Sales advisor (SA) KIA baru sahaja memberikan saya beberapa keping gambar berkenaan kereta baru KIA iaitu KIA EV6 dan juga KIA EV9. Jujur cakap saya sudah lama berkenan dengan design kereta baru dari Kia ini. Nampak moden dan futuristik. Tidak menghairankan kerana kenderaan tersebut adalah dari model electric vehicle (EV) iaitu kenderaan elektrik. Reka bentuk sangat sangat moden dan kalau saya ada duit sekarang, memang kereta Kia EV yang baru ini adalah salah satu pilihan yang saya pasti akan pilih.
Untuk pengetahuan anda, kereta elektrik dari brand jenama KIA untuk pasaran Malaysia setakat tahun 2024 ini adalah Kia EV6 dan juga Kia EV9. Oleh kerana sekarang adalah zaman dan trend kenderaan dari jenis SUV, maka sudah tentulah kemasukkan SUV dari KIA ini akan memberikan persaingan yang sihat dan seterusnya memberikan lebih pilihan kepada orang Malaysia. Cumanya dari pendapat peribadi saya, kereta elektrik dari Kia ini adalah agak mahal. Tetapi mahal mahal pun adakah ianya berbaloi? Jom kita lihat lebih lanjut.
Harga KIA EV Baru
Kereta EV di Malaysia yang popular adalah seperti Tesla Model Y, BYD Seal, MG4 EV, MG ZS EV, Chery Omoda E5, BMW iX dan juga KIA EV9. Harga KIA EV6 adalah dari RM300K dan harga KIA EV9 pula adalah dari RM350K.
Bila bercakap tentang hendak beli kereta elektrik, anda mestilah kena mengambil tahu tentang pengguna yang sudah berpengalaman menggunakan electric vehicle. Apa yang mereka komplen adalah tentang tempoh masa mengecas bateri di rumah, di stesen minyak, kos per minit ketika mengecas dan juga jarak perjalanan yang anda boleh dapat setelah mengecas penuh 100%. Adakah anda sudah mengambil kira berkenaan hal ini?
Spesfikasi Kereta KIA EV6
- Motor : Permanent Magnet Synchronous Motor (PMSM) (320HP/605Nm)
- Gearbox : e-Shift
- Segmen : Compact crossover SUV
- Jarak Roda : 2900mm
- Panjang : 4695mm
- Lebar : 1890mm
- Tinggi : 1550mm
- Luas Bonet : 490L
- Airbag : 7 Beg Udara
- Safety Features : ABS, EBD, BA, ESC, TCS, HAC & ADAS
- Berat : 2105KG
- Charging Rate;
- AC : 230V/12A – 32 hr 45 min (10 – 100%) 11 kW – 7 hr 20 min (10 – 100%)
- DC : 50 kW – 73 min, 350 kW – 18 min (10 – 80%)
- Driving Range (Estimated) : 506KM
Kereta KIA EV6 adalah dari jenis compact SUV. Kalau anda mahukan kereta elektrik jenis SUV yang kecil, maka KIA EV6 adalah pilihan terbaik.
Spesfikasi Kereta KIA EV9
- Motor : Permanent Magnet Synchronous Motor (PMSM) (380HP/700Nm)
- Gearbox : e-Shift
- Segmen : 7 seaters SUV
- Jarak Roda : 3100mm
- Panjang : 5015mm
- Lebar : 1980mm
- Tinggi : 1780mm
- Luas Bonet : 333L
- Airbag : 7 Beg Udara
- Safety Features : ABS, EBD, BA, ESC, TCS, HAC & ADAS
- Berat : 2648KG
- Charging Rate;
- AC : 11 kW – 10 hr 30 min
- DC : 350kW – 24 min (10%-80%)
- Driving Range (Estimated) : 505KM
Kereta KIA EV9 adalah dari jenis 6 @ 7 tempat duduk SUV. Kalau anda mahukan kereta elektrik jenis SUV yang besar pula, maka KIA EV9 adalah pilihan terbaik.
Kalau dilihat dari spesifikasi KIA EV6 dan KIA EV9, kedua dua model ini mampu bergerak sejauh 500KM untuk setiap cas penuh 100%. Bagi saya range jarak seperti ini adalah terbaik. Jarak dari Johor ke Perlis adalah sepanjang 900KM. Jarak dari Johor ke Kuala Lumpur adalah sejauh 450KM. Dengan kata lain kereta elektrik KIA EV mampu bergerak dari Johor ke KL atau dari Perlis ke KL tanpa masalah. Dan dari negeri utara ke selatan atau dari selatan ke utara hanya memerlukan 2 kali pengecasan bateri sahaja.
Range jarak perjalanan adalah baik. Bagaimana pula dengan tempoh masa mengecas? Kalau tempoh mengecas kereta di rumah dalam semalaman dan mengambil masa yang lama tidak kisahlah. Sebab kita biarkan sahaja dan tidak ada keperluan untuk mengecas secara pantas. Kalau kita mahu melakukan perjalanan jauh, maka adalah sangat perlu untuk kita mendapatkan tempoh masa pengecasan yang pantas.
Kereta KIA EV6 dan juga KIA EV9 mampu menyokong sistem pengecasan pantas untuk mengecas dari 0-80% dalam 18-24 minit. Namun kepantasan mengecas bateri kereta ini masih sangat bergantung kepada sistem pengecasan yang ditawarkan oleh stesen minyak. Dengan kata lain, kereta KIA EV mampu menerima sistem pengecasan pantas dan samada kereta elektrik anda dicas dengan pantas atau tidak bergantung pula kepada sistem pengecas di stesen minyak. Jelas? Faham?
Jom Submit Loan Untuk Kereta KIA Secara Online Sekarang!!!
Apa offer dan promosi jika anda beli kereta baru online melalui saya? Sila klik dan baca dulu ya. Saya adalah ejen penjual kereta yang menjual kereta baru dari Perodua, Honda, Mitsubishi, Nissan, Proton, Toyota dan juga KIA!!!. Kenapa saya tuliskan beli kereta baru secara online? Maksudnya anda boleh untuk submit dokumen untuk tujuan check samada anda layak untuk lulus loan bank kereta atau tidak. Dan jika lulus, anda boleh datang ke showroom untuk melihat kereta sebelum bersetuju untuk sign loan agreement tersebut. Boleh ker submit loan untuk anda di seluruh semenanjung Malaysia? Boleh jer!!!
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan apa apa jenis model kereta baru KIA ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Anda juga boleh booking untuk test drive kereta KIA secara online melalui saya untuk anda di kawasan tempat anda. Dan pihak kami juga boleh untuk hantar kereta baru tersebut terus ke alamat rumah anda di seluruh semenanjung Malaysia jika mahu. Selamat membeli kereta elektrik KIA EV baru. BYE!!!.