Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Beli Proton Persona Baru Secara Online
    Persona

    Beli Proton Persona Baru Secara Online

    adminBy admin10/06/2024Updated:21/06/2024No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Mungkin ada yang kurang tahu, sebenarnya proton persona adalah model untuk menggantikan proton wira. Dengan kata lain, proton wira bolehlah disebut sebagai variant proton persona generasi pertama. Dan kemudian proton Persona generasi kedua pula dilancarkan pada tahun 2007 yang diambil dari model Proton Gen2 yang dipanjangkan. Dan kemudian proton Persona baru yang ada sampai sekarang adalah dari generasi ke-3 dan ianya dilancarkan pada tahun 2016 yang diambil dari base proton Iriz yang dipanjangkan. Dengan kata lain, proton Persona yang baru sekarang sudah pun berumur hampir 8 tahun lamanya dipasaran.

    Oleh kerana proton persona dibina di atas platform Proton Iriz yang dipanjangkan. Maka ketika proton Iriz menerima kemaskini facelift yang pertama, proton persona juga mendapat kemaskini facelift yang pertama iaitu pada tahun 2019. Kenapa kena buat sekali? Kerana ianya adalah dari rekaan yang lebih kurang serupa termasuk paparan di dalam kabin dashboard juga begitu. Jadi apa perbezaan antara kereta Iriz dan Persona? Perbezaan hanyalah minima. Proton Iriz ditawarkan dengan enjin 1.3L & 1.6L. Sedangkan proton Persona baru hanya ditawarkan dengan kapasiti enjin 1.6cc sahaja. Jelas? Faham?

    Senarai Harga Dan Bayaran Bulanan Kereta Baru Proton Persona
    Senarai Harga Dan Bayaran Bulanan Kereta Baru Proton Persona

    Harga Proton Persona Baru

    Ya, kereta proton Persona yang baru ini adalah dari sebuah model yang sudah 8 tahun lamanya di pasaran. Jadi berbaloi atau tidak untuk beli proton Persona baru sekarang? Bila kita bercakap soal beli kereta baru, yang patut kita tanya adalah adakah spesifikasi keselamatan (safety features) yang ada di dalam kereta tersebut masih up to date atau tidak. Kalau ya, maka kereta tersebut masih berbaloi untuk dibeli walaupun ianya adalah dari model yang lama.

    Pandangan Hadapan Tepi Proton Persona Silver
    Pandangan Hadapan Tepi Proton Persona Silver

    Spesfikasi Kereta Proton Persona

    • 1.6L VVT (108HP/150Nm)
    • Gearbox : CVT
    • Segmen : Sedan segmen-B
    • Jarak Roda : 2555mm
    • Panjang : 4366mm
    • Lebar : 1722mm
    • Tinggi : 1554mm
    • Luas Bonet : 510L
    • Airbag : 2-6 Beg Udara
    • Safety Features : ABS, EBD, TC, VSC, HHA, BA, 
    • Berat : 1175KG
    • Tangki Minyak : 40L

    Proton persona (2016) adalah salah satu variant model keluaran proton yang mendapat kelengkapan safety features yang terbaik ketika ianya dilancarkan. Dan kalau hendak diukur dengan tahun kini, proton persona baru baru lagi mampu bersaing dengan kereta dan model baru dalam soal keselamatan. Jadi sudah tentu kalau anda mahu beli proton persona sekarang, bagi saya ianya masih lagi berbaloi untuk dibeli kalau anda cuba ukur dari segi teknologi keselamatan.

    Jadi apa kekurangan proton persona baru? Kekurangan hanyalah 1 sahaja. Zaman sekarang kebanyakkan kereta sudah ditawarkan sekali dengan teknologi ADAS iaitu Advanced driver-assistance system. Hanya ini sahaja teknologi yang tiada di dalam persona . Ketiadaan ADAS bukanlah bermaksud kereta persona tidak relevan dari segi keselamatan, cuma penambahan sistem ADAS akan menaikkan harga kereta dan perlu ada perubahan dalaman dari segi wiring. Maksudnya kena tunggu proton persona generasi yang baru barulah ada ADAS. Jelas? Faham?

    Pandangan Belakang Tepi Proton Persona Silver
    Pandangan Belakang Tepi Proton Persona Silver
    Pandangan Dashboard Dan Stereng Proton Persona
    Pandangan Dashboard Dan Stereng Proton Persona
    Pandangan Tepi Proton Persona Silver
    Pandangan Tepi Proton Persona Silver

    Jom Submit Loan Proton Persona Online Sekarang!!!

    Apa offer dan promosi jika anda beli kereta baru online melalui saya? Sila klik dan baca dulu ya. Saya adalah ejen penjual kereta yang menjual kereta baru dari Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi dan juga PROTON!!! di area KL/Selangor. Kenapa saya tuliskan beli kereta baru secara online? Maksudnya anda boleh untuk submit dokumen untuk tujuan check samada anda layak untuk lulus loan bank kereta atau tidak. Dan jika lulus, anda boleh datang ke showroom untuk melihat kereta sebelum bersetuju untuk sign loan agreement tersebut. Dan pihak kami juga boleh untuk hantar kereta baru tersebut ke terus rumah anda jika mahu.

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.

    Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan kereta Proton baru ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Kalau anda ada apa apa pertanyaan berkenaan new model ini atau model kereta selain proton juga boleh. Asalkan ianya berkenaan model kereta baru. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Owh ya, sebelum terlupa, anda juga boleh booking untuk test drive proton secara online melalui saya. Selamat membeli kereta baru Proton persona . BYE!!!.

    Bayaran Bulanan Proton Persona Baru Gambar Proton Persona Baru Harga Proton Persona Baru New Proton Persona Proton Persona Proton Persona Baru Spesifikasi Proton Persona Baru
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Gambar depan kereta Proton X50 2025

    Beli Proton X50 Enjin 4 Silinder

    14/07/2025
    Proton X50

    Ulasan Proton X50: Prestasi dan Keselamatan (Artikel AI)

    25/02/2025
    Gambar permandangan hadapan kereta Proton eMas7

    Beli Proton eMas 7 Baru Secara Online

    11/01/2025
    Contoh iklan promosi diskaun rebate akhir tahun kereta baru Proton

    Promosi Hujung Tahun Kereta Baru Proton

    15/11/2024
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Eastel Starter Kit Incentive

    Ejen Dealer Simkad Eastel

    31/01/2026
    Pakej plan panggilan dan data internet untuk simkad prepaid Eastel

    Simkad Eastel

    31/01/2026
    Caj harga bayaran servis runner puspakom dan tukar nama hak milik thumb print JPJ

    Upah Runner Puspakom

    24/01/2026
    Kereta import terpakai recond Lexus NX350 F Sport warna putih (3)

    Senarai Kereta Recond Lexus Tahun 2026

    24/01/2026
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.