp ini ya.
    • [ SCRUT ] – Semak status kondisi kereta samada pernah kemalangan, bekas kereta banjir, pernah claim apa apa insurans dengan mudah di sini sebelum anda beli kereta terpakai

    Saya berikan kesimpulan. Untuk proses submit loan di bank, kedai used car ini akan membuka invoice jualan kereta dan akan submit loan di bank. Cas upah proses ini adalah sebanyak RM700. Puspakom pula, kedai boleh tolong buatkan. Anda mahu buat sendiri pun boleh di tempat anda. Proses untuk tukar nama geran boleh dilakukan terus di kedai used car ini. Mahu buat sendiri, silakan. Insurans kereta pula wajib ambil dan renew melalui kedai used car ini. Ke semua urusan boleh dilakukan secara online sahaja. Satu Malaysia boleh. Tidak kisahlah samada pemilik kereta atau pembeli kereta duduk di kawasan bukan satu negeri kedai used car ini. Boleh. Tiada masalah. Berminat, hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.